Laman Utama   Bantuan  
   
     

PROSEDUR KUALITI

KKMOH-PK-AG02 - Prosedur Pengurusan Projek Kajian Kesihatan Pergigian

   
Pindaan : 7
Tarikh Kuatkuasa : 04-02-2020
Tujuan Prosedur :

Kajian epidemiologi kesihatan pergigian dikendalikan mengikut kepentingan Program Kesihatan Pergigian KKM serta kepentingan kesihatan pergigian negara.

Prosedur ini bertujuan menggariskan langkah-langkah pengurusan projek kajian epidemiologi Kesihatan Pergigian di peringkat kebangsaan. Langkah-langkah ini digariskan bertujuan membolehkan projek kajian epidemiologi Kesihatan Pergigian diperingkat kebangsaan dilaksanakan mengikut jadual dan peruntukan yang dimohon.

Skop :

Prosedur ini diguna pakai oleh Cawangan Epidemiologi dan Penyelidikan Kesihatan Pergigian, Program Kesihatan Pergigian, KKM dalam melaksanakan kajian epidemiologi kesihatan pergigian peringkat kebangsaan.

PERKARA

 

SASARAN

CARTA ALIRAN KERJA

 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

 
TANGGUNGJAWAB
TINDAKAN
Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian (PKKP) / Pengarah Pembangunan dan Dasar (PKP1) 1.0 Terima arahan mengendalikan projek peringkat kebangsaan
PKKP / PKP1 2.0 Bentuk Jawatankuasa Kajian (JKK) di Bahagian Kesihatan Pergigian, KKM.
(Lihat Arahan Kerja KKMOH-AG2-AK1)
JKK 3.0
Kenal pasti ketua Kumpulan Kerja (KK) mengikut keperluan, misalnya KK Protokol Kajian. (Ketua KK akan menentukan keahlian setiap KK). 
KK 4.0
Sediakan protokol merangkumi sekurang-sekurangnya:
·              Pengenalan
·              Objektif Kajian
·              Metodologi
·              Perancangan Analisis
Timbalan Pengarah Kesihatan Pergigian (Epidemiologi & Kajian) atau(TPKPE)/ Ketua Penolong Pengarah (Epidemiologi & Kajian) (KPPE) 5.0 Pohon peruntukan penyelidikan, jika perlu dari:
[1) Anggaran Belanja Mengurus (ABM) Pergigian atau
2)  Peruntukan Penyelidikan Kementerian Kesihatan Malaysia (Lihat Arahan Kerja KKMOH-AG2-AK2)
TPKPE/KPPE 6.0
Kendalikan tindakan pra-uji, jika berkaitan.
TPKPE/KPPE 7.0
Kendalikan latihan pengumpul data, jika berkaitan.
 
TPKPE/KPPE 8.0 Uruskan pengumpulan data di lapangan dan buat pemantauan dengan menggunakan borang yang disediakan. (KKMOH-AG2-BK1)
TPKPE/KPPE 9.0 Uruskan analisis data.
TPKPE/KPPE 10.0 Uruskan penyediaan laporan kajian.
TPKPE/KPPE 11.0 Bentangkan penemuan dan syor kajian kepada pegawai-pegawai pergigian Bahagian dan Negeri.
TPKPE/KPPE 12.0
Uruskan cetakan laporan kajian. 
TPKPE/KPPE 13.0 Uruskan edaran laporan kajian.
TPKPE/KPPE 14.0 Uruskan perbincangan pengendalian kajian untuk kenalpasti penambahbaikan untuk projek kajian masa akan datang (jika perlu)
 
 

Arahan Kerja / Borang Kualiti / Senarai Semak / laporan Risiko

  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  Tiada
  Senarai Semak   
  Tiada
  Laporan Risiko   
  KKMOH-PK-AG02-Q4-LR1 - Pengurusan Projek Kajian Kesihatan Pergigian
  KKMOH-PK-AG02-Q4-LR2 - Pengurusan Projek Kajian Kesihatan Pergigian
  KKMOH-PK-AG02-Q4-LR3 - Pengurusan Projek Kajian Kesihatan Pergigian
  Pemilik Dokumen
  drhabibah
drasmak
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para
1. 01/08/2007 0
2. 10/07/2008 1 Flowchart, Tanggungjawab, AK2 
3. 10/09/2009 2
4. 04/12/2009 3 Tambahan tanggungjawab di kolum 8 dan Borang Kualiti KKMOH-AG2-BK1 
5. 17/11/2012 4 Pindaan pada terminologi, sasaran sub-proses pada para 3, tugas dan tanggungjawab 
6. 24/06/2015 5 Tugas dan Tanggungjawab - Tambahan di para 8.0, 10.0 dan 11.0 
7. 14/11/2017 6  
8. 04/02/2020 7  
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti Rujukan Untuk Cetak