Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2008 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI


BKPNM-PK-A1 - PERANCANGAN, PELAKSANAAN, PEMANTAUAN DAN PENILAIAN PROGRAM KESIHATAN

   
Pindaan : 0
Tarikh Kuatkuasa : 15-08-2023
Objektif Prosedur : Prosedur ini menggariskan langkah-langkah untuk merancang, melaksana, memantau dan menilai Program Kesihatan Pergigian untuk menjamin perkhidmatan diberi mencapai sasaran yang ditetapkan jabatan.
Skop : Prosedur ini digunapakai untuk semua program-program Perkhidmatan Kesihatan Pergigian yang dikendalikan oleh Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Melaka.

SINGKATAN / DEFINISI

KU Ketua Unit
PPD Pegawai Pergigian Daerah
PPYM Pegawai Pergigian Yang Menjaga
TPKN(G) Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian)

CARTA ALIRAN KERJA

 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

 

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

   

A.   PERANCANGAN

 
 TPKN(G)/PPD  5.1 Kenalpasti program / aktiviti yang perlu perancangan mengikut :
  • Pelan Tindakan Negeri & Daerah.
  • Arahan yang diterima dari Bahagian Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia / TPKN (G) untuk program / projek baru.
TPKN(G)/ PPD / PPYM  / Ketua Unit / Penyelaras Program 5.2 Buat analisa situasi (dari lapuran tahunan) seperti berikut:
5.2.1   Kumpulkan data.
   

            Untuk program berterusan:

            Kumpulkan data yang berkaitan dari penilaian yang dibuat pada tahun lepas, seperti pencapaian objektif dan sasaran.

               Untuk program / projek baru:
  •  kaji matlamat program / projek.
   
  • kenalpasti dan kumpulkan  data yang perlu.
            Jalankan kajian untuk mengumpul data sekiranya tiada.

TPKN(G)/ PPD /PPYM / Ketua Unit / Penyelaras Program

  5.2.2    Analisa data

          Untuk program berterusan:

   
  • analisa dibuat berdasarkan penilaian pencapaian tahun lepas daripada laporan tahunan.
  • ambil maklumat dan rumusan dari penilaian tersebut.
 

TPKN(G)/ PPD /PPYM/ Ketua Unit / Penyelaras Program 

5.3

Tentukan strategi serta cadangan aktiviti dan kesesuaian pelaksanaan melalui perbincangan dengan pihak-pihak berkenaan.

Program berterusan:

   
  • Kajisemula strategi dan aktiviti-aktiviti sediada.
  • Buat penambahbaikan jika perlu
   

Program / projek baru:

  • Tentukan objektif-objektif spesifik
  • Senaraikan cadangan aktiviti dan susunkan mengikut keutamaan.

TPKN(G)/ PPD/PPYM /Ketua Unit/Penyelaras Program

5.4

Tentukan keperluan sumber dan metodologi.

  • Buat anggaran sumber yang perlu untuk pelaksanaan program
   
  • Semak sumber sediada.
  • Buat permohonan tambahan sumber sekiranya tidak mencukupi

TPKN(G) / PPD

5.5

Tetapkan sasaran dan tempoh pelaksanaan.

 

KPPK / PPD / Penyelaras Program

5.6

Sediakan Pelan Tindakan yang merangkumi :

  

 

 

 
  •  Program / projek
  • Kumpulan sasaran
   
  • Strategi dan aktiviti-aktiviti
  • Sasaran Kualiti dan Kuantiti
   
  • Tempoh dan Jadual Pelaksanaan  
  • Tanggungjawab

TPKN(G) / PPD

5.7

Luluskan dan edarkan Pelan Tindakan untuk pelaksanaan.

B.   PELAKSANAAN

PPYM / Ketua Unit / Penyelaras Program

5.8

Sediakan jadual pelaksanaan program bagi unit masing-masing.

 

PPYM / Ketua Unit / Penyelaras Program

5.9

Laksanakan aktiviti-aktiviti program.

C.   PEMANTAUAN

TPKN(G)/ PPD/ PPYM/ Ketua Unit/ Penyelaras Program

5.10

Tentukan kaedah/kekerapan pemantauan berdasarkan:

i) Pemantauan Penyeliaan 

  • Lawatan / Penyeliaan
  • Penyemakan reten
  • Laporan pencapaian

ii) Pemantauan Klinikal

PANDUAN PEMANTAUAN KLINIKAL (PINDAAN 2023);  MOH/K/GIG/7-2022 (GU)

TPKN(G)/ PPD/ PPYM/ Ketua Unit / Penyelaras Program

5.11

Jalankan pemantauan.

 

TPKN(G)/ PPD/ PPYM/ Ketua Unit / Penyelaras Program 

 

5.12

Sediakan laporan pemantauan (menggunakan Borang Kualiti yang berkaitan) dan salinan laporan diberi kepada Ketua Unit fasiliti yang dipantau.

i) Pemantauan Penyeliaan

M-BKPNM-BK20(a)- REKOD PEMANTAUAN PERKHIDMATAN SEKOLAH

M-BKPNM-BK20(b)- REKOD PEMANTAUAN PENGURUSAN PENTADBIRAN AM UNIT / DAERAH

M-BKPNM-BK20(c)- REKOD PEMANTAUAN MAKMAL PERGIGIAN

M-BKPNM-BK20(d)- REKOD PEMANTAUAN BILIK RAWATAN

M-BKPNM-BK20(e)-  LAPORAN PEMANTAUAN KENDERAAN

M-BKPNM-BK20(f)- LAPORAN PEMANTAUAN TADIKA

M-BKPNM-BK20(g)- LAPORAN PEMANTAUAN TASKA

 

ii) Pemantauan Klinikal

Lampiran A-E- BORANG PEMANTAUAN KLINIKAL 2023

 

TPKN(G)/ PPD/ PPYM/ Ketua Unit / Penyelaras Program  

5.13

Laksanakan tindakan pembetulan / pencegahan / penambahbaikan sekiranya ada.

 

TPKN(G)/ PPD/ PPYM/ Ketua Unit / Penyelaras Program 

 

5.14

Pantau semula keberkesanan tindakan pembetulan/ pencegahan/ penambahbaikan.

 

TPKN(G)/ PPD/ PPYM/ Ketua Unit / Penyelaras Program 

 

5.15

Pastikan  Laporan Pemantauan direkodkan.

 
    D.   PENILAIAN
 

KPPK /PPD / PPYM / Ketua Unit / Penyelaras Program

5.16

Kumpulkan data dan maklumat berdasarkan :

  • Pelan Tindakan
  • KPI
  • Laporan QAP  (NIA/DSA)
  • Kajian kepuasan pelanggan
  • Laporan audit dalaman
  • Laporan Pencapaian (Pelbagai)

TPKN(G)/ PPD / PPYM / Ketua Unit / Penyelaras Program

5.17

Buat analisa data:

  • Perbandingan pencapaian program/ aktiviti sebenar dengan piawai yang telah ditetapkan.
  • Kepuasan, tanggapan serta cadangan daripada pelanggan terhadap program/aktiviti.
  • Perbandingan pencapaian latihan yang dijalankan.

TPKN(G)/ PPD / PPYM / Ketua Unit / Penyelaras Program 

 

5.18

Laporkan dan bincangkan sebarang penemuan/penambahbaikan yang perlu dibawa untuk tindakan bagi setiap pemantauan/penyeliaan yang dibuat.

Bincangkan dengan pihak berkenaan sekiranya terdapat kekurangan / kelemahan. 

TPKN(G)/ PPD / PPYM / Ketua Unit / Penyelaras Program  

5.19

Laksanakan tindakan pembetulan / pencegahan / penambahbaikan sekiranya ada.

 
 

REKOD KUALITI

No NAMA REKOD TEMPOH SIMPANAN LOKASI
1 Pelan Tindakan 5 tahun Pej TPKN(G) / Pej PPD / Klinik
2 Jadual Pelaksanaan Program-program 1 tahun Pej PPD / Klinik
3 Jadual Lawatan Tentatif 1 tahun Pejabat PPD / Klinik
4 Laporan NIA 7 Tahun Pej TPKN(G) / Pej PPD / Klinik
5 Laporan DSA 7 Tahun Pej TPKN(G) / Pej PPD / Klinik
6 Laporan KPI 7 Tahun Pej TPKN(G) / Pej PPD / Klinik
7 Laporan Objektif Kualiti 7 Tahun Pej TPKN(G) / Pej PPD / Klinik
 

Arahan Kerja / Borang Kualiti / Senarai Semak

  Arahan Kerja   
  M-BKPNM-AK11 - PANDUAN PEMANTAUAN KLINIKAL (PINDAAN 2023); MOH/K/GIG/7-2022 (GU)
  Borang Kualiti   
  M-BKPNM-BK20(a) pin.01 - REKOD PEMANTAUAN PERKHIDMATAN SEKOLAH
  M-BKPNM-BK20(b) pin.01 - REKOD PEMANTAUAN PENGURUSAN PENTADBIRAN AM UNIT / DAERAH
  M-BKPNM-BK20(c) pin.01 - REKOD PEMANTAUAN MAKMAL PERGIGIAN
  Lampiran A-E - BORANG PEMANTAUAN KLINIKAL 2023
  M-BKPNM-BK20(g) pin.01 - REKOD PEMANTAUAN TASKA
  M-BKPNM-BK20(f) pin.01 - REKOD PEMANTAUAN TADIKA
  M-BKPNM-BK20(e) pin.01 - REKOD PEMANTAUAN KENDERAAN
  M-BKPNM-BK20(d) pin.01 - REKOD PEMANTAUAN BILIK RAWATAN
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  BKPNM-DL-08 - GUIDELINES ON ORAL HEALTHCARE FOR SCHOOL CHILDREN
  BKPNM-DL-44 - TERBITAN DAN RUJUKAN PROGRAM KESIHATAN PERGIGIAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
  BKPNM-DL-43 - NATIONAL ORAL HEALTH PLAN
  BKPNM-DL-42 - DASAR KESIHATAN PERGIGIAN KEBANGSAAN, PROGRAM KESIHATAN PERGIGIAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
  BKPNM-DL-17 - GARIS PANDUAN AKTIVITI DAN PROGRAM KESIHATAN PERGIGIAN
  Pemilik Dokumen
  Dr. Suhairah Jani
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para
1. 12-09-2011 0 Nota Pindaan
2. 07-03-2014 0 Nota Pindaan
3. 06-04-2015 0 Nota Pindaan
4. 11-08-2016 0 Nota Pindaan
5. 05-05-2017 0 Nota Pindaan
6. 29-01-2018 0 Nota Pindaan
7. 30-01-2018 0 Nota Pindaan
8. 11-03-2019 0 Nota Pindaan
9. 16-05-2023 0 Nota Pindaan
10. 15-08-2023 0 Nota Pindaan
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti