Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2000 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI

PKPPP-PK-13 - PROSEDUR PERKHIDMATAN PERGIGIAN SEKOLAH

   
Pindaan : 5
Tarikh Kuatkuasa : 09-02-2023
Objektif Prosedur : Prosedur ini menggariskan langkah-langkah untuk mengendalikan Perkhidmatan Pergigian Sekolah supaya memastikan murid-murid mencapai status kesihatan “Orally fit”.
Skop : Prosedur ini digunapakai bagi sekolah-sekolah di bawah jagaan Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Pulau Pinang yang menerima perkhidmatan pergigian melalui Pasukan Pergigian Bergerak, Klinik Pergigian Sekolah dan Klinik Pergigian Bergerak.
 

TERMINOLOGI

SINGKATAN

DEFINISI

Tiada Terminologi1

OBJEKTIF PROSES

 

INPUT

1.  Tenaga Manusia : PPD, PPYM, PP, KJP, JP,PPP, PPK

2.  Data / Maklumat :

  • Jadual Lawatan Pasukan Bergerak.
  • Kad Rawatan LP8-1
  • Laporan Status Kesihatan Pergigian Murid.
  • Pelaporan Fixed Format Report (FFR) berdasarkan Sistem Gi-Ret 2.0
  • Appendix 2
  • Appendix 3
  • PGKebenaran/Sekolah /Prasekolah/Toddler/Pin2019
  • PGKebenaran/Sekolah-Tambahan/2016
 
3. Peralatan : Peralatan Pergigian yang berkaitan
 

CARTA ALIRAN KERJA

 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

 

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

PPD/PPYM/KJP 5.1

Sediakan  laporan analisa situasi berdasarkan:

  • Pencapaian tahun lepas
  • Strategi dan sasaran yang ditetapkan oleh negeri /Program Kesihatan Pergigian
  • Kemampuan Sumber
  • Syor-syor penambahbaikan
PPD/PPYM/KJP 5.2 Dapatkan senarai nama sekolah pada awal tahun daripada Pejabat Pelajaran Daerah atau berpandukan senarai nama sekolah tahun lepas.
  • Tetapkan sasaran tahunan, jelaskan prioriti pemilihan sekolah dan strategi pelaksanaan.
  • Kenalpasti sekolah yang akan diberi perkhidmatan
  • Pergigian samaada melalui Pasukan Pergigian Bergerak atau Klinik Pergigian Sekolah.  
PP/KJP/JP 5.3 Fasa Perlaksanaan
i. Persiapan
    Sediakan jadual lawatan tentatif ke sekolah yang dikenalpasti.
 
PP/JP/PPP 5.4 Edarkan jadual kepada sekolah untuk dapatkan  persetujuan.
  • Sekiranya jadual yang disediakan didapati kurang sesuai, buat pindaan jika perlu dan maklumkan pindaan jadual kepada sekolah untuk dipersetujui atau sebaliknya. 

PP/JP

5.5 Jalankan Program mengikut jadual
 
JP//PPP/PPK 5.6 Hantar kad baru LP8-1 bagi murid Tahun 1 atau  Tingkatan 1/ Tingkatan 4 ke  pihak sekolah. Minta Pengetua/ Guru Besar / Guru HEM/ Guru Kesihatan memastikan setiap guru kelas:
  • menyediakan senarai nama murid mengikut kelas.
  • melengkapkan   kad LP8-1  dan dapatkan tandatangan kebenaran rawatan dari ibu/ bapa/ penjaga dan saksi pada borang PGKebenaran/ Sekolah /2016 

JP/PPP/PPK

5.7 Jumpa Pengetua/ Guru Besar / Guru HEM/ Guru Kesihatan untuk dapatkan kembali senarai nama murid dan kad LP8-1 dan borang PGKebenaran/Sekolah /Prasekolah/Toddler/Pin2019
 
JP/PPP/PPK 5.8 Semak dan susun kad mengikut kelas berpandukan senarai nama :   
  • Bagi murid yang tiada kad, edarkan kad baru untuk dilengkapkan.
  • Bagi murid lama, kesankan kad-kad lama.
  • Jika tiada kebenaran rawatan, serah kembali borang PGKebenaran/Sekolah /Prasekolah/Toddler/Pin2019 kepada Guru Kelas/Guru Kesihatan untuk dapatkan tandatangan ibu bapa / penjaga dan saksi.
  • Asingkan kad murid yang tidak mendapat kebenaran untuk rawatan bagi tujuan pendidikan kesihatan pergigian dan kaunselling.
  • Bagi murid yang mempunyai sejarah perubatan letakkan tag warna merah pada kad LP8-1

JP/PPP/PPK

5.9 Pastikan keperluan PPB :
  • Kelengkapan Berat, Kelengkapan Ringan
  • Keperluan domestik.
  • Keperluan bahan-bahan pergigian.Kenderaan sedia digunakan.
  • Bilik rawatan sementara disediakan oleh pihak sekolah 
     
JP/PPP 5.10 Hubungi sekolah dan maklumkan lawatan akan dilakukan.
 
PP/JP 5.11  ii. Rawatan Pergigian

Jumpa Guru Besar / Pengetua / Guru HEM . Beritahu tujuan Pasukan Bergerak

 

JP/PPP/PPK

5.12 Kenalpasti murid-murid yang hendak dipanggil.
  • Pastikan kebenaran untuk rawatan ada. Jika kebenaran tidak diberi, asingkan kad untuk diberi pendidikan kesihatan pergigian sahaja kepada murid tersebut. Jika tiada tandatangan untuk kebenaran rawatan, serahkan kembali borang PGKebenaran/Sekolah /Prasekolah/Toddler/Pin2019 kepada guru kelas untuk dapatkan tandatangan ibu/bapa/penjaga.

PP/JP/PPP/PPK

5.13 Periksa murid dan masukkan data pergigian ke dalam kad LP8-1 dan modul sekolah Sistem Gi-Ret 2.0.
  • Amalkan PKPPP-AK01 Kawalan Jangkitan Silang
  • Nilai tahap kebersihan mulut dan mulut bebas gingivitis.
  • Kenalpasti murid berisiko tinggi mengikut kriteria "tagging" untuk pengurusan rawatan pergigian. Tag merah dikriteriakan sebagai kes berisiko tinggi.
    Rujuk murid yang didapati berisiko tinggi (Masalah Perubatan) kepada Pegawai Pergigian.

PP/JP/PPP/PPK

5.14 Jalankan rawatan klinikal (kuratif dan pencegahan pergigian) sekiranya perlu. Rujuk L70 Prosedur Operasi Piawai Rawatan Asas Pergigian 2020 berkaitan
  • Utamakan kanak-kanak berisiko tinggi dan kelas peperiksaan didahulukan.
  • Berikan borang PGKebenaran/Sekolah-Tambahan/ 2016 bagi cabutan di perkhidmatan pergigian sekolah  untuk cabutan tidak longgar/rumit jika perlu. Cabutan akan dilakukan setelah borang dikembalikan. 
 

PP/JP

5.15
Rujuk murid sekiranya perlu, dengan mengisi borang rujukan.
 

PP/JP/PPP/PPK

5.16 Ulang proses kerja 5.12 hingga 5.15 untuk kumpulan murid kedua dan seterusnya.

 

JP/PPP 5.17 Kemaskini pengumpulan data harian dalam modul modul sekolah Sistem Gi-Ret 2.0 selepas selesai sessi rawatan.
 

 

PP/JP

 

5.18

iii. Aktiviti Promosi
Rancang jadual ceramah/LMG/pameran dan serahkan kepada Guru.
PP/JP/PPP/PPK 5.19 Laksanakan aktiviti pendidikan kesihatan pergigian seperti yang telah ditetapkan dalam jadual. (Aktiviti Ceramah Kesihatan Pergigian, Latihan Memberus Gigi dan Pameran)
 

 

JP/PPP

 

5.20

iv.  Pengurusan Rekod
Kemaskini pengumpulan data harian aktiviti promosi dalam Sistem Gi-Ret 2.0.
PP/JP 5.21 Maklumkan Guru Besar / Pengetua sekolah setelah tamat rawatan sekolah.
 
KJP/JP/PPP 5.22 Sediakan Laporan Status Kesihatan Pergigian Murid dan hantar satu salinan kepada pihak sekolah yang baru tamat rawatan. Satu salinan disimpan ke dalam fail Perkhidmatan Sekolah.
 
PPD/PPYM/KJP 5.23 Fasa Pemantauan 

Sediakan jadual lawatan pemantauan bagi memantau pelaksanaan aktiviti yang dirangka.

 

PPD/PPYM/KJP 5.24 Laksanakan aktiviti pemantauan:
  • Tentukan samada sasaran tercapai.
  • Ambil tindakan penambahbaikan jika perlu.
PPD/PPYM/KJP 5.25 Fasa Penilaian 

Jalankan penilaian mengikut perancangan:

  • Tentukan sama ada objektif tercapai atau tidak.
  • Jika tidak tercapai lakukan tindakan penambahbaikan.
  • Terus kajisemula dasar, objektif, strategi dan sasaran untuk penambaikan berterusan.
     
 

REKOD KUALITI

No.

NAMA REKOD

TEMPOH SIMPANAN

1.  Jadual Lawatan Pasukan Bergerak. 2 Tahun 
2.  Kad Rawatan LP8-1 Sehingga tamat persekolahan
3. Borang PG307 2 Tahun
4. PG201  Borang Kenyataan Permulaan dan akhir Rawatan Incremental 3 Tahun
5. Borang Rujukan 2 Tahun
6.  Borang PG 301 1 Tahun
7. Borang PG 302 1 Tahun
8. PKP 101 1 Tahun
9. PKP 201 5 Tahun
10. Laporan Status Kesihatan Pergigian Murid. 2 Tahun
11. PG 207 5 Tahun
12. PG 206 5 Tahun
13. PG 203 5 Tahun
14. PG 204 5 Tahun
15. Appendix 2 5 Tahun
16. Appendix 3 5 Tahun
17. PGKebenaran/Sekolah /Prasekolah/Toddler/Pin2019 Sepanjang Tempoh Persekolahan
18. PGKebenaran/Sekolah-Tambahan/2016 Sepanjang Tempoh Persekolahan
 

KLAUSA MS ISO 9001

 

RUJUKAN

  Arahan Kerja   
  PKPPP-AK02 - AK 02 ATTEST
  PKPPP-AK01 - AK 01 KAWALAN JANGKITAN SILANG
  PKPPP-AK05 - AK 05 AUTOKLAF
  PKPPP-AK04 - AK 04 SAPUAN FLOURIDE VARNISH
  Borang Kualiti   
  PKPPP-BK06 - BK 06 BORANG RUJUKAN UMUM
  PKPPP-BK25 - BK 25 KAJIAN KEBERKESANAN UNIT AUTOKLAF
  Senarai Semak   
  PKPPP-SS03 - SS 03 SENARAI SEMAK PENYELENGGARAAN TAHUNAN AUTOKLAF
  PKPPP-SS05 - SS 05 SENARAI SEMAK PENYELANGGARAAN MINGGUAN
  Dokumen Luaran   
  PKPPP-L17 - L17 GUIDELINES ON INFECTION CONTROL IN DENTAL PRACTICE
  PKPPP-L18 - L18 BUKU PANDUAN KESIHATAN PERGIGIAN
  PKPPP-L21 - L21 DISINFECTION AND STERILIZATION POLICY AND PRACTICE MOH FOURTH EDITION 2002
  PKPPP-L23 - L23 POSITION STATEMENT ON USE OF DENTAL AMALGAM 2020
  PKPPP-L29 - L29 CLINICAL PRACTICE GUIDELINES - MANAGEMENT OF AVULSED PERMANENT ANTERIOR TEETH IN CHILDREN
  PKPPP-L31 - L31 CLINICAL PRACTICE GUIDELINES - MANAGEMENT OF ANTERIOR CROSSBITE IN THE MIXED DENTITION (2ND EDITION) 2013
  PKPPP-L32 - L32 CLINICAL PRACTICE GUIDELINES - MANAGEMENT OF THE PALATALLY ECTOPIC CANINE
  PKPPP-L33 - L33 CLINICAL PRACTICE GUIDELINES - MANAGEMENT OF PERIODONTAL ABSCESS (2ND EDITION) 2016
  PKPPP-L34 - L34 CLINICAL CRITERIA FOR DIAGNOSIS OF ORAL MUCOSAL LESION
  PKPPP-L35 - L35 ORAL HEALTHCARE FOR CHILDREN WITH SPECIAL NEEDS - GUIDELINES FOR IMPLEMENTATION 2004
  PKPPP-L46 - L46 OPERATIONAL MANUAL FOR DENTAL OFFICERS AND DENTAL NURSES – GINGIVAL INDEX FOR SCHOOLCHILDREN (GIS) 2013
  PKPPP-L59 - L59 STANDARDIZATION AND CALIBRATION ON GINGIVAL INDEX FOR SCHOOLCHILDREN – PROTOCOL FOR TRAINING OF TRAINERS 2013
  PKPPP-L51 - L51 PENGURUSAN KEBENARAN RAWATAN PERGIGIAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA PIN 2019
  PKPPP-L52 - L52 GARIS PANDUAN PROGRAM KESIHATAN ORAL TANPA AMALAN MEROKOK (KOTAK) MENERUSI PERKHIDMATAN PERGIGIAN SEKOLAH EDISI KEDUA
  PKPPP-L56 - L56 POSITION DOCUMENT USE OF FLUORIDES IN MALAYSIA 2021
  PKPPP-L61 - L61 METHODS OF DISPOSAL OF HYPODERMIC NEEDLES (MDC 2013)
  PKPPP-L20 - L20 GUIDELINES A SCHOOL-BASED FISSURE SEALANT PROGRAMME 2003
  PKPPP-L63 - L63 PROSEDUR OPERASI STANDARD LATIHAN MEMBERUS GIGI 2020
  PKPPP-L70 - L70 PROSEDUR OPERASI PIAWAI RAWATAN ASAS PERGIGIAN 2020
  PKPPP-L73 - L73 GUIDELINES CLINICAL PREVENTION PROGRAMME FOR CARIES
  PKPPP-L80 - L80 PANDUAN PEMANTAUAN KLINIKAL (PINDAAN 2023)
  PKPPP-L81 - L81 PANDUAN DAN ARAHAN PENGISIAN KAD RAWATAN PERGIGIAN L.P.8 2019
  PKPPP-L82 - L82 GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENYAKIT DAN KONDISI PERIODONTIUM SERTA PERI-IMPLAN GIGI DI PERKHIDMATAN KESIHATAN PERGIGIAN PRIMER 2022
  PKPPP-L83 - L83 GARIS PANDUAN PERKHIDMATAN KESIHATAN PERGIGIAN SEKOLAH EDISI 2022
  Penilaian Risiko   
  Tiada
  Pemilik Dokumen
  Dr. Chai Han Jen
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
1. 5 Nota Pindaan -
 
Home Manual Kualiti Prosedur Kualiti