|
1.0 Melantik Pegawai Pengedit
1.1 Timbalan Pengarah Latihan (TPL) akan mengenalpasti pegawai yang akan dilantik sebagai Ketua Pengedit dan pengedit.
1.2 Seterusnya TPL hendaklah menyediakan surat panggilan Mesyuarat Pengeditan dan Pemilihan Soalan dan mengedarkannya kepada SUP dan pengedit yang telah dilantik.
2.0 Melaksanakan Pengeditan dan Pemilihan Item
2.1 Setelah menerima surat panggilan mesyuarat, SUP hendaklah memastikan bilik serta semua peralatan seperti laptop, LCD, buku rekod kehadiran dan buku-buku rujukan tersedia bagi sesi pengeditan.
2.2 Seterusnya pada hari mesyuarat Pengeditan dan Pemilihan Item, SUP hendaklah mengeluarkan fail pengggubalan dari bilik kebal dan menyerahkannya kepada Ketua Pengedit untuk diedarkan kepada pengedit.
2.3 Dalam masa yang sama pengedit hendaklah;
2.3.1 Menandatangani Buku Rekod Kehadiran;
2.3.2 Mengedit soalan dalam tempoh yang ditetapkan seperti di surat arahan;
2.3.3 Melakukan pembetulan ke atas soalan di dalam ’hard copy’ dan ’soft copy’;
2.3.4 Memilih soalan mengikut jumlah yang ditetapkan berpandukan surat arahan.
2.4 Setelah selesai mesyurat semua fail pengeditan hendaklah diserahkan kepada SUP.
2.5 SUP hendaklah menyediakan minit mesyuarat Pengeditan dan pemilihan Soalan dan difailkan di dalam fail Induk Peperiksaan.
Disediakan oleh: Puan Siti Hawa binti Sabri; t/t:
Disemak oleh: Dr.Naziah binti Ahmad Azli; t/t:
Diluluskan oleh: Dr Hasenah bt Mod Zaki, Pengarah; t/t: |