TANGGUNGJAWAB
|
TINDAKAN |
Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian (PKKP)
|
1.0 |
Kenalpasti dan bincang dengan pegawai berkenaan dasar/garispanduan yang perlu dibangunkan/kaji semula. Dasar/garispanduan perlu dikaji semula setiap 5 tahun. Walaubagaimapun, edisi baru hanya perlu diterbitkan dari 5-10 tahun. Rujuk Daftar Dasar Bahagian Kesihatan Pergigian KKMOH-A1-BK1
Dasar/garispanduan dibangunkan/dikaji semula berasaskan: a. Dasar-dasar /garispanduan berkaitan b. Arahan pihak atasan/agensi pusat/KKM. c. Kajian -kajian Kesihatan Pergigian. d. Maklumbalas pelanggan dalaman/luaran (misalnya mesyuarat, seminar, bengkel).
|
PKKP
|
2.0 |
2.1 Jika ada dasar/ garispanduantetapi tidak sesuai, arahkan pegawai berkenaan untuk ubahsuai dasar.
2.2 Jika tiada dasar/garispanduan, arahkan pegawai berkenaan untuk wujud dasar baru. Tempoh masa penggubalan dasar/garispanduan adalah 2 tahun.
|
PKKP/ TP/ KPPK/ KPP/ PP
Timbalan Pengarah(TP) Ketua Penolong Pengarah Kanan(KPPK) Ketua Penolong Pengarah (KPP) Penolong Pengarah(PP)
|
3.0 |
3.1 Pegawai perlu menubuhkan Jawatankuasa untuk merancang dan mengawal aktiviti membangunkan proses pemberian perkhidmatan kepada pelanggan seperti untuk mereka bentuk buku panduan/dasar/garispanduan dll. mengikut peringkat-peringkat, semakan semula dari pihak yang bertanggungjawab.
3.2 Input-input perlu di tentukan dan didokumenkan. Ianya hendaklah meliputi tujuan mewujudkan perkhidmatan, keperluan undang-undang dan peraturan, maklumat dasar /garispanduan yang telah ada sebelum-nya dll.
|
PKKP/ TP/ KPPK/ KPP/ PP |
4.0 |
Sediakan dasar/garispanduan mengikut rangka/format yang mengandungi maklumat sekurang-kurangnya seperti berikut:
a. Tujuan
b. Latar belakang
c. Asas-asas
d. Implikasi
e. Cadangan perubahan
f. Syor
|
TP/ KPPK/ KPP/ PP |
5.0 |
Serahkan draf dasar/garispanduan kepada PKKP yang berkaitan untuk verifikasi jika perlu.
|
TP/ KPPK/ KPP/ PP |
6.0 |
Bentang draf dasar/garispanduan kepada PKKP di Mesyuarat Teknikal, Bahagian Kesihatan Pergigian.
|
TP/ KPPK/ KPP/ PP
|
7.0
|
Serah draf dasar/garispanduan yang diluluskan kepada setiausaha Jawatankuasa Dasar dan Perancangan Kesihatan Pergigian (JDPKP ) untuk penyediaan pembentangan di Mesyuarat JDPKP.
|
PKKP/PKP/TP/KPPK/KPP |
8.0 |
Bentang draf dasar/garispanduan kepada JDPKP untuk mendapat maklum balas (review); Jika setuju terus ke 9.0 Jika tidak setuju pindaan dibuat dan dibentangkan semula untuk kelulusan jika perlu.
|
PKKP |
9.0 |
Jika perlu, bentangkan draf dasar/garispanduan di Jawatankuasa yang berkaitan contohnya Jawatankuasa Dasar dan Perancangan Kementerian Kesihatan (JDPKK) dan pihak atasan.
|
PKKP |
10.0 |
Maklumkan untuk pelaksanaan melalui surat pemberitahuan/mesyuarat tidak melebihi 2 bulan selepas dasar/garispanduan diluluskan.
|
PKKP/ TP/ KPPK/ KPP/ PP |
11.0 |
Catat dalam buku 'Daftar Dasar Kesihatan Pergigian' dalam tempoh 2 minggu selepas diluluskan oleh JDPKP.
|
Pegawai Berkaitan
|
12.0 |
Nilai keberkesanan penerimaan / kegunaan Dasar/garispanduan dengan menjalankan validasi kepada output melalui semakan/pemantauan Laporan HMIS dan Annual Report Oral Health Division bagi mengenal-pasti masalah dan mencadangkan tindakan yang sesuai. Rekod aktiviti validasi dan tindakan pembetulan (jika ada) perlu disenggara.
|