|
1.0 Melantik Pegawai Penggubal
1.1 Setelah merujuk kepada Takwim Akademik Tahunan, Timbalan Pengarah Latihan (TPL) akan mengenalpasti penggubal yang akan dilantik.
1.2 Seterusnya TPL akan menyediakan memo arahan menggubal dan mengedarkannya kepada mereka yang berkaitan.
2.0 Penggubalan, Pengumpulan dan Penyimpanan Item
2.1 Apabila menerima memo arahan, penggubal hendaklah menggunakan format Borang Pembinaan Item Objektif, MEQ dan SEQ dan perlu disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
2.2 Seterusnya item hendaklah dihantar kepada Setiausaha Peperiksaan (SUP) dalam bentuk ’hard copy’ dan ’soft copy’.
2.3 Setelah menerima item, SUP akan mengumpulkannya dan menyediakan fail untuk mesyuarat JK Pengeditan dan Pemilihan Soalan.
2.4 Seterusnya SUP hendaklah menyimpan fail tersebut di dalam bilik kebal sehingga tarikh mesyuarat JK Pengeditan dan Pemilihan Soalan.
Disediakan oleh: Puan Siti Hawa binti Sabri; t/t:
Disemak oleh : Dr.Naziah binti Ahmad Azli; t/t:
Diluluskan oleh: Dr Hasenah bt Mod Zaki, Pengarah; t/t: |