Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2000 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI

PK/BL/02 - PROSEDUR PERLAKSANAAN ORIENTASI PELATIH

   
Pindaan : 1
Tarikh Kuatkuasa : 29-11-2010
Objektif Prosedur : Prosedur ini menjelaskan mengenai kaedah pelaksanaan program orientasi pelatih baru di Pusat Pergigian Kanak-Kanak & Kolej Latihan Pergigian Malaysia (PPKK & KLPM).
Skop : Prosedur ini digunapakai oleh PPKK & KLPM untuk mengendalikan program orientasi pelatih baru dan membuat perancangan aktiviti sebelum, semasa dan selepas orientasi.
 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

1.0 Membuat Persediaan Sebelum Orientasi

1.1 Sebaik sahaja selesai urusan pendaftaran, Setiausaha JKP&O hendaklah menyedia dan menyerahkan senarai nama pelatih yang telah mendaftar kepada Pengerusi Jawatankuasa Orientasi (JKO) bagi urusan pelaksanaan program orientasi.

 

2.0 Melaksanakan Program Orientasi

2.1 Bagi memastikan kelancaran aktiviti orientasi, Pengerusi JKO hendaklah memberi taklimat kepada pelatih baru mengenai objektif dan perlaksanaan program orientasi manakala JKO akan melaksanakan aktiviti program orientasi seperti mana yang tersusun dalam Buku Program Orientasi.

2.2 Semasa perjalanan minggu orientasi, pegawai-pegawai seperti berikut hendaklah memberi taklimat kepada pelatih baru:

      2.2.1 Ketua Program mengikut disiplin hendaklah memberi taklimat Struktur Organisasi Kolej, Program Latihan dan Kurikulum;

     2.2.2 Pegawai Pentadbir (Latihan) hendaklah memberi taklimat mengenai borang perjanjian dan biasiswa;

     2.2.3 Pengajar Hal Ehwal Pelatih hendaklah memberi taklimat Peraturan Tatakelakuan Pelatih;

     2.2.4 Pegawai Perpustakaan hendaklah memberi taklimat peraturan perpustakaan;

     2.2.5 Ketua Warden hendaklah memberi taklimat kemudahan dan peraturan asrama.

 

2.3 Bagi memudahkan Pelatih baru mengenalpasti lokasi dan prasarana seperti bilik kuliah, makmal keterampilan, makmal komputer, bilik rawatan, perpustakaan dan lain-lain, pelatih baru dibawa melawat persekitaran kolej oleh JKO.

2.4 Untuk memastikan segala aktiviti orientasi telah dilaksanakan dengan berkesan, Pengerusi JKO hendaklah mengedarkan Borang Penilaian Perlaksanaan Aktiviti Orientasi (BK/BL/04) kepada pelatih baru sehari sebelum tamat minggu orientasi.

 

3.0 Mengendalikan Urusan Selepas Orientasi

3.1 Sebaik sahaja selesai minggu orientasi, ahli JKO hendaklah meminta pelatih baru menyerah balik Borang Penilaian Perlaksanaan Aktiviti Orientasi (BK/BL/04) yang telah dilengkapi sebagaimana jumlah pelatih.

3.2 Bagi mengenalpasti keberkesanan Program Orientasi, Pengerusi dan ahli JKO hendaklah menganalisa borang tersebut selewat-lewatnya seminggu selepas orientasi dan merekodkan cadangan-cadangan yang diperolehi.

      3.2.1 Sekiranya perlu, Pengerusi dan ahli JKO hendaklah membincangkan cadangan-cadangan yang diperolehi untuk menentukan samada cadangan tersebut dapat diterima untuk penambahbaikan pada orientasi yang akan datang.

3.3 Pada masa yang sama, Setiausaha JKP&O hendaklah menyediakan laporan perlaksanaan program orientasi dalam masa seminggu selepas orientasi dengan maklumat yang diperolehi daripada JKO seperti berikut:

     a. Perlaksanaan keseluruhan program orientasi;

     b. Pencapaian objektif program orientasi; dan

     c. Penilaian program orientasi oleh pelatih.

3.4 Setelah laporan telah disediakan, Setiausaha JKP&O hendaklah menyerahkan laporan perlaksanaan program orientasi kepada Pengerusi JKP&O untuk semakan dan pembetulan jika perlu.

3.5 Sebaik sahaja menerima laporan semula daripada Setiausaha JKP&O, Pengerusi JKP&O hendaklah mengemukakan laporan tersebut kepada Pengarah untuk pengesahan.

3.6 Setelah laporan disahkan oleh Pengarah PPKK & KLPM, Pengerusi JKP&O hendaklah memaklumkan Pembantu Tadbir Latihan (PTL) untuk menghantarkan laporan tersebut kepada Timbalan Setiausaha Bahagian Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia dengan segera. PTL juga hendaklah menyimpan sesalinan laporan tersebut bersama maklumbalas penilaian pelaksanaan aktiviti orientasi di dalam fail Pelaksanaan Pendaftaran Dan Program Orientasi Pelatih.

 

Disediakan oleh: Pn.Fatimah binti Nayan, t/t:

Disemak oleh 1 : Dr. Naziah Bt Ahmad Azli; t/t:

Disemak oleh 2: Dr.Ahmad Termizi Zamzuri; t/t:

Diluluskan oleh: Dr Hasenah bt Mod Zaki, Pengarah; t/t:

 

REKOD KUALITI

 

Arahan Kerja / Borang Kualiti / Senarai Semak

  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  BK/BL/04 - BORANG PENILAIAN AKTIVITI ORIENTASI
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  Tiada
  Pemilik Dokumen
  Fatimah Nayan
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti