|
1.0 Menyediakan Takwim Akademik Tahunan
1.1 Timbalan Pengarah Latihan (TPL) hendaklah menyediakan Takwim Akademik Tahunan sebelum berakhirnya tahun semasa merangkumi perkara berikut :
a. Tarikh pendaftaran dan orientasi;
b. Fasa pengajaran dan pembelajaran;
c. Tarikh peperiksaan;
d. Cuti semester;
e. Tarikh cuti am berkaitan;
f. Kursus Induksi.
2.0 Memperaku dan Meluluskan Takwim Akademik Tahunan
2.1 TPL menyerahkan kepada Pengarah PPKK & KLPM untuk memperaku dan seterusnya meluluskan takwim akademik tahunan.
3.0 Mencetak dan Mengedarkan Takwim Akademik Tahunan
3.1 TPL hendaklah mengedarkan takwim sebelum bermula tahun pengajian berikutnya kepada Ketua Program dan dipamerkan di papan kenyataan yang ditetapkan.
3.2 TPL mengedarkan takwim kepada semua Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) dan semua Preseptor Tempatan selewat-lewatnya pada bulan Mac tahun semasa.
3.3 Seterusnya TPL hendaklah memfailkan sesalinan Takwim Akademik Tahunan di dalam Fail Kurikulum.
Disediakan oleh: Puan Siti Hawa binti Sabri; t/t:
Disemak oleh: Dr.Naziah binti Ahmad Azli; t/t:
Diluluskan oleh: Dr Hasenah bt Mod Zaki, Pengarah; t/t: |