Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2000 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI

PK/PT/24 - PROSEDUR PENGENDALIAN LATIHAN (CPD)

   
Pindaan : 2
Tarikh Kuatkuasa : 19-09-2011
Objektif Prosedur : Prosedur ini adalah untuk memastikan semua personel Pusat Pergigian Kanak-Kanak & Kolej Latihan Pergigian Malaysia (PPKK&KLPM) mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi untuk menjalankan tugas masing-masing dengan kompeten ke arah perkhidmatan berkualiti.
Skop : Prosedur ini digunapakai untuk semua personel dibawah Pusat Pergigian Kanak-Kanak &
 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

1.0 Mengenalpasti Keperluan Latihan

1.1   Bagi mengenalpasti keperluan latihan tahunan yang berikutnya, pegawai yang menjaga Unit Pembangunan Profesional Berterusan (Peg. Y/M U-CPD), bertanggungjawab mengedarkan Borang Senarai Keperluan Latihan(BK/PT/04) kepada Ketua Unit selewat-lewatnya pada bulan November setiap tahun.

        1.1.1   Borang Senarai Keperluan Latihan (BK/PT/04) yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada Peg. Y/M U-CPD selewat-lewatnya pada akhir bulan November tahun semasa.

 

2.0 Menyediakan

2.1   Setelah menerima Borang Senarai Keperluan Latihan (BK/PT/04), Peg. Y/M U-CPD hendaklah mengasing dan menyusunkan senarai latihan mengikut kategori jawatan.

          2.1.1   Keperluan ini hendaklah dibincang bersama dengan Pengarah PPKK & KLPM/Timbalan Pengarah (Perkhidmatan)/ Timbalan Pengarah (Latihan) untuk menentukan senarai akhir latihan.

 

2.2    Apabila senarai akhir latihan dikenalpasti, Peg. Y/M U-CPD hendaklah menyediakan PIL pada akhir bulan Disember.

2.3    Setelah PIL dikemukakan kepada Jawatankuasa CPD dan Pengarah PPKK & KLPM untuk kelulusan berdasarkan keutamaan dan arahan semasa, sesalinan PIL hendaklah diedarkan kepada setiap Ketua Unit untuk tindakan selanjutnya.

 

3.0 Memantau Pelaksanaan dan Menjalankan Latihan

3.1   Bagi memastikan latihan dijalankan mengikut PIL, Peg. Y/M U-CPD hendaklah sentiasa menyelaras dan memantau pelaksanaan latihan berpandukan Buku Pelan Tindakan PPKK & KLPM.

3.2   Hebahan mengenai kursus dalaman anjuran institusi hendaklah dipaparkan pada papan kenyataan selewat-lewatnya sehari sebelum berkursus.

3.3   Sekiranya pencalonan adalah daripada Pengarah PPKK & KLPM untuk menghadiri kursus luar, calon kursus tidak perlu mengisi Borang Kebenaran Berkursus (BK/PT/05).

3.4   Jika personel berminat untuk menghadiri kursus luar, calon kursus hendaklah mendapat kelulusan daripada Pengarah PPKK & KLPM. Calon kursus hendaklah mengisi Borang Kebenaran Berkursus (BK/PT/05) berpandukan Senarai Semak CPD (SS/PT/01)

        3.4.1   Sekiranya calon berjaya dipilih, beliau akan dimaklumkan oleh Pembantu Tadbir CPD (PT CPD) dan diberi pelepasan untuk berkursus.

        3.4.2   Sekiranya kursus tersebut perlu dinilai keberkesanannya, PT CPD akan menyerahkan Borang Rekod Latihan (CPD) (BK/PT/14) kepada  calon yang terpilih untuk dilengkapkan.

 

4.0 Mengisi Borang Laporan Penilaian Keberkesanan Berkursus

4.1   Kursus-kursus yang telah dikenalpasti relevan sahaja yang perlu dinilai.

         4.1.1    Kursus kursus tersebut akan dikenalpasti dan ditentukan oleh Pengarah dalam Borang Rekod Latihan (CPD) (BK/PT/14).

         4.1.2   Tiga (3) minggu selepas personel menghadiri kursus/latihan, peserta kursus tersebut hendaklah melengkapkan Borang Rekod Latihan (CPD) (BK/PT/14) atau borang yang dibekalkan oleh penganjur berkenaan untuk diserahkan kepada Ketua Unit masing-masing.

         4.1.3    Ketua Unit hendaklah menilai keberkesanan kursus personel berkaitan selepas enam (6) bulan personel menghadiri kursus berkenaan.

 

4.2   Selepas itu borang-borang tersebut hendaklah diserah kepada PT CPD untuk difailkan dan direkod dalam Fail Laporan Penilaian Keberkesanan Kursus.

         4.2.1   PT CPD dipertanggungjawabkan untuk memasti dan memantau penyerahan borang-borang tersebut kepada Unit CPD.

 

5.0 Merekodkan Latihan/Kursus

5.1   Setelah menjalani latihan/kursus, peserta kursus hendaklah merekodkan latihannya di dalam buku berpandukan Guidelines For CPD Log Book atau Buku Log Latihan.

         5.1.1   Semua personel (Kecuali Pegawai Pergigian dan pengajar) yang telah menjalani latihan hendaklah merekodkan latihan yang telah dihadiri di dalam

                     Buku Log Latihan.

        5.1.2   Bagi Pegawai Pergigian dan Pengajar yang telah menjalani latihan hendaklah merekod latihannya secara myCPD online.

 

6.0 Rekod Kursus

6.1   Semua personel hendaklah menghantar Laporan Rekod Latihan (CPD) (BK/PT/27) mereka ke PT CPD setiap bulan pada 7hb bulan berikutnya untuk difail dan disimpan dalam Fail Rekod CPD sebagai simpanan rekod.

         6.1.1   PT CPD dipertanggungjawabkan untuk memasti dan memantau penyerahan borang-borang tersebut.

         6.1.2   Setelah Laporan Rekod Latihan (CPD) (BK/PT/27) diterima, PT CPD hendaklah merekod butir-butir berikut dalam sistem komputer (Rekod Latihan Kursus) untuk tujuan pemantauan:

                    a. Nama Peserta Kursus;

                    b. Tajuk Kursus;

                    c. Tarikh Berkursus.

 

         6.1.3   Jika mereka gagal berbuat demikian dalam tempoh 2 minggu dari tarikh di atas, peringatan pertama dan kedua hendaklah dilaksanakan samada melalui:

                     a. Percakapan/telefon;

                     b. Memo/e-mel.

 

Disediakan oleh: Dr. Demon anak Tugang; t/t:

Disemak oleh : Dr.Ahmad Termizi bin Zamzuri; t/t:

Diluluskan oleh: Dr Hasenah bt Mod Zaki, Pengarah; t/t:

 

REKOD KUALITI

 

Arahan Kerja / Borang Kualiti / Senarai Semak

  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  BK/PT/04 - BORANG SENARAI KEPERLUAN LATIHAN
  BK/PT/05 - BORANG PERMOHONAN MENGIKUTI KURSUS//BENGKEL/SEMINAR/KONFERENS
  BK/PT/14 - REKOD LATIHAN (CPD)
  BK/PT/27 - BORANG LAPORAN REKOD LATIHAN (CPD)
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  Tiada
  Pemilik Dokumen
  Dr.Demon AK Tugang
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti