Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2000 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI

PK/BL/20 - PROSEDUR PENYEDIAAN SOALAN

   
Pindaan : 1
Tarikh Kuatkuasa : 29-11-2010
Objektif Prosedur : Prosedur ini menjelaskan bagaimana penyediaan soalan untuk Peperiksaan Akhir Semester dikendalikan di Pusat Pergigian Kanak-Kanak & Kolej Latihan Pergigian Malaysia (PPKK & KLPM) bagi memastikan prestasi akademik pelatih mencapai objektif yang ditetapkan dalam kurikulum.
Skop : Prosedur ini digunapakai oleh PPKK & KLPM semasa penyediaan soalan bagi Peperiksaan Akhir Semester (sumatif) untuk Program Diploma Kejururawatan Pergigian dan Teknologi Pergigian mengikut struktur penilaian kurikulum masing-masing.
 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

1.0 Melakukan Pemurnian Dan Mencetak Master Copy Soalan

1.1 Setelah menerima fail pengeditan daripada Ketua Pengedit, Setiausaha Peperiksaan (SUP) hendaklah membuat pembetulan di dalam soft copy mengikut catatan yang dibuat oleh AJK pengeditan pada salinan hard copy.

1.1.1 Apabila selesai pembetulan, SUP hendaklah mewujudkan 4 set soalan mengikut seperti mana yang telah dipilih oleh AJK pengeditan dan pemilihan.

1.1.2 Bagi setiap set soalan yang dibuat, SUP hendaklah membuat pemurnian dan memasukkan header/footer mengikut kertas, jenis item, disiplin dan tarikh peperiksaan pada kertas soalan tersebut.

1.1.3 Setelah siap, SUP hendaklah membuat cetakan dan menyerahkan kepada Penyelaras Peperiksaan (PP) untuk proses proof reading.

1.1.4 Apabila menerima 4 set soalan, PP hendaklah membuat proof reading dalam masa satu minggu untuk setiap pengambilan dan kembalikan kepada SUP.

1.1.5 Setelah menerima kembali soalan yang telah selesai proof reading, SUP hendaklah menyemak semula kertas tersebut.

1.1.5.1 Jika sekira terdapat sebarang kesilapan, SUP hendaklah membuat pembetulan dengan segera.

1.1.5.2 Selepas pembetulan, SUP hendaklah membuat cetakan empat set soalan yang telah dipilih sebagai master copy.

 

2.0 Membungkus dan menghantar ke Bahagian Pengurusan Latihan (BPL).

2.1 SUP hendaklah melengkapkan borang penghantaran master copy soalan untuk dihantar ke BPL dan seterusnya mendapatkan kelulusan TPL.

2.2 Setelah itu SUP hendaklah menguruskan pembungkusan empat (4) set master copy soalan yang menepati tatacara keselamatan dokumen sulit.

2.2.1 Setelah selesai pembungkusan dan penggunaan cop kerahsiaan Kementerian Kesihatan Malaysia, SUP hendaklah membuat penghantaran secara pos laju/berdaftar kepada Penolong Setiausaha (Peperiksaan & Pensijilan) Bahagian Pengurusan Latihan berserta surat pengesahan penerimaan.

 

Disediakan oleh: Yee Kee Sin; t/t:

Disemak oleh 1: Dr.Naziah binti Ahmad Azli; t/t:

Disemak oleh 2: Dr.Ahmad Termizi Zamzuri; t/t:

Diluluskan oleh: Dr Hasenah bt Mod Zaki, Pengarah; t/t:

 

REKOD KUALITI

 

Arahan Kerja / Borang Kualiti / Senarai Semak

  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  Tiada
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  Tiada
  Pemilik Dokumen
  Yee Khee Sin
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti