Laman Utama   Bantuan  
   
     

PROSEDUR KUALITI

PS-BKPPLS-PK-Q7 - PROSEDUR PENGURUSAN RISIKO

   
Pindaan : 1
Tarikh Kuatkuasa : 18-09-2024
Objektif Prosedur : Prosedur ini adalah untuk memastikan pihak pengurusan melaksanakan pengurusan risiko dan peluang ke atas sistem pengurusan kualiti bahagian ini secara berkala supaya ianya sentiasa sesuai, mencukupi dan berkesan
Skop : Prosedur ini hendaklah digunapakai oleh Bahagian Kesihatan Pergigian, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis bagi menguruskan risiko berkaitan dalam proses penyampaian perkhidmatan kesihatan pergigian
 

SINGKATAN / DEFINISI

PPD Pegawai Pergigian Daerah
PPYM Pegawai Pergigian Yang Menjaga
AJK MS ISO Ahli Jawatankuasa MS ISO
 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

Pengurusan Atasan / AJK MS ISO 5.1 Kenal pasti dan tentukan isu-isu luaran dan dalaman yang boleh memberi kesan kepada perkhidmatan pergigian. Semak semula secara berkala dalam mesyuarat tertentu seperti Mesyuarat Kaji Semula Pengurusan/ Mesyuarat AJK MS ISO sekurang-kurangnya sekali setahun.
Pengurusan Atasan / AJK MS ISO 5.2 Kenal pasti dan tentukan pihak-pihak berkepentingan yang berkaitan dengan perkhidmatan pergigian. Semak semula secara berkala dalam mesyuarat tertentu seperti Mesyuarat Kaji Semula Pengurusan/ Mesyuarat AJK MS ISO sekurang-kurangnya sekali setahun.
Pengurusan Atasan / AJK MS ISO 5.3 Tentukan risiko dan peluang (jika ada) daripada isu isu di perkara 5.1 dan 5.2 .Rancang tindakan menyatakan risiko dan peluang (jika ada) serta cadangan kawalan tambahan bagi mengurangkan kesan risiko yang telah dikenalpasti dalam bentuk Format Penilaian Risiko.
Pengurusan Atasan / AJK MS ISO 5.4 Rancang dan jalankan latihan/kesedaran berkaitan pengurusan risiko dan pelaksanaannya secara berkala bagi mempromosikan pemikiran berasaskan risiko.
Pengurusan Atasan / AJK MS ISO 5.5 Hebahkan pelan risiko yang disediakan untuk makluman dan tindakan anggota berkaitan.
Penyelaras / Ketua Unit / PPYM/PPD 5.6

Laksanakan tindakan pencegahan yang telah ditetapkan semasa pemberian perkhidmatan pergigian berpandukan garis panduan sedia ada.

Penyelaras / Ketua Unit / PPYM/PPD 5.7 Pastikan cadangan kawalan tambahan  dilaksanakan dan pantau pelaksanaannya  melalui pemantauan berkala PPD/PPYM/Audit Dalaman atau lain-lain kaedah yang berkaitan.
Anggota Pergigian 5.8 Laporkan kepada penyelia sekiranya berlaku insiden mengikut kategori insiden
 Ketua Unit / PPYM/PPD 5.9 Lengkapkan pelaporan insiden dan hantar kepada penyelaras negeri untuk dikompilasi
 Ketua Unit / PPYM/PPD 5.10 Hantar Format Pelaporan Risiko kepada penyelaras negeri setiap enam (6) bulan  (Januari-Jun dan Julai-Disember) bagi kategori high, dan setahun sekali bagi kategori  medium / low bagi tujuan kompilasi dan analisa data.
 Ketua Unit / PPYM/PPD 5.11 Sediakan Laporan Pemantauan Kemalangan/Kecederaan Perkhidmatan Pergigian (Keselamatan Pekerja dan Pelanggan / Incident Reporting) - PS-BKPPLS-BK81 dan Pemantauan Status Tindakan Kawalan Risiko - PS-BKPPLS-BK82 bagi kejadian risiko yang terjadi di klinik.
Penyelaras Risiko 5.12 Analisa  Penilaian Keberkesanan Risiko bagi tempoh setahun sekali. Bentang analisa kejadian risiko semasa Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan/ Mesyuarat AJK  MS ISO.
Pengurusan Atasan / AJK MS ISO 5.13 Berdasarkan analisa kekerapan kejadian risiko yang telah dibuat, nilai semula keberkesanan tindakan menangani risiko serta tahap risiko (rujuk Skala Risiko yang ditetapkan) bagi setiap risiko sekurang-kurangnya sekali setahun.
Pengurusan Atasan / AJK MS ISO 5.14 Kemaskini Format Penilaian  Risiko.
     
     
     
     
     
     
 

REKOD KUALITI

NO.

NAMA REKOD

TEMPOH SIMPANAN

1. Pemantauan Kemalangan/Kecederaan Perkhidmatan Pergigian (Keselamatan Pekerja dan Pelanggan / Incident Reporting) - PS-BKPPLS-BK81 2 tahun
2.  Pemantauan Status Tindakan Kawalan Risiko - PS-BKPPLS- BK82                                                                                                                                                              2 tahun
3. WEHU A1/A2 - Notification Of Occupational Accident And Dangerous Occurrence 7 tahun
4. WEHU E1/E2 - Notification Of Occupational Noise Induced Hearing Loss 7 tahun
5. WEHU D1/D2 - Notification Of Occupational Poisoning/Disease 7 tahun
6. WEHU S1/S2 - Notification Of Occupational Skin Diseas 7 tahun
7. WEHU L1/L2 - Notification Of Occupational Lung Disease 7 tahun
8. Borang SIS (OHU/SIS-1, OHU/SIS-2a, OHU/SIS-2b, OHU/SIS-3)  7 tahun
9. FORM IR1.1 (Dental) - Patient Safety Incident - Management & Reporting Form 7 tahun
 

KLAUSA MS ISO 9001

4.1 Memahami organisasi dan konteksnya
4.2 Memahami Keperluan dan jangkaan pihak yang berkepentingan
6.1 Tindakan untuk Menangani Risiko dan Peluang
8.1 Perancangan dan kawalan operasi
9.2 Audit dalaman
9.3 Kaji semula pengurusan
10.2 Ketakakuran Dan Tindakan Pembetulan
10.3 Penambahbaikan Berterusan
9.1 Pemantauan.Pengukuran, Analisis Dan Penilaian
 

RUJUKAN

  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  PS-BKPPLS-BK81 - Pemantauan Kemalangan / Kecederaan Perkhidmatan Pergigian(Keselamatan Pekerja dan Pelanggan / Incident Reporting)
  PS-BKPPLS-BK82 - Pemantauan Status Tindakan Kawalan Risiko
  WEHU A1/A2 - Notification of Occupational Accident and Dangerous Occurrence
  WEHU E1/E2 - Notification Of Occupational Noise Induced Hearing Loss
  WEHU D1/D2 - Notification Of Occupational Poisoning/Disease
  WEHU S1/S2 - Notification Of Occupational Skin Disease
  WEHU L1/L2 - Notification Of Occupational Lung Disease
  BORANG SIS(OHU/SIS 1) - Borang Sharp Injury Surveillance
  FORM IR1.1 (Dental) - Patient Safety Incident- Management & Reporting Form
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  PS-BKPPLS-GP 69 - Garis Panduan Incident Reporting & Learning System
  PS-BKPPLS-GP 70 - Garis Panduan Penyiasatan Kes-kes Kemalangan / Penyakit Pekerjaan / Keracunan Di Tempat Kerja
  PS-BKPPLS-GP 71 - Garis Panduan Sharp Injury Surveillance
  PS-BKPPLS-GP 72 - Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja
  Pengurusan Risiko   
  PS-BKPPLS-PR 1 - KAJI SEMULA PENGURUSAN
  PS-BKPPLS-PR 2 - AUDIT DALAMAN
  PS-BKPPLS-PR 3 - PERANCANGAN,PELAKSANAAN,PEMANTAUAN DAN PENILAIAN PROGRAM KESIHATAN PERGIGIAN
  PS-BKPPLS-PR 4 - MAKLUMBALAS DAN ADUAN AWAM
  PS-BKPPLS-PR 21 - KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN
  PS-BKPPLS-PR 5 - PERKHIDMATAN RESTORATIF
  PS-BKPPLS-PR 6 - PERKHIDMATAN ORTODONTIK
  PS-BKPPLS-PR 7 - PERKHIDMATAN PERIODONTIK
  PS-BKPPLS-PR 8 - PERKHIDMATAN PESAKIT LUAR DAN KEPAKARAN- PERKHIDMATAN KAUNTER DAN RAWATAN PERGIGIAN
  PS-BKPPLS-PR 9 - PERKHIDMATAN PERGIGIAN SEKOLAH & PRASEKOLAH
  PS-BKPPLS-PR 10 - PENGURUSAN PENYELENGGARAAN
  PS-BKPPLS-PR 11 - PENGURUSAN PEROLEHAN
  PS-BKPPLS-PR 12 - TINDAKAN PEMBETULAN DAN PRODUK TIDAK MEMENUHI KEPERLUAN
  PS-BKPPLS-PR 13 - PENGURUSAN MAKLUMAT KESIHATAN PERGIGIAN
  PS-BKPPLS-PR 19 - PENGURUSAN KENDERAAN
  PS-BKPPLS-PR 14 - PERKHIDMATAN MAKMAL
  PS-BKPPLS-PR 15 - PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
  PS-BKPPLS-PR 16 - KAWALAN REKOD KUALITI
  PS-BKPPLS-PR 17 - KAWALAN DOKUMEN
  PS-BKPPLS-PR 18 - PENGENDALIAN LATIHAN
  PS-BKPPLS-PR-A - RISIKO
  PS-BKPPLS-PR 20 - PROSEDUR PENGUKURAN DAN PEMANTAUAN OBJEKTIF KUALITI
  Pemilik Dokumen
  Cik Low Lu Gor a/p Bon Pan
Pn Goh Cheng Yan
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
1. 18-09-2024 1 Nota Pindaan Approver 1
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti