Laman Utama   Bantuan  
   
     

PROSEDUR KUALITI

PS-BKPPLS-PK-S7 - PENGURUSAN KENDERAAN

   
Pindaan : 7
Tarikh Kuatkuasa : 14-04-2025
Objektif Prosedur : Prosedur ini adalah untuk menggariskan langkah-langkah bagi memastikan kenderaan dalam keadaan baik, berfungsi dan selamat digunakan
Skop : Prosedur ini digunapakai untuk semua kenderaan Klinik Pergigian Bahagian Kesihatan Pergigian Perlis
 

SINGKATAN / DEFINISI

TPKN(G) Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian)
PPD Pegawai Pergigian Daerah
PPYM Pegawai Pergigian Yang Menjaga
KU Ketua Unit
PP Pegawai Pergigian
JP Juruterapi Pergigian
PK Pegawai Kenderaan
JPK Juruterapi Pergigian Kanan
 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

TPKN(G) 5.1 Melantik Pegawai Kenderaan di peringkat jabatan dan klinik untuk pengurusan kenderaan jabatan.
   
  • Skop tugas pegawai kenderaan :rujuk PS-BKPPLS-AM7 (Pengurusan Kenderaan Kerajaan WP 4.1)
PPYM/PK/PP/JP 5.2 Sediakan jadual tugas setiap pemandu serta jadual lawatan perkhidmatan pergigian sekolah, pra sekolah, program komuniti dan edarkan kepada pemandu yang berkenaan.
Pemandu 5.3 Mengemaskini Buku Log Kenderaan
   
5.3.1 Mencatat tujuan dan butir-butir perjalanan setiap kali melakukan perjalanan.
5.3.2 Mencatat butir-butir pembelian bahan api dan butiran lain berkaitan.
5.3.3 Membuat pengiraan kadar penggunaan bahan api bagi setiap bulan dan menyerahkan Buku Log pada hari akhir setiap bulan untuk pengesahan PK.
    PENYELENGGARAAN KENDERAAN

Pemandu

 

Rujuk PS-BKPPLS-S1 Pengurusan Penyelenggaraan Kenderaan.

Pemandu 5.4 Mengemaskini rekod-rekod penyelenggaraan dan pembaikan yang dijalankan di dalam:
   
  • Buku Log kenderaan (WP 4.1 Lampiran C) 
  • KEW PA 15 (Rekod Penyelenggaraan Aset Alih)
    URUSAN LUAR IBU PEJABAT
PPYM/PK/PP/JP 5.5 Tentukan kenderaan yang diperlukan berdasarkan :-
   
  • Bilangan pengguna
  • Jarak perjalanan
  • Pemandu yang dipertanggungjawabkan
    5.5.1 Pengguna kenderaan perlu membuat permohonan menggunakan kenderaan untuk bertugas di luar ibu pejabat / luar negeri (Lampiran A). Borang ini hendaklah dikemukakan sebaik sahaja surat panggilan diperolehi.
TPKN(G) 5.6 Mengeluarkan surat arahan kepada pemandu yang dipertanggungjawabkan.
Pemandu 5.7 Persediaan sebelum perjalanan
    5.7.1  Pastikan kenderaan dalam keadaan baik
    5.7.2  Surat arahan memandu
    5.7.3  Kad minyak dan kad Sistem Bayaran Tol Tanpa Resit(Touch & Go,Smart Tag) jika perlu
Pemandu 5.8 Selepas perjalanan kemaskini Buku Log Kenderaan.
    5.8.1 Butiran dan jarak perjalanan
    5.8.2 Tandatangan pegawai yang mengguna kenderaan
    5.8.3 Resit  minyak dan Touch & GO
    KESALAHAN LALULINTAS / SAMAN
Pegawai Kenderaan 5.9 Semakan berkala setiap 3 bulan bagi mengetahui status kesalahan lalulintas / saman kenderaan jabatan
Pemandu / Pengguna Kenderaan 5.10 Sekiranya ada notis kesalahan lalulintas / saman yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa, ia hendaklah diselesaikan oleh pemandu / pegawai berkaitan.
    (Rujuk PS-BKPPLS-AM7 Pengendalian dan Pengurusan Kenderaan)
    KEMALANGAN YANG MELIBATKAN KENDERAAN KERAJAAN MALAYSIA
PK/Pemandu 5.11 Rujuk PS-BKPPLS-AM7 (Kemalangan Yang Melibatkan kenderaan Kerajaan Malaysia -WP 4.2)
    PENGHANTARAN LAPORAN KENDERAAN
Pemandu 5.12 Pada akhir bulan,kemaskini semua rekod dan dapatkan tandatangan dan cop PK.
   
  • Buku Log kenderaan
  • Lampiran A2 (Rekod Pergerakan Kad Inden).
  • Lampiran B1 (Buku Rekod Pergerakan dan Penggunaan Kad Sistem Bayaran Tol Tanpa Resit) jika ada.
  • Resit Petronas yang asal dilekatkan pada kertas A4.
  • PS-BKPPLS-BK48 Penyata Harian /Bulanan penggunaan bahanapi / penyelenggaraan generator (Klinik Pergigian Bergerak Kangar sahaja)
  • KEW PA 15 ,setiap penyelenggaraan dan pembaikan yang dilakukan
  • Senarai Semak pemandu SS9 dan SS10 (Klinik Pergigian Bergerak  sahaja)
PK/Pemandu 5.13 Hantar reten kepada pegawai yang diberi kuasa untuk semakan peringkat jabatan.
   
  • Ceraian asal Buku Log Kenderaan
  • Lampiran B1 yang disahkan jika ada
  • Resit Petronas
  • PS-BKPPLS-BK48 Penyata harian/Bulanan penggunaan bahanapi / penyelenggaraan generator (Klinik Pergigian Bergerak Kangar sahaja)
    PERTUKARAN PEMANDU
PPYM/PK/Pemandu 5.14 5.14.1  Pastikan kenderaan dalam keadaan baik dan alat kelengkapan kenderaan mencukupi
    5.14.2  Kemaskini dokumen, rekod-rekod kenderaan yang berkaitan.
    5.14.3 Sediakan nota serah tugas yang lengkap ditandatangani. Serahkan buku log kenderaan dengan tandatangan oleh Pegawai Kenderaan.
 

REKOD KUALITI

NO.

NAMA REKOD

TEMPOH SIMPANAN

1. KEW PA 14 Rekod Senarai Aset Alih Kerajaan yang memerlukan Penyelenggaraan Berjadual 3 tahun setelah aset dilupuskan dan telah diaudit
2. PS-BKPPLS-SS9  Senarai Semak Pemandu 1 tahun
3. PS-BKPPLS-BK 48  Penyata Harian / Bulanan Penggunaan Bahan Api / Penyelenggaraan Generator 2 tahun
4. B CAS No.900320  Butir - butir Penggunaan Kenderaan 7 tahun
5. KEW PA 15  Rekod Penyelenggaraan Aset Alih 3 tahun setelah aset dilupuskan dan telah diaudit
6. Buku Log Kenderaan 7 tahun
 

KLAUSA MS ISO 9001

6.1 Tindakan untuk Menangani Risiko dan Peluang
7.1.3 Infrastruktur
8.2 Keperluan untuk produk dan perkhidmatan
8.4 Kawalan proses,produk dan perkhidmatan yang dibekal dari luar
8.5 penyediaan pengeluaran dan perkhidmatan
8.6 Pelepasan produk dan perkhidmatan
 

RUJUKAN

  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  PS-BKPPLS-BK48 - Penyata Harian/Bulanan Bahanapi/Penyelenggaraan Generator
  Senarai Semak   
  PS-BKPPLS-SS9 - Senarai Semak Pemandu
  PS-BKPPLS-SS10 - Senarai Semak Klinik Pergigian Bergerak Penyelenggaraan Harian /Mingguan/Bulanan
  Dokumen Luaran   
  PS-BKPPLS-AM7 - Pengendalian dan Pengurusan Kenderaan
  PS-BKPPLS-KEW 4 - Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA)
  Pengurusan Risiko   
  PS-BKPPLS-PR-A - RISIKO
  Pemilik Dokumen
  Cik Low Lu Gor a/p Bon Pan
Pn Goh Cheng Yan
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
1. 14-04-2025 7 Nota Pindaan Approver 1
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti