Laman Utama   Bantuan  
   
     

PROSEDUR KUALITI

PS-BKPPLS-PK-Q2 - AUDIT DALAMAN

   
Pindaan : 5
Tarikh Kuatkuasa : 23-08-2021
Objektif Prosedur : Prosedur ini memastikan semua proses-proses di dalam sistem pengurusan kualiti diaudit mengikut perancangan bagi mengesahkan sistem kualiti dilaksanakan dan diselenggara dengan berkesan.
Skop : Prosedur ini meliputi semua bahagian sistem pengurusan kualiti yang memberi kesan terhadap kualiti Bahagian Kesihatan Pergigian Perlis.
 

SINGKATAN / DEFINISI

PWP Penolong Wakil Pengurusan
WP Wakil Pengurusan
JT Juruteknologi Pergigian
PPD Pegawai Pergigian Daerah
AUDITI Pihak yang diaudit
AD Audit Dalaman
Ketidakpatuhan Major Ketidakpatuhan kepada keperluan elemen prosedur yang ditetapkan yang boleh melumpuhkan sistem
Ketidakpatuhan Minor Ketidakpatuhan kecil yang berkaitan dengan prosedur yang tidak melumpuhkan sistem kualiti
PAD Pasukan Audit Dalaman
SPK Sistem Pengurusan Kualiti
KTP Ketidakpatuhan merujuk kepada prosedur perkhidmatan, proses-proses dan sebagainya yang tidak memenuhi keperluan yang ditetapkan.
KPAD Ketua Pasukan Audit Dalaman
SPK Sistem Pengurusan Kualiti
 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

 

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

WP 5.1 Rancangkan AD seperti di dalam Pelan tindakan perlaksanaan MS ISO 9001:2015
 
WP 5.2 Lantik KPAD untuk menjalankan audit dalaman
 
KPAD 5.3 Sediakan Perancangan Audit Dalaman Tahunan (PS-BKPPLS-BK10) yang merangkumi perkara-perkara berikut:
  • Bilangan audit yang akan dijalankan secara berjadual.
  • Bahagian yang akan diaudit supaya seluruh aktiviti dapat diaudit  sekurang-kurangnya sekali setahun
  • Audit secara Adhoc adalah di atas permintaan pengurusan sekiranya ada masalah.
 
WP 5.4 Luluskan perancangan AD
 
KPAD 5.5 Lantik ahli-ahli AD
  • Pastikan semua juruaudit adalah kompeten untuk menjalankan audit
KPAD 5.6 Sediakan jadual audit
 
WP 5.7 Maklumkan semua pihak yang akan terlibat dengan AD
 
KPAD 5.8 Adakan perbincangan sebelum audit ,dengan Ketua Jabatan/ Bahagian yang hendak diaudit untuk memaklumkan dan memutuskan mengenai:
  • Ahli PAD
  • Skop dan Objektif AD
  • Tarikh dan masa  audit akan dijalankan
  • Kerjasama yang dipohon daripada bahagian yang hendak diaudit
  • Hal-hal lain
KPAD 5.9 Adakan perbincangan dengan Ahli PAD dan jelaskan tanggungjawab masing-masing
 
KPAD 5.10 Adakan “Opening Meeting”  pada hari audit dengan  pihak yang diaudit untuk
  • Kenalkan antara Juruaudit dan auditi
  • Sahkan skop dan objektif audit
  • Selesaikan segala kemusykilan daripada pihak yang di audit
  • Dapatkan persetujuan mengenai  hal-hal pentadbiran seperti bilik untuk juruaudit menjalankan audit dll
  • Maklumkan bagaimana ketidakpatuhan akan dilaporkan
  • Jelaskan kaedah-kaedah audit seperti temubual,pemerhatian atau semakan rekod.
PAD 5.11 Mulakan audit 
  • Jalankan audit ke atas proses kerja yang dilakukan secara pemerhatian,temuramah dan semakan rekod.Pastikan proses kerja yangdilakukan oleh anggota selaras dengan dokumen kualiti yang digunakan.
  • Lakukan verifikasi ke atas penemuan audit terdahulu berpandukan log tindakan pembetulan (PS-BKPPLS-BK15) yang telah diedarkan sebelum ini.
  • Catatkan senarai semak audit,bukti dan penemuan ke dalam borang senarai semak audit PS-BKPPLS-BK11.
  • Juruaudit tidak dibenarkan mengaudit kerjanya sendiri.
  • Pada akhir sesi audit,adakan pertemuan dengan auditee dan Ketua unit untuk membincang akan penemuan-penemuan yang dikesan sepanjang tempoh audit.
  • Catatkan ketidakpatuhan (KTP) yang dikesan (sekiranya ada) dalam borang Laporan Ketidakpatuhan (PS-BKPPLS-BK9) -Bahagian A.
  • Bagi Penemuan pemerhatian,catat dalam borang Laporan Pemerhatian Audit Dalaman (PS-BKPPLS-BK14).
KPAD 5.12 Adakan perbincangan tertutup bersama PAD untuk selaraskan semua penemuan, Ketidakpatuhan dan pemerhatian yang  dibangkitkan.
 

KPAD

 

 

5.13 Adakan Mesyuarat Penutup (Closing Meeting) dengan ketua bahagian yang diaudit sebelum menamatkan AD.Mesyuarat ini dipengerusikan oleh TPKN(G) atau WP
  • Bentangkan penemuan ketidakpatuhan dan pemerhatian yang dikenalpasti diunit yang diaudit  
  • Dapatkan pengesahan pegawai-pegawai daripada bahagian yang diaudit mengenai penemuan di atas
  • Bincangkan jangkamasa yang diperlukan untuk tindakan pembetulan dari unit yang diaudit
  • Tetapkan tarikh Audit Susulan
WP

 

5.14 Sahkan KTP yang dibangkitkan.
 
KPAD 5.15 Buat salinan Borang Laporan ketidapatuhan  (PS-BKPPLS-BK9) kepada Juruaudit dan borang asal diserah kepada ketua unit yang diaudit.
 
KPAD 5.16

Sediakan laporan Audit Dalaman PS-BKPPLS-BK12 dan serahkan kepada WP

WP/Ketua Bahagian 5.17 Lengkapkan borang  Laporan Ketidakpatuhan dengan merujuk prosedur PS-BKPPLS-PK-Q3 .
  • Lakukan siasatan ke atas KTP yang diperolehi dan lengkapkan ruangan B
     
  • Lakukan pembetulan ke atas KTP (jika berkaitan)dan lengkapkan ruangan C
     
  • Rancang pelan tindakan pembetulan yang merangkumi:

             - Bila tindakan pembetulan akan diadakan

             - Siapa yang terlibat

             - Kepada siapa

  • Apa tindakan pembetulan yang dilakukan.
  • Lengkapkan ruangan D
W/Ketua Bahagian 5.18 Laksanakan tindakan pembetulan.Pastikan tindakan pembetulan yang diambil dapat menghapuskan punca-punca KTP dan seterusnya mencegah KTP berulang.Lengkap ruangan E dan sertakan lampiran bukti berkaitan.
 
PAD 5.19 Jalankan Audit Susulan pada tarikh yang ditetapkan. Semak dan nilai semula keberkesanan pembetulan dan tindakan pembetulan yang telah di ambil.
 
PAD 5.20 Lengkapkan ruangan F dengan memberi ulasan keberkesanan tindakan pembetulan.Tutup jika kes telah selesai. Jika tindakan pembetulan memerlukan penyelesaian jangkamasa panjang,kes tidak boleh ditutupkan (sehingga tindakan pembetulan didapati berkesan).
 
KPAD 5.21 Sediakan Laporan Audit susulan (PS-BKPPLS-BK13) dan serahkan kepada WP
 
WP 5.22 Teliti laporan audit susulan dan kenalpasti ketakakuran yang masih belum diambil tindakan pembetulan atau memerlukan tindakan penyelesaian jangka panjang atau melibatkan dasar untuk mengatasinya.
 
KPAD 5.23 Kemaskini Log ketidakpatuhan/ Tindakan pembetulan/ Penambahbaikan (PS-BKPPLS- BK15).
 
KPAD 5.24 Hantar laporan Log ketidakpatuhan dan Tindakan Pembetulan/Penambahbaikan  (PS-BKPPLS-BK15) kepada wakil pengurusan dan salinan kepada PPD, PPY/M klinik dan Pembantu Tadbir N22 Pejabat TPKN(G).
 
KPAD 5.25 Laporkan hasil Audit Dalaman semasa Mesyuarat Kajisemula pengurusan seperti berikut:
  • Laporkan Tindakan pembetulan yang telah diambil.bincang ketidakpatuhan yang tidak dapat ditutup untuk keputusan (jika ada)
KPAD 5.26 Rekodkan semua aktiviti -aktiviti AD,penemuan dan keputusan-keputusan audit.Selenggara semua rekod dengan baik
 
 

REKOD KUALITI

NO.

NAMA REKOD

TEMPOH SIMPANAN

 1. PS-BKPPLS-BK 9     Borang Laporan Ketidakpatuhan 3 tahun
 2. PS-BKPPLS-BK 11    Senarai Semak audit 3 tahun
 3. PS-BKPPLS-BK 10   Jadual Audit 3 tahun
 4. PS-BKPPLS-BK 12   Laporan Audit Dalaman 3 tahun 
 5. PS-BKPPLS-BK 13   Laporan Audit Susulan 3 tahun
 6. PS-BKPPLS-BK 15   Log Ketakuran/Tindakan pembetulan/penambahbaikan 3 tahun
 7. PS-BKPPLS-BK14   Borang Laporan Pemerhatian Audit Dalaman 3 tahun
 

KLAUSA MS ISO 9001

4.4 Sistem Pengurusan Kualiti dan prosesnya
6.1 Tindakan untuk Menangani Risiko dan Peluang
9.2 Audit dalaman
10.2 Ketakakuran Dan Tindakan Pembetulan
10.3 Penambahbaikan Berterusan
 

RUJUKAN

  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  PS-BKPPLS-BK09 - Laporan Ketidakpatuhan (KTP)
  PS-BKPPLS-BK10 - Borang Perancangan Audit Dalaman
  PS-BKPPLS-BK11 - Senarai Semak Audit
  PS-BKPPLS-BK12 - Laporan Audit Dalaman
  PS-BKPPLS-BK13 - Laporan Audit Susulan
  PS-BKPPLS-BK14 - Borang Laporan Pemerhatian Audit Dalaman
  PS-BKPPLS-BK15 - Log Ketidakpatuhan/Tindakan Pembetulan/Penambahbaikan
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  PS-BKPPLS-SPK1 - MS ISO 9001:2015 – Quality Management System –Requirement ( Second Revision ) (ISO 9001: 2015 IDT)
  PS-BKPPLS-SPK2 - MS ISO 31000:2010 – Risk Management – Principles and Guidelines (ISO 31000:2009.IDT)
  Pengurusan Risiko   
  PS-BKPPLS-PR 2 - AUDIT DALAMAN
  PS-BKPPLS-PR-A - RISIKO
  Pemilik Dokumen
  Cik Low Lu Gor a/p Bon Pan
Pn Goh Cheng Yan
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
1. 23-08-2021 5 Nota Pindaan Approver 1
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti