Laman Utama   Bantuan  
   
     

PROSEDUR KUALITI

KKMOH-PK-AG10 - Prosedur Pengiktirafan Ijazah Asas Pergigian Dalam Negara

   
Pindaan : 2
Tarikh Kuatkuasa : 19-11-2015
Tujuan Prosedur :

Prosedur ini menggariskan langkah-langkah bagi pengiktirafan ijazah asas pergigian supaya graduan yang mempunyai kelulusan dari universiti yang diiktiraf boleh mengamal di negara ini.

Skop :

Prosedur ini diguna pakai di Majlis Pergigian Malaysia bagi kelayakan ijazah asas pergigian daripada universiti dalam negara yang belum diiktiraf di dalam Jadual Kedua Akta Pergigian 1971.

PERKARA

 

SASARAN

CARTA ALIRAN KERJA

 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

TANGGUNGJAWAB
TINDAKAN
Setiausaha Majlis Pergigian Malaysia (SMPM)
1.0 Terima permohonan permintaan dari
 
  • Institusi Pengajian Tinggi Awam  atau Swasta atau Luar Negara.
  • Individu (jika berkenaan).
  •  
    SMPM 2.0 Hantar surat maklumkan akuan penerimaan permohonan.
     
    SMPM 3.0 Hantar permohonan kepada Setiausaha Jawatankuasa Teknikal Akreditasi Pergigian  untuk tindakan selanjut dibawah Prosedur Kualiti KKMOH-PK-AG 14 Prosedur Kelulusan Program Ijazah bagi Institusi Pengajian Tinggi  
     
    SMPM 4.0 Terima permohonan laporan  keputusan dan syor JKTAP yang telah menjalankan penilaian terhadap permohonan yang diterima.  
     
    SMPM 5.0 Masukkan laporan ke dalam agenda mesyuarat MPM.
     
    Ahli-Ahli Mesyuarat  MPM 6.0 Bincang tentang laporan dan buat keputusan mengenai laporan yang dikemukakan. 
     
    SMPM 7.0 Maklumkan keputusan MPM kepada JKTAP.
     
    SMPM 8.0 Sekiranya keputusan MPM ijazah adalah diiktiraf, sediakan notis pewartaan dan hantar kepada Penasihat Undang-Undang (PUU), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
     
    SMPM 9.0 Maklumkan tarikh pewartaan kepada
    1. Agensi Kelayakan Malaysia[Malaysian Qualifications Agency (MQA)].
    2. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) 
    3. Institusi Pengajian Tinggi Awam  atau Swasta atau Luar Negara. 
    SMPM 10.0 Masukkan ijazah baru dalam senarai ijazah yang telah diiktirafkan.
     
    SMPM 11.0  Failkan salinan notis pewartaan
     
     
     

    Arahan Kerja / Borang Kualiti / Senarai Semak / laporan Risiko

      Arahan Kerja   
      Tiada
      Borang Kualiti   
      Tiada
      Senarai Semak   
      Tiada
      Laporan Risiko   
      Tiada
      Pemilik Dokumen
      drakmal
     

    Rekod Pindaan

    No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para
    1. 01/08/2007 0
    2. 07/06/2010 1
    3. 19/11/2015 2 Pindaan prosedur bermula dari penerimaan syor, skop pengiktirafan bagi IPT dalam negara sahaja, tambahan arahan kerja dan borang kualiti. 
     
    Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti Rujukan Untuk Cetak