TANGGUNGJAWAB
|
TINDAKAN
|
|
1 |
Peringkat Stor Unit |
|
Anggota Yang Dilantik |
1.1 |
Buat perancangan pesanan stok pada minggu ke-2 setiap penggal dengan: |
-
memeriksa baki stok dan
-
mengenalpasti keperluan melalui semakan pada Kad Petak KEW.PS 4 / terima pemintaan daripada anggota klinik.
|
Anggota Yang Dilantik |
1.2 |
Buat inden tiga bulan sekali kepada Stor Utama iaitu dalam masa sebulan daripada tarikh terimaan pesanan yang terakhir dengan menggunakan Borang Pesanan Dan Pengeluaran Stok ( KEW.PS-10 ) dalam dua salinan seperti berikut: |
-
Pesanan Barang-Barang Bahan Pergigian
- 1 salinan warna Putih dan 1 salinan warna Hijau
-
Pesanan Barang-Barang Inventori
- 2 salinan merah jambu
- 2 salinan warna Ungu
- 2 salinan warna Coklat Cerah
Rujuk WPKL-BKP(G)-AK8 - Menginden Keperluan Klinik
|
Anggota Yang Dilantik |
1.3 |
Kemukakan pesanan ( KEW.PS-10 ) kepada Ketua Unit / PPYM untuk semakan dan kelulusan dalam masa 2minggu selepas tarikh terimaan pesanan yang terakhir. |
|
PPYM / Ketua Unit |
1.4 |
Hantar borang pesanan ( KEW.PS-10 ) ke Stor Utama untuk tindakan Pegawai Stor. |
|
Anggota Yang Dilantik |
1.5
|
Terima bekalan dari Stor Utama dan pastikan:
-
Barang yang diterima adalah seperti yang dipesan dari segi fizikal, kuantiti dan spesifikasi bekalan.
-
Tarikh luput kurang dari 6 bulan tidak dilepasi.
|
|
Anggota Yang Dilantik |
1.6
|
Rekod dalam Kad Petak ( KEW PS-4 ) yang bersesuaian:
-
Warna merah jambu untuk stok bertarikh luput.
-
Warna hijau untuk stok tiada tarikh luput.
|
|
Anggota Yang Dilantik |
1.7 |
Untuk stok bertarikh luput, pastikan tarikh luput ditanda pada barang-barang yang mempunyai tarikh luput. |
|
Anggota Yang Dilantik |
1.8 |
Simpan dan susun barang-barang di tempat yang sesuai dan selamat mengikut prinsip masuk dulu keluar dahulu (MDKD) / tarikh luput (yang mana berkaitan). |
|
Anggota Yang Dilantik |
1.9 |
Sediakan label MDKD KEW PS-8 pada lokasi barang tersebut. |
|
Anggota Yang Dilantik |
1.10
|
Jika tempoh luput stok berkaitan hanya tinggal 6 bulan saja,
-
Senaraikan stok tersebut di dalam KEW PS 9 - Senarai Stok Bertarikh Luput.
-
Kemaskini kedudukan stok dengan mencatatkan baki stok dan tarikh kemaskini setiap bulan (untuk tempoh 6 bulan).
|
Sediakan Senarai Daftar Kad Kawalan Stok KEW.PS-5. |
Anggota Yang Dilantik |
1.11 |
Agihkan barang/bahan mengikut keperluan/permintaan anggota berdasarkan permohonan stok yang diterima di dalam Borang Permohonan Stok KEW.PS-11. |
Rekod pengeluaran di dalam Kad Petak KEW.PS-4 setiap kali transaksi. |
Anggota Yang Dilantik |
1.12
|
Jika bekalan yang digunakan didapati tidak menepati kualiti yang telah dijanjikan, maklumkan kepada Pegawai Stor mengikut saluran tertentu dengan menggunakan borang WPKL-BKP(G)-BK17-Notis Makluman Kecacatan / Ketidakpatuhan Bekalan / Perkhidmatan Selepas Perolehan (LPO).
|
|
|
2 |
Peringkat Stor Utama |
|
Pegawai Stor / PT |
2.1
|
Buat perancangan bagi perolehan barang-barang dengan:
-
Menentukan keperluan pengguna.
-
Menerima borang pesanan yang lengkap dari peringkat unit dan kumpul mengikut senarai dan kod standard barang.
-
Membuat anggaran mengenai penggunaan yang diperlukan dengan menyemak keperluan sedia ada.
|
|
Pegawai Stor / PT |
2.2 |
Hubungi pembekal yang tersenarai dalam Senari Pembekal Terpilih (SPT) untuk mendapatkan sebutharga. |
|
Pegawai Stor / PT |
2.3 |
Terima sebutharga-sebutharga dari para pembekal dan buat pemilihan dengan kelulusan TPK(G). Buat pesanan tempatan melalui sistem eSPKB/ eP. Rujuk WPKL-BKP(G)-AK10 Urusan Kewangan. |
|
Pegawai Stor / PT |
2.4 |
Terima bekalan bersama nota penyerahan dan invois dan semak secara visual atau diuji jika perlu. |
Pastikan:
-
Barang yang diterima adalah seperti yang di pesan mengikut spesifikasi dari segi kuantiti dan kualiti serta direkod dalam borang KEW. PS-1 (Borang Terimaan Barang-Barang (BTB)).
-
Tarikh luput tidak dilepasi.
|
Pegawai Stor / PT |
2.5
|
Maklum pada pembekal jika terdapat ketidakpatuhan dengan menggunakan borang KEW.PS-2-Borang Laporan Terimaan Barang-Barang.
|
|
Pegawai Stor / PT |
2.6 |
Pastikan: |
-
Invois dan LPO telah lengkapkan oleh pembekal/ PPYM/Ketua Unit dan serahkan ke Unit Ibu Pejabat (Kewangan) / Pejabat PTJ untuk proses pembayaran.
-
Penilaian pembekal di lakukan oleh penerima dengan mengisi borang WPKL-BKP(G)-SS4-Senarai Semak Penerimaan Bekalan/Perkhidmatan Melalui Pesanan Kerajaan (LPO).
|
Pegawai Stor / PT |
2.7 |
Buat pembayaran (Rujuk WPKL-BKP(G)-S12-Urusan Pembayaran). |
|
Pegawai Stor / PT |
2.8 |
Pastikan bekalan yang diterima direkod pada setiap kali transaksi(mengguna dakwat merah) pada |
-
Kad Kawalan Stok (KEW.PS-3) dan
-
Kad Petak (KEW.PS-4) merah jambu dan hijau.
|
Pegawai Stor / PT |
2.9 |
Pastikan bekalan disimpan di tempat yang sesuai dan prinsip MDKD - Masuk Dulu Keluar Dulu diamalkan. |
|
Anggota Yang Dilantik |
2.10 |
Sediakan label MDKD KEW.PS-8 pada lokasi barang tersebut. |
|
Pegawai Stor / PT |
2.11 |
Kemukakan Borang Pesanan semua unit untuk mendapat kelulusan TPK(G) / Ketua Unit PTJ sebelum pengagihan |
|
Pegawai Stor / PT |
2.12 |
Pastikan bekalan diagih mengikut keperluan berdasarkan stok sediada. Rekod pengeluaran dalam Borang Pesanan, Kad Kawalan Stok dan Kad Petak (guna dakwat hitam/biru untuk ruangan terimaan pada Kad Kawalan Stok dan Kad Petak). |
|
Pegawai Stor / PT |
2.13 |
Hubungi semua unit untuk urusan pengambilan bekalan keperluan. |
|
|
3 |
Pengiraan Stok (di Stor Utama dan Stor Unit) |
|
Pegawai Stor / PT / Angota Yang Dilantik |
|
Jalankan pengiraan stok 100% apabila berlaku transaksi penerimaan dan pengeluaran. Buat satu garisan merah pada transaksi di Kad Petak dan turunkan tandatangan serta tarikh. |
|
|
4 |
Pemeriksaan Stok (di Stor Utama) |
|
TPK(G) |
4.1 |
Lantik Pegawai Pemeriksa |
|
Pegawai Pemeriksa |
4.2 |
Terima surat lantikan secara rasmi daripada TPK(G). Jalankan pemeriksaan sekali (1) setahun ke atas semua stok secara 100% mulai 1 Oktober tahun semasa. Tentukan jumlah stok fizikal adalah tepat dengan baki di Kad Kawalan Stok. |
|
|
4.3 |
Buat satu garisan merah pada akhir transaksi di Kad Kawalan Stok dan turunkan tandatangan dan tarikh. |
Senaraikan stok yang diperiksa dalam Laporan Pemeriksaan / Verifikasi Stor Tahun.......(KEW.PS-14) untuk disemak dan disahkan oleh Pegawai Pemverifikasi Stor. |
|
5 |
Verifikasi Stor (di Stor Utama) |
|
TPK(G) |
5.1 |
Lantik Pemverifikasi Stor. |
|
Pemverifikasi Stor |
5.2 |
Terima surat lantikan secara rasmi daripada TPK(G). |
Jalankan verifikasi stor selepas pemeriksaan stok oleh Pegawai Pemeriksa sekurang-kurangnya 1 tahun sekali sebelum 31 Disember. |
|
5.3 |
Sahkan ketepatan rekod & stok secara 100% bagi menentukan jumlah stok fizikal adalah tepat dengan baki di Kad Kawalan Stok. |
|
|
5.4 |
Syorkan : |
-
Pengedaran barangan yang lambat bergerak atau hampir tarikh luput ke klinik-klinik lain mengikut keperluan.
-
Tindakan pelupusan dan hapus kira di mana perlu.
|
|
5.5 |
Lengkapkan & sahkan butiran maklumat di KEW.PS-14 (Laporan Pemeriksaan/Verifikasi Stor). |
|
|
5.6 |
Pastikan Lampiran KEW.PS-17 diisi sekiranya terdapat perbezaan / perselisihan stok. Dapatkan kelulusan Ketua Jabatan / TPK(G). Rekod dan sahkan transaksi stok pelarasan stok pada Kad Kawalan Stok dan Kad Petak. |
|
|
5.7 |
Sediakan laporan pengurusan stor secara keseluruhan dalam Borang Laporan Tahunan Keseluruhan Pengurusan Stor KEW.PS-15. |
Kemukan Laporan KEW.PS-14, KEW.PS-15 & KEW.PS-17 (jika ada) kepada TPK(G) untuk tindakan. |
TPK(G) |
5.8 |
Semak, sahkan, syorkan penambahbaikan & kemukakan KEW.PS-14 & KEW.PS-15 kepada Urusetia Pengurusan Aset untuk mendapatkan kelulusan Pegawai Pengawal. |
Pastikan Pegawai Stor menjalankan tindakan penambahbaikan yang diluluskan oleh Pegawai Pengawal. |
Urusetia Pengurusan Aset |
5.9 |
Semak KEW.PS-14, KEW.PS-15 & sediakan Laporan Tahunan Verifikasi Stor KEW.PS-16 untuk perakuan & tandatangan Pegawai Pengawal. |
|
|
5.10 |
Kemukakan Laporan Tahunan keseluruhan Pengurusan Stor, KEW.PS-15 & Laporan Tahunan Verifikasi Stor KEW.PS-16 kepada Perbendaharaan melalui Pengarah Kesihatan Negeri (Pegawai Pengawal) sebelum 15 Mac tahun berikutnya. |
|
|
6 |
Pelupusan |
a. Bagi Stok Bernilai Rendah (< RM10,000) |
TPK(G) |
6.1 |
Lantik Pegawai untuk memeriksa stok yang hendak dilupuskan. |
|
Pegawai Pemeriksa |
6.2 |
Sediakan laporan menggunakan KEW.PS-19. |
Catat keadaan stok dan syor kaedah pelupusan untuk kelulusan Ketua Jabatan/TPK(G). |
Pegawai Stor |
6.3 |
Buat pelupusan. Kemaskini Kad Kawalan Stok dan Kad Petak. |
|
TPK(G) |
6.4 |
Kemukakan Laporan Pelupusan Stok (KEW.PS-19) kepada Urusetia Pengurusan Aset/Urusetia Pelupusan Stok. |
|
Urusetia Pengurusan Aset |
6.5 |
Kemukakan Laporan Tahunan Pelupusan Stok (KEW.PS-20) kepada Perbendaharaan sebelum 15 Mac tahun berikutnya. |
|
|
6.6 |
b. Bagi Stok Bernilai Tinggi |
Rujuk 1Pekeliling Perbendaharaan Pengurusan Aset Kerajaan Tahun 2013 Tatacara-Pelupusan KP 2.6/2013. |
|
7 |
Kehilangan Dan Hapus Kira |
a.Kekurangan Stok Yang Bernilai Rendah |
Pegawai Stor |
7.1 |
Sediakan Laporan Hapus Kira Kekurangan Stok KEW.PS-21 dengan merujuk syor dalam KEW.PS-14. |
Kemukakan kepada Ketua Jabatan / TPK(G) untuk disahkan sebelum dikemukakan kepada Kuasa Melulus untuk Hapus Kira. |
Pegawai Stor |
7.2 |
Kemaskini Kad Kawalan Stok dan Kad Petak. |
|
Urusetia Pengurusan Aset |
7.3 |
Kemukakan Laporan Tahunan Kehilangan dan Hapus Kira Stok KEW.PS-22 kepada Perbendaharaan (melalui Pegawai Pengawal) sebelum 15 Mac tahun berikutnya. |
|