Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2000 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI

PK/BL/16 - PROSEDUR REKABENTUK KURIKULUM

   
Pindaan : 2
Tarikh Kuatkuasa : 30-11-2010
Objektif Prosedur : Prosedur ini menjelaskan proses merekabentuk kurikulum kursus baru di Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM).
Skop : Prosedur ini digunapakai oleh PPKK & KLPM untuk merekabentuk kurikulum untuk kursus baru bagi program latihan yang dilaksanakan di PPKK & KLPM bermula dari terima arahan merekabentuk kurikulum sehingga kurikulum diluluskan.
 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

1.0 Perancangan Rekabentuk Kurikulum

1.1 Sebelum kurikulum direkabentuk, Pengarah hendaklah memohon kepada Bahagian Pengurusan Latihan (BPL) KKM untuk merekabentuk kurikulum baru.

1.1.1 Disamping itu, Pengarah hendaklah juga mencadangkan nama Ahli Jawatankuasa Kecil Pembangunan Kurikulum (JKKPK), PPKK & KLPM.

 

1.2 Setelah menerima lantikan, JKKPK hendaklah merancang dan menentukan rekabentuk dan peringkat-peringkat dalam pembangunan kurikulum yang telah dikenalpasti seperti berikut;

a. Rekabentuk dan peringkat perkembangannya; Rujuk Lampiran 1 (BPL-KURIKULUM-07-01);

b. Semakan, verifikasi dan validasi setiap peringkat perkembangan rekabentuk;

c. Kuasa dan tanggungjawab rekabentuk dan perkembangannya.

 

1.2.1 Semakan rekabentuk kurikulum, verifikasi dan validasi boleh dilaksanakan secara berasingan atau dalam mana-mana kombinasi mengikut keperluan perkhidmatan semasa.

 

2.0 Penentuan Input Rekabentuk Kurikulum

2.1 Sebelum rekabentuk kurikulum ditentukan, JKKPK PPKK & KLPM hendaklah mengambilkira perkara-perkara berikut; Rujuk Lampiran 2 (BPL-KURIKULUM-07-02).

a. Kumpulan Sasaran/Nama Kursus;

b. Tugas dan Tanggungjawab;

c. Falsafah Kursus;

d. Objektif Umum/Khusus;

e. Subjek/Topik;

f. Tempoh Kursus;

g. Struktur Kursus;

h. Komponen Teori;

i. Komponen Amali;

j. Penilaian Kursus; dan

k. Pensijilan Kursus.

 

2.1.1 Sekiranya berkaitan, maklumat daripada rekabentuk yang terdahulu dan keperluan lain hendaklah diambilkira dalam penentuan input.

2.1.2 Semua input di atas hendaklah disemak untuk memastikan ianya memenuhi keperluan rekabentuk kurikulum yang telah ditentukan.

 

3.0 Penentuan Output Rekabentuk Kurikulum

3.1 Setelah menghasilkan input rekabentuk kurikulum, ianya hendaklah dikemukakan oleh JKKPK PPKK & KLPM kepada JKKPK B & PB PBL KKM untuk tujuan verifikasi, dengan memastikan output rekabentuk memenuhi keperluan berikut;

a. Memenuhi keperluan input yang telah ditetapkan untuk rekabentuk kurikulum dan perkembangannya;

b. Memberi maklumat yang bersesuaian dengan kehendak perkhidmatan;

c. Mencapai kriteria personel yang berpengetahuan, berkemahiran dan kompeten dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang ditetapkan.

 

4.0 Penyemakan Rekabentuk Kurikulum

4.1 Sekiranya diperlukan setiiap peringkat rekabentuk kurikulum, hendaklah disemak oleh wakil-wakil berkaitan yang ditentukan oleh JKKPK PPKK & KLPM mengikut perancangan yang ditetapkan dengan menggunakan Lampiran 2 (BK/KURIKULUM-07-02) untuk memastikan perkara berikut;

a. Menilai keupayaan rekabentuk kurikulum sama ada dapat memenuhi keperluan perkhidmatan;

b. Mengenalpasti masalah dan cadangkan tindakan yang diperlukan.

 

5.0 Verifikasi Rekabentuk Kurikulum

5.1 JKKPK PPKK & KLPM hendaklah mengemukakan kurikulum yang telah direkabentuk kepada JKKPK KKM untuk tujuan verifikasi.

5.2 Setelah menerima kurikulum, JKKPK KKM hendaklah melaksanakan verifikasi selaras dengan kehendak perancangan yang telah ditetapkan untuk memastikan output memenuhi keperluan input rekabentuk kurikulum.

5.2.1 Sekiranya rekabentuk kurikulum perlu dibuat pindaan, JKKPK KKM hendaklah mengembalikan kurikulum tersebut kepada JKKPK PPKK & KLPM untuk tindakan seterusnya.

5.3 Setelah kurikulum diverifikasi, JKKPK KKM hendaklah mengemukakan kepada Lembaga Pendidikan Kementerian Kesihatan Malaysia (LP KKM) untuk tujuan validasi.

5.3.1 Setelah kurikulum diverifikasi, sesalinan surat makluman jika diperolehi hendaklah disimpan dalam Fail Latihan.

 

6.0 Validasi Rekabentuk Kurikulum

6.1 Setelah menerima kurikulum daripada JKKPK KKM, LP KKM akan memperakukannya selaras dengan kehendak perancangan yang telah ditetapkan untuk memastikan keupayaan kurikulum tersebut memenuhi keperluan perkhidmatan.

6.2 Setelah kurikulum divalidasi, sesalinan surat makluman jika diperolehi hendaklah disimpan dalam Fail Latihan.

 

7.0 Kawalan Ke atas Pindaan Rekabentuk Kurikulum

7.1 Sekiranya perlu sebarang pindaan kepada rekabentuk kurikulum, JKKPK PPKK & KLPM, hendaklah mengenalpasti kesesuaiannya dan direkodkan.

7.2 Sebelum pindaan yang telah dikenalpasti boleh dilaksanakan, prosedur semakan, verifikasi dan validasi hendaklah diulangi semula.

 

Disediakan oleh: Pn.Fatimah Nayan; t/t:

Disemak oleh 1: Dr.Naziah Ahmad Azli; t/t:

Disemak oleh 2: Dr.Ahmad Termizi Zamzuri; t/t:

Diluluskan oleh: Dr. Hasenah Mod Zaki, Pengarah; t/t:

 

REKOD KUALITI

 

Arahan Kerja / Borang Kualiti / Senarai Semak

  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  Tiada
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  Tiada
  Pemilik Dokumen
  Fatimah Nayan
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti