Laman Utama   Bantuan  
   
     

PROSEDUR KUALITI

KKMOH-PK-S08 - Prosedur Pengendalian Panjar Wang Runcit

   
Pindaan : 7
Tarikh Kuatkuasa : 16-01-2019
Tujuan Prosedur :

Prosedur ini adalah untuk menetapkan tatacara mengendalikan panjar wang runcit supaya dilaksanakan dengan teratur dan mengikut Pekeliling tatacara perakaunan yang berkuatkuasa

Skop :

Prosedur urusan pembayaran ini diguna pakai di Program Kesihatan Pergigian untuk urusan pembayaran Panjar Wang Runcit :.

PERKARA

 

SASARAN

CARTA ALIRAN KERJA

 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

TANGGUNGJAWAB
TINDAKAN
Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian / Penolong Pegawai Tadbir (PKKP/PPT) 1.0 Terima kelulusan Panjar Wang Runcit dengan amaun yang telah ditetapkan Bahagian Akaun
PPT/Pembantu Tadbir Kanan (PTK) 2.0 Hantar contoh tandatangan orang yang diturunkan kuasa oleh Pengarah untuk menunaikan cek Panjar Wang Runcit di bank
Pembantu Tadbir(Kewangan),PT (W) 3.0 Buat baucer bayaran untuk mendapatkan cek seperti amaun yang telah diluluskan
PTK/PT (W) 4.0 Terima cek Panjar Wang Runcit
    4.1. Cek yang telah diterima hendaklah ditunaikan oleh pegawai yang telah diturunkan kuasa kepadanya untuk menunaikan cek
    4.2. Rekod amaun yang telah ditunaikan ke dalam Buku Wang Runcit dan catit semua urusniaga Panjar Wang Runcit mengikut tarikh urusniaga
PPT/PTK/PT (W) 5.0 Terima tuntutan bayaran tunai dari pemohon dengan menggunakan Borang Kew. 50 bersama dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan mengenai tuntutan dan dokumen tersebut
hendaklah disahkan.
PPT 

6.0

Hantar tuntutan untuk kelulusan tuntutan seperti berikut:
6.1 Jika bekalan, kelulusan daripada PKP1/PKP2
6.2 Sekiranya tuntutan bayaran makanan, surat pengesahan tuntutan diperlukan
Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK)/PPT/PTK 7.0 Lengkapkan Borang Kew.50 dengan dua tandatangan oleh dua orang yang telah turunkuasa kepadanya untuk mebenarkan bayaran dibuat.
PPT 8.0 Buat Bayaran Tunai seperti berikut:

8.1. Bayaran kepada pegawai yang menuntut bayaran dengan memastikan setiap bayaran dicop “SUDAH BAYAR” bersama tarikh bayaran diatas Borang Kew.50.

8.2. Rekodkan setiap bayaran hendaklah di dalam Buku Panjar Wang Runcit mengikut susunan tarikh bayaran
PT(W)  9.0 Buat Rekupmen seperti berikut:-

9.1. Buat rekupmen mengikut perbelanjaan yang telah dibayar untuk mengenapkan semua jumlah Panjar Wang Runcit yang
telah diluluskan.

9.2. Rekodkan semua amaun diterima dan dibayar mengikut susunan Baucer Kecil yang telah dinomborkan di dalam
Lampiran A

9.3. Rekodkan susunan perbelanjaan mengikut kod objek seperti di Baucer di dalam Lampiran B
 PT(W) 10.0 Buat Baucer melalui sitem e SPKB. (Rujuk Prosedur Urusan Pembayaran)
 PTK 11.0 Buat Sijil Perakuan Panjar pada setiap penghujung tahun.
     
 
 

Arahan Kerja / Borang Kualiti / Senarai Semak / laporan Risiko

  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  KKMOH-S08-BK1 - Penyata Rekupmen
  KKMOH-S08-KEW 50 - KEW 50- Panjar Wang Runcit
  Senarai Semak   
  Tiada
  Laporan Risiko   
  KKMOH-PK-S08-Q04-LR1 - Pengendalian Panjar Wang Runcit
  KKMOH-PK-S08-Q04-LR2 - Pengendalian Panjar Wang Runcit
  KKMOH-PK-S08-Q04-LR3 - Pengendalian Panjar Wang Runcit
  Pemilik Dokumen
  azlan
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para
1. 01/08/2007 0
2. 10/07/2008 1 Penambahan proses 6, Pindaan Tanggungjawab 
3. 04/11/2008 2
4. 17/11/2012 3 kemaskini rujukan manual kualiti 
5. 16/11/2015 4  
6. 18/11/2016 5 Pindaan pada Borang (KEW 50 pin.1/80) di para 5.0/7.0/8.0/9.2 
7. 22/12/2017 6  
8. 16/01/2019 7 Prosidur Panjar Wang Runcit ini dikemaskini kerana pertukaran sistem IGFMAS yang berkuatkuasa pada 1.1.2018. Prosidur ini telah selesai dikemaskini pada 18 Disember 2018. Keseluruhan dokumen Prosidur Panjar Wang Runcit menggunakan sistem IGFMAS secara atas talian. 
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti Rujukan Untuk Cetak