Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2000 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI

PK/BL/12 - PROSEDUR PENGENDALIAN TUTORIAL

   
Pindaan : 2
Tarikh Kuatkuasa : 29-11-2010
Objektif Prosedur : Prosedur ini bertujuan untuk menjelaskan kaedah pengendalian tutorial agar pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan mengikut kurikulum.
Skop : Prosedur ini digunapakai oleh Pusat Pergigian Kanak-Kanak dan Kolej Latihan Pergigian Malaysia (PPKK & KLPM) untuk pengendalian sebelum, semasa dan selepas sesi tutorial.
 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

1.0 Membuat Persediaan Sebelum Sesi Tutorial

1.1 Pengajar Penyelaras (PP) hendaklah merujuk Jadual Waktu Mingguan (BK-JADUAL-04-04 LAMPIRAN 4) dan menempah bilik kuliah secara ‘block booking’ melalui Unit Ilustrasi menggunakan Borang Tempahan Bilik dan Peralatan Pandang Dengar (BK/PP/19).

1.1.1 Bagi alat bantuan mengajar (AVA), PP hendaklah menempahnya dari Unit Ilustrasi menggunakan Borang Tempahan Bilik dan Peralatan Pandang Dengar (BK/PP/19). 1.2 Dalam masa yang sama, pengajar hendaklah membuat persediaan seperti berikut:

1.2.1 Merujuk Panduan Pengajar dan Jadual Waktu Mingguan (BK-JADUAL-04-04 LAMPIRAN 4);

1.2.2 Menyediakan bahan pengajaran-pembelajaran yang sesuai.

1.3 Sekiranya sesi tutorial berkenaan adalah merupakan sesi yang diganti atas sebab tertentu dan tidak mengikut tarikh di dalam Jadual Waktu Mingguan maka semua urusan tempahan bilik atau AVA hendaklah dilakukan sendiri oleh pengajar berkaitan dan memaklumkannya kepada PP.

 

2.0 Melaksanakan Sesi Tutorial

2.1 Pengajar hendaklah memastikan kehadiran pelatih bagi sesi berkenaan dengan menggunakan Borang Kehadiran Kuliah/Amali/Tutorial (Lampiran D) yang disediakan oleh PP.

2.2 Selepas itu pengajar hendaklah melaksanakan sesi tutorial.

 

3.0 Pengurusan Selepas Sesi Tutorial

3.1 Pengajar hendaklah menyerahkan Borang Kehadiran Kuliah/Amali/Tutorial (Lampiran D) yang telah dilengkapkan bagi sesi/hari berkenaan kepada PP.

3.1.1 Setelah menerima Borang Kehadiran Kuliah/Amali/Tutorial (Lampiran D) PP hendaklah meneliti kehadiran pelatih.

3.1.2 Sekiranya terdapat pelatih yang tidak hadir PP hendaklah memastikan alasan ketidakhadiran yang munasabah seperti cuti sakit atau mendapat kebenaran untuk meninggalkan sesi tersebut.

3.1.2.1 Jika sebab ketidakhadiran tidak diterima atau berulang, PP hendaklah meminta pelatih mengeluarkan surat tunjuk sebab menggunakan Borang Aduan Tatakelakuan Terhadap Pelatih Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (BK-TT-03-01 Lampiran 1)

3.1.2.2 Setelah meneliti alasan yang dikemukakan oleh pelatih PP hendaklah memberi amaran atau rujuk kes kepada Pengajar Hal Ehwal Pelatih (HEP) sekiranya masih berulang.

3.2 Disamping itu Pengajar hendaklah melengkapkan dan menyerahkan Laporan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (BK-KULIAH/AMALI/TUTORIAL-08.1-04; Lampiran 4) kepada PP.

3.3 PP hendaklah mengumpul Borang Laporan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (BK-KULIAH/AMALI/TUTORIAL-08.1-04; Lampiran 4) dan Borang Kehadiran Kuliah/Amali/Tutorial (Lampiran D) serta menyerahkannya kepada Ketua Program (KP) untuk tujuan pemantauan sebelum mesyuarat kelayakan menduduki peperiksaan.

3.4 Setelah itu KP hendaklah menyerahkan Borang Laporan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (BK-KULIAH/AMALI/TUTORIAL-08.1-04; Lampiran 4) kepada Pembantu Tadbir Latihan (PTL) untuk difailkan dalam Fail Laporan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran.

 

Nota Pindaan:

1. Borang Pertanyaan Secara Biasa (BK/BL/14) dibatalkan dan diganti dengan Borang Aduan Tatakelakuan Terhadap Pelatih Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (BK-TT-03-01 Lampiran 1)

 

Disediakan oleh: Puan Siti Hawa binti Sabri; t/t:

Disemak oleh: Dr. Naziah binti Ahmad Azli; t/t:

Diluluskan oleh: Dr Hasenah bt Mod Zaki, Pengarah; t/t:

 

REKOD KUALITI

 

Arahan Kerja / Borang Kualiti / Senarai Semak

  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  Tiada
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  Tiada
  Pemilik Dokumen
  Siti Hawa Sabri
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti