|
1.0 Menyediakan Skema Markah
1.1 Setelah selesai Pemeriksaan Berpusat, Setiausaha Peperiksaan (SUP) hendaklah memasukkan data markah ke dalam format/sistem pemarkahan (Rujuk Garis panduan Penilaian Sistem Kredit Kursus Sains Kesihatan Bersekutu KKM).
1.2 SUP hendaklah membuat tabulasi markah yang akan dibentangkan di Mesyuarat Pembentangan Keputusan Peperiksaan di peringkat Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia (BPL).
1.2.1 Markah hendaklah ditabulasi untuk mendapatkan markah terperinci bagi setiap kertas dan setiap soalan (MCQ dan MEQ) dengan mengambil kira markah purata, ’std dev’, markah tertinggi, terendah, calon lulus, calon gagal dan calon yang menjawab.
1.3 Setelah siap, SUP hendaklah menyerahkan deraf analisis kepada Ketua Pemeriksa (KP) untuk semakan dan SUP membuat pembetulan jika perlu.
2.0 Menyediakan Laporan Ketua Pemeriksa
2.1 SUP hendaklah menyerahkan dokumen-dokumen berikut kepada KP bagi membolehkannya menyediakan Laporan Ketua Pemeriksa:
2.1.1 Tabulasi analisis markah yang telah dibuat pembetulan;
2.1.2 Soalan peperiksaan MEQ, SEQ dan praktikal (jika berkaitan);
2.1.3 Skema jawapan soalan MEQ, SEQ Praktikal;
2.1.4 Laporan Pemeriksa daripada pemeriksa yang terlibat di dalam sesi Pemeriksaan Berpusat.
2.2 Setelah menerima dokumen tersebut, KP hendaklah menyediakan Laporan Ketua Pemeriksa dan menyerahkannya kepada SUP untuk persediaan Mesyuarat JK Pembentangan Keputusan di Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia (BPL, KKM)
3.0 Menyediakan Fail Keputusan Peperiksaan
3.1 Sup hendaklah menyediakan beberapa fail mengikut arahan daripada Unit Peperiksaan dan Pensijilan, BPL,KKM yang mengandungi Keputusan Terperinci, Senarai Lulus/Gagal dan Laporan Ketua Pemeriksa dan menyerahkannya kepada Ketua Pemeriksa untuk dikemukakan semasa mesyuarat Pembentangan Keputusan Peperiksaan.
Disediakan oleh: Puan Siti Hawa bt Sabri; t/t:
Disemak oleh : Dr.Naziah bt Ahmad Azli; t/t:
Diluluskan oleh: Dr Hasenah bt Mod Zaki, Pengarah; t/t: |