Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2000 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI

PK/BL/17 - PROSEDUR URUSAN TATAKELAKUAN PELATIH

   
Pindaan : 1
Tarikh Kuatkuasa : 30-11-2010
Objektif Prosedur : Prosedur ini dibuat untuk menyediakan kaedah dalam pengurusan tindakan tatakelakuan supaya mematuhi Peraturan Tatakelakuan Pelatih Pusat Pergigian Kanak-Kanak & Kolej Latihan Pergigian Malaysia (PPKK & KLPM).
Skop : Prosedur ini digunapakai oleh PPKK & KLPM untuk mengendalikan semua kes-kes perlanggaran syarat perjanjian dan peraturan tatakelakuan yang telah ditetapkan di dalam Peraturan Tatakelakuan Pelatih Institusi-Institusi Latihan Sains Kesihatan Bersekutu yang disediakan oleh BPL KKM bermula dari penerimaan aduan sehingga keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tatakelakuan Pelatih dikeluarkan.
 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

1.0 Menerima Aduan Perlanggaran Tatakelakuan

1.1 Sekiranya berlaku pelanggaran tatakelakuan, Pengajar/Ketua Program/Penyelia Asrama/Warden atau Preseptor Tempatan (PT) hendaklah mengemukakan laporan aduan pelanggaran tatakelakuan dengan menggunakan Borang Aduan Tatakelakuan Terhadap Pelatih Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (BK-TT-03-01 Lampiran1).

1.1.1 Bagi aduan yang diterima dari luar, PT hendaklah mengemukakan aduan kepada Pengarah PPKK & KLPM dan Pengarah hendaklah meminitkan di atas Borang Aduan Tatakelakuan Terhadap Pelatih Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (BK-TT-03-01 Lampiran1) kepada TPL untuk tindakan selanjutnya.

1.1.2 Bagi aduan dalaman, pengadu hendaklah mengemukakan aduan kepada TPL dengan menggunakan Borang Aduan Tatakelakuan Terhadap Pelatih Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (BK-TT-03-01 Lampiran1) untuk tindakan selanjutnya.

1.1.3 Setelah menerima laporan aduan sama ada dalaman atau luaran, TPL hendaklah mengarahkan Pengajar Hal Ehwal Pelatih (HEP) dengan meminitkan arahan dalam Borang Aduan Tatakelakuan Terhadap Pelatih Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (BK-TT-03-01 Lampiran1) untuk menentukan kesahihan aduan dan mengumpul maklumat berkaitan sebagai bahan bukti.

 

2.0 Membuat Siasatan Aduan

2.1 Setelah menerima arahan daripada TPL, Pengajar HEP hendaklah menjalankan penyiasatan berdasarkan aduan yang diterima bagi mengumpul maklumat dan bukti lanjut yang diperlukan.

2.2 Setelah menerima maklumat dan bukti, Pengajar HEP hendaklah berbincang dengan TPL menentukan kesahihan aduan.

 

3.0 Menyediakan Laporan Aduan

3.1 Hasil dari penyiasatan, Pengajar HEP hendaklah membuat ulasan berasaskan maklumat yang dikumpul dengan menggunakan borang Laporan Tatakelakuan Terhadap Pelatih Institusi Latihan KKM (BK-TT-03-02 Lampiran 2).

3.2 Setelah mendapati aduan sahih, Pengajar HEP hendaklah mengarahkan pelatih untuk memberi penjelasan dalam masa tiga (3) hari dengan menggunakan Surat Tunjuk Sebab Tindakan Tatakelakuan Dibawah Peraturan Tatakelakuan Pelatih Institusi-Institusi Latihan Sains Kesihatan Bersekutu KKM (BK-TT-03-03 Lampiran 3) yang ditandatangan oleh Pengarah dan dihantar melalui PT di PLA dengan cara faks/surat.

3.2.1 Bagi kes dalaman, Surat Tunjuk Sebab Tindakan Tatakelakuan Dibawah Peraturan Tatakelakuan Pelatih Institusi-Institusi Latihan Sains Kesihatan Bersekutu KKM (BK-TT-03-03 Lampiran 3) hendaklah ditandatangan oleh TPL dan dihantar melalui Pengajar HEP dengan cara lisan.

3.2.2 Pada masa yang sama, Pengajar HEP hendaklah menghantar sesalinan Surat Tunjuk Sebab Tindakan Tatakelakuan Dibawah Peraturan Tatakelakuan Pelatih Institusi-Institusi Latihan Sains Kesihatan Bersekutu KKM (BK-TT-03-03 Lampiran 3) kepada Penjamin 1 dan Penjamin 2 untuk makluman.

 

3.3 Sekiranya didapati aduan tidak sahih, TPL akan meminitkan ”Aduan tidak sahih” pada borang Laporan Tatakelakuan Terhadap Pelatih Institusi Latihan KKM (BK-TT-03-02 Lampiran 2) dan dikembalikan kepada HEP untuk disimpan di dalam fail pelatih.

 

4.0 Membuat Pengesahan Kesahihan Aduan

4.1 Setelah menerima jawapan Surat Tunjuk Sebab Tindakan Tatakelakuan Dibawah Peraturan Tatakelakuan Pelatih Institusi-Institusi Latihan Sains Kesihatan Bersekutu KKM (BK-TT-03-03 Lampiran 3) daripada pelatih, Pengarah hendaklah meminitkan surat tersebut kepada TPL untuk tindakan.

4.1.1 Sebaik sahaja menerima surat tunjuksebab, TPL hendaklah meminitkan kepada Pengajar HEP bagi tindakan seterusnya.

4.1.2 Berdasarkan kepada surat tunjuk sebab tersebut, Pengajar HEP hendaklah memaklumkan kepada Pembantu Tadbir Latihan (PTL) yang dilantik sebagai Setiausaha Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Tatatertib Pelatih (JPTP), untuk membuat persediaan Mesyuarat JPTP peringkat PPKK & KLPM.

4.1.2.1 Sekiranya kes tersebut perlu tindakan segera, Pengarah hendaklah mengadakan mesyuarat dengan secepat mungkin.

4.1.2.2 Tetapi jika tidak memerlukan tindakan segera/boleh ditangguhkan, mesyuarat hendaklah dibuat dalam jangkamasa sekurang-kurang dua bulan sekali.

 

5.0 Mengendalikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Tatatertib Pelatih PPKK & KLPM

5.1 Pengarah/TPL hendaklah mempengerusikan Mesyuarat JPTP PPKK & KLPM bagi menentukan sama ada wujudnya bukti kesalahan yang boleh dipertuduhkan (prima facie).

5.1.1 Ahli Jawatankuasa Mesyuarat JPTP PPKK & KLPM terdiri daripada;

a. Pengarah PPKK & KLPM (Pengerusi);

b. Pembantu Tadbir Latihan (Setiausaha);

c. TPL;

d. Pengajar Kanan HEP; dan

e. Ketua-Ketua Program.

 

5.2 Semasa mesyuarat, Pengajar Kanan HEP hendaklah membentangkan kes aduan tatatertib terhadap pelatih tersebut dan AJK hendaklah meneliti, menimbang seterusnya membuat keputusan terhadap kes-kes salahlaku tersebut dengan merujuk Buku Peraturan Tatakelakuan Pelatih Institusi-Institusi Latihan kesihatan Bersekutu.

5.2.1 Sekiranya pelanggaran tatakelakuan di bawah bidangkuasa PPKK & KLPM, AJK JPTP PPKK&KLPM hendaklah menjatuhkan hukuman yang besesuaian sebagaimana yang terkandung di dalam Buku Peraturan Tatakelakuan Pelatih Institusi-Institusi Latihan Kesihatan Bersekutu.

5.2.2 Sekiranya pelanggaran tatakelakuan di bawah bidangkuasa BPL KKM, AJK JPTP PPKK&KLPM hendaklah memutuskan pelatih disyorkan tangguh latihan dan biasiswa, sementara menunggu keputusan dari BPL, KKM.

 

6.0 Menyediakan Laporan Tatakelakuan

6.1 Sehubungan dengan itu, bagi kes-kes di bawah bidang kuasa BPL, Pengajar HEP hendaklah menyediakan Laporan menggunakan Borang Tatakelakuan Terhadap Pelatih-Pelatih Yang Mengikuti Kursus Latihan Anjuran KKM (BK-TT-03-04 Lampiran 4) beserta dengan bukti-bukti sebagai dokumen sokongan dan laporan perlu ditandatangani oleh Pengarah PPKK & KLPM untuk dipanjangkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Tatakelakuan Pelatih BPL, KKM.

 

7.0 Menerima Surat Pertuduhan Jawatankuasa Pengurusan Tatakelakuan Pelatih Peringkat BPL

7.1 Apabila menerima surat daripada BPL mengenai pertuduhan yang dikenakan terhadap pelatih, Pengarah hendaklah meminitkan kepada TPL di atas Surat Pertuduhan Jawatankuasa Pengurusan Tatakelakuan Pelatih Peringkat BPL untuk tindakan selanjutnya oleh Pengajar HEP.

7.2 Setelah menerima arahan daripada TPL, Pengajar HEP hendaklah mengarahkan PTL untuk memanjangkan surat pertuduhan yang dikenakan kepada pelatih melalui Preseptor Tempatan (jika pelatih berada di PLA) dan sesalinan dihantar kepada Penjamin 1 dan Penjamin 2 secara pos berdaftar.

7.2.1 Sekiranya pelatih tidak lagi berada di Pusat Latihan Amali (PLA), surat hendaklah dihantar terus kepada pelatih mengikut alamat masing-masing.

7.2.2 Sekiranya pelatih berada di PPKK&KLPM, HEP hendaklah menyerahkan terus kepada pelatih.

 

7.3 Jika surat pertuduhan memerlukan pelatih ditangguhkan latihan, Pengarah PPKK & KLPM hendaklah memastikan pelatih tidak lagi berada di PPKK & KLPM.

7.3.1 Bagi pelatih-pelatih yang berada di PLA Pengarah PPKK & KLPM hendaklah memaklumkan kepada Preseptor Tempatan untuk mengarahkan pelatih supaya tidak lagi meneruskan latihan.

7.4 Sebaik sahaja pelatih menerima surat pertuduhan, beliau hendaklah membuat pengesahan penerimaan dan mengemukakan surat bela diri kepada Pengarah PPKK & KLPM menggunakan Lampiran A dalam tempoh dua puluh satu (21) hari dari tarikh surat pertuduhan.

7.5 Setelah surat akuan penerimaan dan bela diri diterima daripada pelatih, Pengarah PPKK & KLPM hendaklah membuat ulasan sama ada menyokong atau menolak alasan pelatih, seterusnya memanjangkannya kepada BPL KKM.

7.5.1 Sekiranya pelatih tidak mengemukakan surat bela diri kepada Pengarah PPKK & KLPM selepas 21 hari dari tarikh surat pertuduhan, laporan hendaklah dihantar ke BPL.

 

8.0 Menerima keputusan Jawatankuasa Pengurusan Tatakelakuan Pelatih (JPTP) BPL, KKM

8.1 Apabila menerima keputusan dari BPL, Pengarah PPKK & KLPM hendaklah meminitkan keputusan tersebut kepada TPL dan seterusnya kepada Pengajar HEP.

8.1.1 Sebaik sahaja menerima keputusan tersebut, Pengajar HEP hendaklah mengarahkan PTL untuk menghantar surat keputusan JPTP (BPL) kepada pelatih dan menghantar sesalinan kepada Penjamin 1 dan Penjamin 2 secara pos berdaftar.

8.1.1 Sesalinan surat keputusan dari BPL hendaklah dihantar kepada LP untuk makluman (jika berkaitan).

 

Disediakan oleh : Pn.Fatimah Nayan; t/t:

Disemak oleh 1: Dr.Naziah Ahmad Azli; t/t:

Disemak oleh 2: Dr.Ahmad Termizi Zamzuri; t/t:

Diluluskan oleh: Dr. Hasenah Mod Zaki, Pengarah; t/t:

 

REKOD KUALITI

 

Arahan Kerja / Borang Kualiti / Senarai Semak

  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  Tiada
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  Tiada
  Pemilik Dokumen
  Fatimah Nayan
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti