Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2000 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI

PKPPP-PK-11 - PROSEDUR PEROLEHAN

   
Pindaan : 2
Tarikh Kuatkuasa : 22-05-2023
Objektif Prosedur : Prosedur ini menggariskan langkah-langkah perolehan oleh Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Pulau Pinang untuk memastikan bekalan, perkhidmatan dan kerja dapat diperolehi dengan cara yang paling menguntungkan kerajaan dan memastikan perolehan tersebut menepati spesifikasi yang diperlukan.
Skop : Prosedur ini digunapakai untuk perolehan perkhidmatan, bekalan dan kerja di Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Pulau Pinang.
 

TERMINOLOGI

SINGKATAN

DEFINISI

Tiada Terminologi1

OBJEKTIF PROSES

OBJEKTIF KESELURUHAN

Semua bekalan yang diterima hendaklah memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan dalam Pesanan Kerajaan atau Kontrak.

OBJEKTIF SUB-PROSES (RUJUK ALIRAN KERJA 6.0)

Langkah 6.1
 
Setiap permohonan diklasifikasikan mengikut kategori kod objek dan jenis pembelian.
 
Langkah 6.8
 
Pesanan Kerajaan dikeluarkan tidak lebih dari tujuh (7) hari bekerja setelah ditandatangani oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) , Pegawai Pergigian Daerah dan Pegawai yang diberi kuasa.
 
 

INPUT

1.  Tenaga Manusia : Pakar,PP,PJP, JTK, PT

2.  Data / Maklumat :

  • Senarai barang-barang yang terdapat di dalam Kontrak Pusat Kerajaan dan Arahan Perbendaharaan yang terkini
  • Borang Permohonan Stok untuk mendapatkan barang / peralatan
  • Rekod Prestasi Pembekal / Senarai Pembekal
  • Senarai Kod Objek Lanjut Perolehan
 
3.  Peralatan : Tiada
 

CARTA ALIRAN KERJA

 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

 

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

Pakar/PP/JTK/PJP/PT  5.1 Kenalpasti keperluan bekalan/ kerja/ perkhidmatan yang diluluskan.
 
Pakar/PP/JTK/PJP/PT 5.2 Semak peruntukan dan mohon peruntukan tambahan jika perlu.
 
Pakar/PP/JTK/PJP/PT  5.3  Semak perolehan yang dipohon samada Bekalan/ Kerja/ Perkhidmatan tersebut terdapat dalam  Kontrak Pusat Perbendaharaan. (Rujuk website :http://www.treasury.gov.my), Jika tiada teruskan dengan kaedah berikut: 
5.3.1  Luar kontrak Pusat - pastikan jenis perolehan dijalankan mengikut spesifikasi dan pekeliling Perbendaharaan terkini
    5.3.2  Kaedah Sebutharga - sediakan spesifikasi bekalan/kerja yang dikehendaki dan serahkan kepada Pusat Tanggungjawab(PTJ) bagi menjalankan proses sebutharga dan terima keputusan pemilihan yang telah dibuat
Pakar/PP/JTK/PJP/PT  5.4 Hantar permohonan untuk mengeluarkan pesanan tempatan ( Kuning ) Bekalan / Kerja / Perkhidmatan untuk mendapatkan kelulusan pembelian.
 
Pakar/PP/JTK/PJP/PT 5.5  Terima bekalan/perkhidmatan bersama-sama Surat penghantaran, pesanan tempatan dan Inbois. Tentukan bekalan/perkhidmatan dalam keadaan baik dan lengkap seperti spesifikasi di pesanan tempatan dan nota minta.
 
Pakar/PP/JTK/PJP/PT 5.6 Buat penilaian Prestasi Pembekal bagi pembekal alat tulis, bekalan bahan pergigian dan bekalan aset sahaja mengunakan borang PKPPP-SS02 Senarai Semak Penerimaan Bekalan / Penilaian Pembekalan, selain daripada itu menggunakan sistem e-perolehan mengikut PTJ masing-masing.
 
Pakar/PP/JTK/PJP/PT 5.7 Rekod butir-butir mengenai bekalan diterima dalam mengikut jenis atau kategori barang berdasarkan Tatacara Pengurusan Aset dan Stor yang terkini.
Agihkan barang-barang sekiranya untuk terus diguna atau pun simpan di setor
 

REKOD KUALITI

No.

NAMA REKOD

TEMPOH SIMPANAN

 1. Borang Pesanan Kerajaan 7 Tahun
 2. Fail Sebutharga 7 Tahun
 3. Senarai Semak Penerimaan Barang dan Penilaian Prestasi Pembekal 3 Tahun
 4. KEW PA.2 / KEW PA.3 (2018) Tiada Had
 5. KEW PA.3 / KEW PA.4 (2018) Tiada Had
 

KLAUSA MS ISO 9001

 

RUJUKAN

  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  Tiada
  Senarai Semak   
  PKPPP-SS02 - SS 02 SENARAI SEMAK PENERIMAAN BARANG DAN PENILAIAN PEMBEKAL
  Dokumen Luaran   
  PKPPP-L47 - L47 1PP PEKELILING PERBENDAHARAAN
  Penilaian Risiko   
  Tiada
  Pemilik Dokumen
  Dr Tan Suk May
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
1. 2 Nota Pindaan -
 
Home Manual Kualiti Prosedur Kualiti