|
1.0 Perancangan Program Kokurikulum
1.1 Bagi menetapkan pelaksanaan program kokurikulum PPKK & KLPM, Mesyuarat Jawatankuasa Ko-kurikulum (JKK) yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Latihan PPKK & KLPM /Ketua Program (yang dilantik) diadakan untuk merancang aktiviti-aktiviti yang perlu selewat-lewatnya sebulan sebelum pendaftaran pelatih baru.
2.0 Pendaftaran Kokurikulum Pelatih Baru
2.1 Setelah menentukan aktiviti yang hendak dilaksanakan, Setiausaha Ko-kurikulum (SK) hendaklah menguruskan pendaftaran ko-kurikulum pelatih baru dalam tempoh satu (1) minggu selepas tarikh pendaftaran dengan menggunakan Borang Pendaftaran Kokurikulum (BK-KK-04-01).
2.2 Borang Pendaftaran Kokurikulum (BK-KK-04-01) hendaklah dikumpul oleh SK untuk dibincang bersama JKKK bagi menentukan bilangan pelatih bagi setiap gerak kerja.
3.0 Penentuan Bilangan Pelatih Bagi Setiap Gerak Kerja
3.1 Setelah menerima Borang Pendaftaran Kokurikulum (BK-KK-04-01) pelatih, JKK akan menentukan bilangan pelatih bagi setiap jenis Gerak Kerja Kokurikulum.
3.1.1 Senarai nama pelatih yang telah dikenalpasti akan dipamerkan mengikut jenis Gerak Kerja Kokurikulum dan sekiranya terdapat sebarang rayuan daripada pelatih akan dipertimbangkan.
3.1.2 Senarai nama pelatih mengikut jenis Gerak Kerja ko-kurikulum akan diserahkan kepada setiap KPGKK untuk tindakan seterusnya.
4.0 Mesyuarat Bersama Penyelaras Aktiviti
4.1 Setelah menerima senarai nama pelatih, KPGKK hendaklah mengadakan mesyuarat bersama Penyelaras Aktiviti (PA) untuk menyelaraskan aktiviti kokurikulum yang telah dikenalpasti.
4.1.1 Aktiviti kokurikulum yang telah dikenalpasti hendaklah dilengkapkan dengan maklumat-maklumat seperti berikut:
a. Gerak Kerja;
b. Nama/ Jenis aktiviti;
c. Tarikh;
d. Masa;
e. Tempat.
4.1.2 Setelah lengkap maklumat-maklumat yang dikehendaki, KPGKK hendaklah menyediakan jadual aktiviti kokurikulum mengikut semester dengan menggunakan Borang Jadual Aktiviti Kokurikulum (BK-KK-04-02).
5.0 Perancangan Aktiviti Kokurikulum
5.1 Setelah menyedia Jadual Aktiviti Kokurikulum, KPGKK dan PA hendaklah mengadakan mesyuarat bersama pelatih untuk merancang aktiviti yang telah dikenalpasti dan menyerahkan Buku Rekod Kokurikulum dan Borang Maklumat BK-KK-04-01.
5.1.1 Setiap aktiviti kokurikulum yang telah dikenalpasti, PA hendaklah menyediakan kertas kerja yang mengandungi;
a. Nama aktiviti;
b. Tarikh/ Masa/ Tempat;
c. Objektif;
d. Justifikasi;
e. Bilangan pelatih terlibat;
f. Peralatan/ kenderaan;
g. Kewangan; dan
h. Pengajar terlibat
5.1.1.1 Sekiranya aktiviti dijalankan di luar PPKK & KLPM, kertas kerja hendaklah dihantar kepada Pengarah/ Timbalan Pengarah (Latihan) untuk disemak dan mendapat kelulusan.
6.0 Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum
6.1 Setelah perancangan aktiviti ditetapkan, aktiviti tersebut dilaksanakan mengikut Garis Panduan Kokurikulum.
6.1.1 PA hendaklah memantau perjalanan aktiviti tersebut sebaik saja selesai aktiviti dijalankan berdasarkan Jadual Aktiviti Kokurikulum serta mengesahkan kehadiran pelatih dengan menandatangani Buku Rekod Kokurikulum.
6.1.1.1 PA hendaklah mengesahkan perlaksanaan aktiviti dengan menandakan aktiviti berkenaan pada jadual tersebut.
7.0 Pengiraan Jam Pertemuan Setiap Pelatih
7.1 Selepas aktiviti dilaksanakan, PA hendaklah mengira jam pertemuan setiap pelatih bagi aktiviti kokurikulum di bawah penyelarasannya selewat-lewatnya dua (3) minggu sebelum cuti semester.
7.1.1 Selepas mengira jam pertemuan pelatih setiap pelatih, PA hendaklah melaporkan kepada KPGKK.
8.0 Penerimaan Laporan Jam Pertemuan Pelatih
8.1 Setelah menerima laporan jam pertemuan pelatih daripada PA pada minggu kedua bulan Mei dan November, KPGKK hendaklah mengira jumlah jam pertemuan dan markah keseluruhan setiap pelatih bagi setiap aktiviti di bawah gerak kerja dan menyerahkan laporan tersebut kepada SK pada dengan menggunakan Borang Laporan Penilaian Kurikulum Pelatih (BK-KK-04-04) pada minggu pertama Jun dan Disember.
8.1.1 Sekiranya laporan tidak diterima daripada PA pada masa yang ditetapkan, KPGKK hendaklah memberi peringatan dan mencatat tarikh peringatan tersebut dalam buku catatan.
8.1.2 Setelah menerima laporan Borang Laporan Penilaian Kurikulum Pelatih (BK-KK-04-04) daripada semua KPGKK, SK hendaklah menyedia laporan jam pertemuan dengan menggunakan Borang Laporan Gerak Kerja Kurikulum Pelatih (BK-KK-04-05) dan dihantar ke Unit Pembangunan Pelatih, BPL KKM pada minggu kedua bulan Julai dan Januari.
9.0 Penyediaan Laporan Akhir Untuk Pembentangan
9.1 Setelah menerima laporan jam pertemuan pelatih bagi Tahun 2 semester II Borang Laporan Penilaian Kurikulum Pelatih (BK-KK-04-04) daripada semua KPGKK, SK hendaklah menyediakan laporan keseluruhan dengan menggunakan Borang Format Pembentangan Kurikulum (BK-KK-04-06) untuk pembentangan dalam Mesyuarat Kelayakan Menduduki Peperiksaan Tahun 3 Semester I dengan merujuk Garis Panduan Kokurikulum.
9.1.1 Bagi pelatih yang tidak memenuhi jumlah jam pertemuan yang telah ditetapkan seperti Garis Panduan Kokurikulum, KPGKK hendaklah memaklumkan kepada PA untuk mengenalpasti aktiviti kokurikulum tambahan yang perlu dilaksanakan supaya pelatih dapat mencapai jam pertemuan seperti yang disyaratkan (64 jam = 2 jam kredit).
9.1.1.1 Aktiviti kokurikulum tambahan yang dilaksanakan oleh pelatih berkaitan hendaklah dicatat dalam Buku Rekod Aktiviti Kokurikulum dan ditandatangani oleh PA.
9.1.2 Setelah melengkapkan laporan dengan maklumat pelatih berserta dengan markah kokurikulum, dengan menggunakan Borang Format Pembentangan Kurikulum (BK-KK-04-06), SK hendaklah menyerahkan laporan tersebut kepada Pengarah PPKK & KLPM untuk disahkan dan dibuat pembentangan di Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Akhir Tahun (BPL) bersama kod kursus mengikut program masing-masing.
10.0 Maklumkan Keputusan Kokurikulum
10.1 Setelah menerima keputusan tersebut daripada BPL KKM, Pengarah PPKK & KLPM hendaklah memaklumkan keputusan kokurikulum bersama keputusan peperiksaan kepada pelatih.
10.1.1 Bagi pelatih yang tidak memenuhi kriteria dan didapati gagal, JKKK perlu mengenalpasti aktiviti Kokurikulum tambahan yang perlu dilaksanakan. 10.1.2 SK perlu menyiapkan laporan untuk dibentangkan ke Jawatankuasa Peperiksaan (BPL) pada semester berikutnya.
Nota Pindaan:
1. Bahagian (ii) Skop pada pindaan terdahulu dibatalkan.
2. Para 1.1.1 pada pindaan terdahulu dibatalkan.
Disediakan oleh: Pn. Fatimah Nayan; t/t:
Disemak oleh 1: Dr. Naziah Ahmad Azli; t/t:
Disemak oleh 2: Dr.Ahmad Termizi8 Zamzuri; t/t:
Diluluskan oleh: Dr. Hasenah bt Mod Zaki, Pengarah; t/t: |