Laman Utama   Bantuan  
   
     

PROSEDUR KUALITI

PS-BKPPLS-PK-S3 - PENGENDALIAN LATIHAN

   
Pindaan : 12
Tarikh Kuatkuasa : 24-09-2024
Objektif Prosedur : Prosedur ini mengariskan langkah-langkah untuk mengenalpasti keperluan latihan, dirancang dan dijalankan serta dibuat penilaian keberkesanan latihan terhadap anggota yang dilatih bagi memastikan anggota pergigian mempunyai pengetahuan ,kesedaran dan kemahiran yang mencukupi untuk menjalankan tugas masing-masing dengan kompeten dan berkesan ke arah perkhidmatan berkualiti.
Skop : Prosedur ini merangkumi semua anggota di bawah kawalan Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Perlis.
 

SINGKATAN / DEFINISI

TPKN(G) Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian)
PWP Penolong Wakil Pengurusan
PPD Pegawai Pergigian Daerah
Urusetia Ahli Jawatankuasa pengendalian Latihan
Latihan Merujuk kepada semua kursus,seminar,bengkel,tunjuk ajar dan ceramah yang dihadiri oleh anggota pergigian
KKM Kementerian Kesihatan Malaysia
INTAN Institut Tadbiran Awam Intan
PSL Pegawai Sah Latihan
IPK Institut Pengurusan Kesihatan
JTP Juruteknologi Pergigian
 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

PPD / Penyelaras Latihan

5.1

Kenalpasti kecekapan dan keperluan latihan. Buat perancangan latihan untuk anggota apabila terdapat

●    perubahan dalam tugasan anggota di klinik
●    perlantikan baru anggota  di klinik
●    perubahan teknologi peralatan dan bahan pergigian
●    keperluan tambahan pengetahuan dan kemahiran untuk anggota klinik
●    cadangan latihan dalam Laporan Prestasi Tahunan anggota.
●    permohonan anggota untuk menghadiri latihan.

PPD/ PPYM/ Ketua unit 5.2

Tentukan kategori latihan yang diperlukan dan uruskan latihan seperti berikut:

5.2.1    Latihan Luaran (seperti anjuran KKM, INTAN, IPK, Pihak  Swasta )
        ●    Terima pencalonan / arahan menghadiri latihan daripada Pejabat TPKN(G) atau permohonan untuk menghadiri latihan dari anggota.
        ●    Pilih calon mengikut kesesuaian kursus, keperluan latihan dan maklumkan TPKN (G).
        ●    Terima arahan menghadiri kursus sekiranya calon berjaya  dipilih.
        ●    Maklumkan kepada calon dan berikan pelepasan untuk menghadiri latihan luaran.

 

TPKN(G)/ Penyelaras latihan

Penyelaras latihan

Urus setia latihan

Urus setia latihan

 

 

5.2.2    Latihan Dalaman

5.2.2.1  Keluarkan surat memohon maklumbalas perancangan latihan pada hujung tahun kepada semua penyelaras program kategori untuk tahun berikut.

5.2.2.2 Sediakan jadual perancangan latihan untuk tahun berkenaan berdasarkan maklumbalas latihan yang diterima dari penyelaras

5.2.2.3 Sediakan  kertas kerja dan dapatkan kelulusan jika perlu

5.2.2.4 Uruskan latihan seperti berikut :

  • Sediakan aturcara
  • Jemputan penceramah / fasilitator
  • Persiapan tempat
  • Borang  Penilaian Kursus jangka Pendek (Dalam dan Luar Negara) KKM / BPL / PK / 2019
  • Lain-lain yang perlu
  • Keluarkan surat panggilan untuk makluman dan pelepasan peserta kursus.
  • Jalankan latihan
Peserta  

5.2.2.5  Semasa Latihan

  • Catatkan kehadiran latihan dalam rekod kehadiran Kursus/ Bengkel / Ceramah Dalaman/ Mesyuarat (PS-BKPPLS-BK37)
  • Buat penilaian tentang penganjuran dan keberkesanan latihan di akhir kursus /bengkel dengan mengisi borang Penilaian Kursus Jangka Pendek(Dalam Dan Luar Negara) KKM / BPL / PK / 2019
Penyelaras kursus  

5.2.2.6 Sediakan laporan penilaian bagi setiap kursus / bengkel.

Semua anggota 5.3 Kemaskini rekod selepas menghadiri latihan seperti berikut:
   

5.3.1 Pegawai Pergigian , Jururawat Pergigian dan Juruteknologi Pergigian- Melalui  CPD Online

          i) CPD Log Book dicetak setiap 3 bulan untuk pengesahan oleh Penyelia

          ii) Peserta dikehendaki menyimpan secara individu dokumen sokongan seperti salinan sijil, surat panggilan dan sebagainya untuk verifikasi

   

5.3.2 Anggota sokongan Lain - Buku Log Latihan KKM

          i) Peserta dikehendaki mendapatkan tandatangan dan cop pengesahan PSL selepas setiap kali menghadiri latihan.

          ii) Peserta perlu menyertakan dokumen sokongan untuk memudahkan urusan pengesahan.

Semua anggota 5.4  Lengkapkan latihan -latihan yang berkaitan dengan tugas ke dalam KKM/BPL/KKK/2020 untuk dinilai oleh ketua unit.
PPD /PPYM / Ketua unit 5.5

 Pantau pencapaian latihan  dengan menggunakan PS-BKPPLS-BK 45 ( Jadual Pemantauan Objektif Kualiti Bahagian Pentadbiran) 

  5.6

Pastikan `cpd log book' dan buku log latihan KKM dikumpul dan disimpan di lokasi masing-masing..

TPKN(G) /PPD  / PPYM / Ketua Unit 5.7

Buat penilaian latihan selepas 3 bulan menggunakan borang KKM/BPL/KKK/2020. Penyelia perlu membuat penilaian 3 bulan selepas tarikh latihan dan tidak melebihi 6 bulan dari tarikh latihan (3-6 bulan selepas latihan)

  • Pengetahuan
  • Kemahiran
  • Hasil keseluruhan kursus
  • Sikap (jika kursus yang dihadiri oleh PYD berkaitan dengan perubahan sikap)
TPKN(G)/PPD/PPYM/Ketua Unit 5.8 Sediakan laporan Penilaian Anggota
Penyelaras Latihan 5.9 Audit verifikasi CPD dijalankan satu (1) kali setahun ke atas Pegawai Pergigian,Juruterapi Pergigian dan Juruteknologi Pergigian
Penyelaras Latihan 6.0 Sediakan Laporan untuk pembentangan dalam Mesyuarat Kaji Semula Pengurusan.
 

REKOD KUALITI

NO.

NAMA REKOD

TEMPOH SIMPANAN

1 PS-BKPPLS-BK 37  Rekod Kehadiran Kursus / Bengkel / Ceramah Dalaman / Mesyuarat 2 Tahun
2 PS-BKPPLS-BK38   Borang Penilaian Latihan Anggota 2 Tahun
3 Buku Log Latihan 2 Tahun
4 PS-BKPPLS-BK45 Borang Pemantauan Objektif Kualiti  Bahagian Pentadbiran 3 Tahun
5 Borang Penilaian Kursus Jangaka Pendek (Dalam Dan Luar Negara) di Kementerian Kesihatan Malaysia KKM/BPL/PK/2019 1 Tahun
 

KLAUSA MS ISO 9001

6.1 Tindakan untuk Menangani Risiko dan Peluang
7.1.6 Pengetahuan dalam Organisasi
7.2 Kompeten
7.5.3 Kawalan ke atas maklumat didokumenkan
9.1.3 Analisis dan penilaian
7.1.2 Modal Insan
 

RUJUKAN

  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  PS-BKPPLS-BK37 - Rekod Kehadiran Kursus/Bengkel/Ceramah Dalaman
  PS-BKPPLS-BK45 - Jadual Pemantauan Objektif Kualiti Bahagian pentadbiran
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  Tiada
  Pengurusan Risiko   
  PS-BKPPLS-PR 18 - PENGENDALIAN LATIHAN
  PS-BKPPLS-PR-A - RISIKO
  Pemilik Dokumen
  Cik Low Lu Gor a/p Bon Pan
Pn Goh Cheng Yan
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
1. 24-09-2024 12 Nota Pindaan Approver 1
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti