|
1.0 Melantik Ahli Jawatankuasa
1.1 Berdasarkan kepada Akta OSH (1994), Pihak Pengurusan PPKK & KLPM hendaklah menubuhkan JK Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKKP).
1.1.1 Dibawah JKKKP, terdapat Jawatankuasa kecil seperti berikut:
a. JK Kawalan Infeksi Dan Pemantauan Amalgam;
b. JK Keselamatan Sinaran Perubatan Pergigian dan Makmal Pergigian; dan
c. JK Kebakaran.
1.1.1.1 Pihak Pengurusan hendaklah menyediakan surat lantikan dan diedar kepada semua Ahli JKKKP/ JKKKI/ JKKK yang telah dilantik.
1.1.2 Ahli JKKKP yang telah dilantik hendaklah menjalankan tugas mengikut Dasar Keselamatan dan Kesihatan (OSHA, 1994).
2.0 Pengurusan Risiko Dan Merancang Persekitaran Kerja Yang Selamat
2.1 JKKKP hendaklah mengenalpasti hazard-hazard pekerjaan yang berpotensi memudaratkan pekerja sama ada dari segi keselamatan atau kesihatan. Hazard-hazard pekerjaan yang perlu dikenalpasti adalah terdiri daripada;
a. Hazard Fizikal - elektrik,haba,bunyi,radiasi,debu/habuk dll;
b. Hazard Kimia - racun serangga, pelarut, asid, alkali, gas dll;
c. Hazard Biologikal - virus, bakteria, kulat, parasit dll;
d. Hazard Psikososial - kerja syif, tekanan ditempat kerja, gangguan seksual dll;
e. Hazard Ergonomik - Kerja berulang, postur kekok, pengendalian manual dll.
2.1.1 Ahli JKKKP hendaklah menyediakan senarai hazard-hazard pekerjaan dengan menggunakan Borang Senarai Hazard-Hazard Pekerjaan (BK/PT/21) mengikut lokasi/tempat kerja di PPKK & KLPM.
2.1.1.1 Berdasarkan kepada senarai hazard-hazard pekerjaan yang telah dikenalpasti keutamaan hendaklah diberikan kepada aspek pencahayaan dan haba. Senarai Semak Pengurusan dan Pencegahan dan Haba (SS/PT/11) hendaklah digunakan oleh JKKKP ketika menjalankan aktiviti ‘Risk Assesment’.
2.2.2 Setelah senarai hazard-hazad Pekerjaan disediakan, Ahli JKKKP hendaklah menjalankan ‘Risk Assesment’(BK/PT/22) bagi semua lokasi/tempat kerja di PPKK & KLPM sekurang-kurangnya sekali setahun.
2.2.2.1 Pengerusi JKKKP akan menyediakan senarai nama ahli dan Jadual aktiviti ‘Risk Assesment’(BK/PT/22) dan diedar seminggu sebelum aktiviti dijalankan.
2.2.3 Berdasarkan kepada penemuan di dalam Aktiviti ‘Risk Assesment’ (BK/PT/22) Ahli JKKKP hendaklah menyediakan Perancangan Persekitaran Kerja Selamat.
2.2.3.1 Sekiranya terdapat risiko-risiko yang perlu pengawalan/ tindakan pembetulan, ahli JKKKP hendaklah menjalankan tindakan yang seterusnya melalui Prosedur Tindakan Pembetulan (PK/PT/20) dan Prosedur Tindakan Pencegahan (PK/PT/22).
3.0 Pemantauan Persekitaran Kerja
3.1 Ahli JKKKP hendaklah menjalankan Pemantauan Persekitaran Kerja mengikut lokasi/ tempat kerja sekurang-kurangnya sekali setahun.
3.1.1 Bagi semua lokasi/tempat kerja Senarai Semak Audit Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Di Fasiliti Pergigian (SS/PT/19) akan digunakan.
3.1.2 Bagi semua klinik khas dan bilik rawatan, Senarai Semak Audit Kawalan Jangkitan (SS/PP/20) dan Senarai Semak Audit Penggunaan Amalgam Pergigian (SS/PP/21) akan digunakan dan dijalankan sekali setahun oleh Ahli Jawatankuasa Kawalan Infeksi dan Pemantauan Amalgam.
3.1.3 Bagi Makmal Pergigian, Senarai Semak Audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Di Makmal Pergigian (SS/PP/23) akan digunakan dan dijalankan sekali setahun oleh Ahli Jawatankuasa Keselamatan Sinaran Perubatan Pergigian dan Makmal Pergigian.
3.1.4 Bagi bilik x-ray, Senarai Semak Audit Keselamatan Sinaran Perubatan Pergigian (SS/PP/22) akan digunakan dan dijalankan sekali setahun oleh Ahli Jawatankuasa Keselamatan Sinaran Perubatan Pergigian dan Makmal Pergigian.
3.1.5 Pengerusi JKKKP dan AJKKI akan melengkapkan Laporan Audit Premis Pergigian Tahun (OHD-KK1) dan Laporan Audit Klinik Pergigian (OHD-KK2).
3.1.6 AJKK Kebakaran hendaklah menjalankan pemantauan menggunakan Senarai Semak Keselamatan Kebakaran (SS/PT/24) di Bangunan Induk, Bangunan Tambahan dan Asrama Lelaki sekali setahun.
3.2 Bagi semua aktiviti pemantauan senarai ahli dan Jadual Pemantauan akan disediakan oleh pengerusi yang berkaitan dan diedar seminggu sebelum aktiviti dijalankan.
4.0 Penganalisaan Data-Data
4.1 Pegawai – pegawai yang dipertanggungjawabkan (PYDP) hendaklah menjalankan analisis menggunakan teknik statistik yang sesuai dan menyediakan laporan dalam tempoh dua minggu selepas data-data diterima dari senarai semak yang berikut;
a. Senarai Semak Audit Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Di Fasiliti Pergigian (SS/PT/19);
b. Senarai Semak Audit Kawalan Jangkitan (SS/PP/20);
c. Senarai Semak Audit Penggunaan Amalgam Pergigian (SS/PP/21);
d. Senarai Semak Audit Keselamatan Sinaran Perubatan Pergigian (SS/PP/22);
e. Senarai Semak Audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Di Makmal Pergigian (SS/PP/23)
4.1.1 Laporan Analisis data yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar kepada WP untuk disemak dan disahkan.
4.1.2 Sekiranya terdapat ketidakpatuhan kepada langkah-langkah yang ditetapkan, rujuk kepada Prosedur Tindakan Pembetulan (PK/PT/20) dan Prosedur Penambahbaikan Berterusan (PK/PT/18).
4.1.3 Pengerusi JKKKP akan menghantar Laporan Audit Klinik Pergigian (OHD-KK2) dalam bentuk softcopy melalui email ke Bahagian Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia pada bulan November tahun semasa.
5.0 Pemfailan Borang – Borang dan Laporan-laporan
5.1 Laporan Analisis data-data dan borang-borang yang berkaitan dengan Persekitaran Kerja yang telah dilengkapkan hendaklah difailkan oleh PYDP di dalam Fail yang berkaitan dan dikepilkan mengikut susunan yang betul.
a. Fail Audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan:
i. Jadual Aktiviti;
ii. Senarai hazard-hazard mengikut lokasi (BK/PT/21);
iii. Borang ‘Risk Assesment‘(BK/PT/22);
iv. Senarai Semak Audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Di Fasiliti Pergigian (SS/PT/19) ;
v. Laporan Audit Premis Pergigian Tahun (OHD-KK1)
vi. Laporan Audit Klinik Pergigian (OHD-KK2);
vii. Borang CAR (BK/PT/15, PAR (BK/PT24) atau Observation (BK/PT/33) (jika ada).
b. Fail Audit Kawalan Infeksi dan Pemantauan Amalgam
: i. Jadual Aktiviti;
ii. Senarai Semak Audit Kawalan Jangkitan (SS/PT/20);
iii. Senarai Semak Audit Penggunaan Amalgam Pergigian (SS/PT/21);
iv. Borang CAR (BK/PT/15), PAR (BK/PT/24) atau Observation (BK/PT/33)(Jika ada)
c. Fail Audit Keselamatan Sinaran Perubatan Pergigian dan Makmal Pergigian
i. Jadual Aktiviti;
ii. Senarai Semak Audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Di Makmal Pergigian (SS/PT/23);
iii. Senarai Semak Audit Keselamatan Sinaran Perubatan Pergigian (SS/PT/22);
iv. Borang CAR (BK/PT/15, PAR (BK/PT24) atau Observation (BK/PT/33) (jika ada).
d. Fail Keselamatan Kebakaran:
i. Jadual Aktiviti;
ii. Senarai Semak Keselamatan Kebakaran (SS/PT/24);
iii. Laporan Senarai Semak Keselamatan Kebakaran (SS/PT/24);
iv. Borang CAR (BK/PT/15, PAR (BK/PT24) atau Observation (BK/PT/33) (jika ada).
Nota Pindaan:
1. Borang-borang berikut pada pindaan terdahulu dibatalkan;
i. Borang Penemuan Pemantauan Pengendalian Amalgam , BK/PP/14;
ii. Borang Audit Keselamatan Dan Kawalan Infeksi, BK/PP/15; dan
iii. Borang Audit Keselamatan Dan Kesihatan Di Kemudahan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia, BK/PT/20.
Disediakan oleh: Dr. Enny Esdayantey bt Abdul Manab; t/t:
Disemak oleh: Dr. Ahmad Termizi b Zamzuri; t/t:
Diluluskan oleh: Dr Hasenah bt Mod Zaki, Pengarah; t/t: |