Laman Utama   Bantuan  
   
     

PROSEDUR KUALITI

KKMOH-PK-S07 - Prosedur Pengurusan Kutipan Hasil

   
Pindaan : 8
Tarikh Kuatkuasa : 07-02-2020
Tujuan Prosedur :

Prosedur ini adalah untuk menetapkan Pengurusan Kutipan Hasil supaya dikendalikan dengan teratur dan mematuhi kehendak-kehendak Arahan Perbendaharaan semasa.

Skop :

Prosedur ini digunapakai di Majlis Pergigian Malaysia untuk mengendalikan Pungutan Hasil bagi bayaran Pendaftaran, Sijil Perakuan Amalan (APC/TPC) dan Bayaran Lewat.

PERKARA

 

SASARAN

CARTA ALIRAN KERJA

 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

TANGGUNGJAWAB
TINDAKAN
Pembantu Tadbir Pengkeranian/Operasi
PT (P/O)
1.0
Terima permohonan melalui mail/serahan tangan bersama-sama dengan dokumen yang berkaitan dan daftar dalam Fail Excel " Annual Practising Certificate (APC) Tahunan" yang mengandungi butir-butir berikut:
* Tarikh terima
* Nama pengirim
* Jenis Bayaran (Bank Deraf/ kiriman wang/wang pos)
* No rujukan
* Jumlah Bayaran* Tandatangan Pemeriksa dan tarikh
* Tandatangan Penerima dan tarikh
* Catitan
 
PT (P/O)
2.0
Hantar dokumen dengan deraf bank/ kiriman wang/wang pos kepada Majlis untuk disemak dan ditandatangan ringkas.
PT (P/O)
3.0
Pastikan bayaran yang diterima dengan menggunakan Kiriman Wang/ Wang Pos/ Bank Deraf

* Jumlah yang diberikan mencukupi untuk bayaran
* Bayaran hendaklah dibuat atas nama Pendaftar Majlis Pergigian Malaysia
Sekiranya lengkap terus ke langkah 4.0
Sekiranya tidak lengkap maklumkan kepada
pengirim untuk pembetulan.
PT (P/O)
4.0
Hantar dokumen dengan deraf bank/ kiriman wang/wang pos kepada unit kewangan
Pembantu Tadbir Kewangan PT (W)
5.0
Semak dokumen dan tulis resit dan dapatkan tandatangan Pegawai yang diturunkan kuasa.
Pembantu Tadbir Kanan PTK,Penolong Pegawai Tadbir - PPT,Ketua Penolong Pengarah-KPP,Timbalan Pengarah Kesihatan Pergigian -TPKP 
6.0
Tandatangan pada resit untuk pengesahan.
PT (W)
7.0
Rekodkan setiap resit yang telah dikeluarkan di dalam Buku Tunai Kew. 249 mengikut susunan nombor, tarikh dan klasifikasi pada hari resit dikeluarkan.
PT (W)
8.0
Dapatkan pengesahan secara tandatangan ringkas pada Buku Tunai dari Pegawai yang diturunkan kuasa (Rujuk contoh halaman Buku Tunai Kew.249)
PT (W)/ Pembantu Am Rendah -PAR
9.0
Hantar kutipan berserta resit (Salinan audit) dan Buku Tunai Kew 249 kepada Unit Hasil, Bahagian Pengurusan, KKM sebagai Pemungut Utama.
PT (W)
10.0
Pastikan resit Perbendaharaan dikeluarkan oleh Pemungut Utama semasa kutipan hasil dihantar dan resit ini hendaklah dibuat penyesuaian resit Kew 38 untuk memastikan Pemunggut Utama telah memasukkan hasil kutipan  kedalam akuan KKM. Resit Perbendaharaan hendaklah difailkan.
Pt (W) 
11.0
Pada akhir setiap bulan dokumen berikut dihantar kepada Pemungut Utama:
* Buku Tunai Kew. 249
* Salinan audit (Hijau) Kew. 38 mengikut siri
* Penyata Mengenai Borang-borang Hasil Yang Dikawal Kew. 68
* Laporan Kutipan Hasil Bulanan
 
 

Arahan Kerja / Borang Kualiti / Senarai Semak / laporan Risiko

  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  Tiada
  Senarai Semak   
  Tiada
  Laporan Risiko   
  KKMOH-PK-S07-Q04-LR1 - Pengurusan Kutipan Hasil
  KKMOH-PK-S07-Q04-LR2 - Pengurusan Kutipan Hasil
  KKMOH-PK-S07-Q04-LR3 - Pengurusan Kutipan Hasil
  Pemilik Dokumen
  rosmawati
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para
1. 01/08/2007 0
2. 27/05/2008 1 Proses Kerja No 6 & 9 dibetulkan 
3. 02/10/2009 2 Kemaskini tanggungjawab 
4. 17/11/2012 3 kemaskini rujukan manual kualiti 
5. 15/11/2013 4 kemaskini rujukan manual kualiti 
6. 18/09/2015 5 Pindaan pada skop, terminologi dan tugas & tanggungjawab 
7. 14/11/2017 6  
8. 31/10/2018 7 Meminda perkataan eTerimaan kepada iGFMAS susulan daripada pertukaran sistem dari eTerimaan kepada iGFMAS. 
9. 07/02/2020 8 Proses kerja bagi prosedur telah dikemaskini seperti yang telah dihighlight kuning kerana perubahan pada proses kerja susulan Majlis Pergigian Malaysia telah menjadi pemungut utama dan kutipan hasil tidak perlu di hantar ke Bahagian Khidmat Pengurusan 
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti Rujukan Untuk Cetak