Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2008 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI

PKPKed-PK-S09 - PENGURUSAN ASET

   
Pindaan : 1
Tarikh Kuatkuasa : 18-09-2017
Objektif Prosedur : Prosedur ini menggariskan langkah-langkah yang perlu diambil dalam pengurusan aset alih bagi menjamin penyelenggaraan dan pengawalan aset alih kerajaan dengan baik dan sempurna
Skop : Prosedur ini digunapakai untuk menguruskan aset alih bagi Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Kedah.
 

SINGKATAN / DEFINISI

PPD Pegawai Pergigian Daerah
PYDP Penjawat Awam Yang Di Pertanggungjawabkan
LPO Pesanan Kerajaan
Harta Modal Aset Alih yang harga perolehan asalnya RM2,000 (Ringgit Malaysia Dua Ribu) atau lebih
ii) Aset Alih Bernilai Rendah (Aset Alih Tidak Dipermodalkan) Aset Alih yang harga perolehan asalnya kurang daripada RM2,000 (Ringgit Malaysia Dua Ribu) setiap unit.
Ketua Jabatan Ketua sesuatu cawangan, daerah, daerah kecil, pejabat atau pejabat wilayah.
Pegawai Penerima Pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk pengesahan penerimaan Aset mengikut spesifikasi pembelian.
Pegawai Pengawal Pegawai Pengawal adalah bertanggungjawab untuk memastikan pengurusan aset dilaksanakan secara cekap, teratur dan berkesan mengikut tatacara yang telah ditetapkan
Pegawai Aset Pegawai yang dipertanggugjawabkan untuk mengurus semua hal berkaitan aset alih kerajaan
Pegawai Pemeriksa Aset Pegawai yang dipertanggungjawab membuat pemeriksaan semua aset kerajaan
Kehilangan Aset yang tiada lagi dalam simpanan disebabkan oleh kecurian, kemalangan, kebakaran, bencana alam, kesusutan, penipuan atau kecuaian pengawai awam.
Penyelenggaraan a. Penyelenggaraan Pencegahan (Preventive Maintenance) Tindakan Penyelenggaraan berjadual yang diambil untuk memeriksa, menservis, membaiki atau mengganti komponen atau sumber fizikal secara teratur supaya dapat berfungsi dengan lancar dan berterusan

b. Penyelenggaraan Pemulihan (Corrective Maintenance) Tindakan membaiki atau mengganti komponen atau sumber fizikal supaya dapat berfungsi mengikut standard yang ditetapkan.
Hapus kira Satu proses untuk membatalkan rekod aset yang hilang.
Pelupusan Satu proses untuk mengeluarkan aset dari milikan, kawalan, simpanan dan rekod ,mengikut kaedah yang ditetapkan.
Lembaga Pemeriksa Pegawai yang diberi tanggungjawab untuk membuat pemeriksaan ke atas aset yang hendak dilupuskan.
 

OBJEKTIF PROSES

OBJEKTIF PROSES

1    OBJEKTIF PROSES AM

i)    Memastikan semua aset alih kerajaan diuruskan mengikut tatacara yang telah ditetapkan.

 

2    OBJEKTIF SUB-PROSES

i)    Langkah 5.1.2   Semua bekalan yang diterima hendaklah menepati spesifikasi yang telah ditetapkan dalam LPO

ii)   Langkah 5.2.4   Semua bekalan yang diterima direkodkan dalam KEW.PA-2 dan KEW.PA-3

iii)  Langkah 5.3.3   Pemeriksaan aset dijalankan sekurang-kurangnya sekali setahun

 

CARTA ALIRAN KERJA

 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

 
Pegawai Penerima 1.   PENERIMAAN
       
  1.1   Terima aset bersama-sama punca maklumat :
       
  1.1.1   Aset yang dibeli :
    a) Pesanan Rasmi Kerajaan
    b) Nota Serahan
    c) Invois
    d) Dokumen Kontrak
    e) Kad Jaminan
    f) Manual Pengguna
    g) Dokumen lain yang berkaitan
       
  1.1.2   Aset Sewa Beli :
    a) Surat Ikatan Perjanjian
    b) Dokumen lain yang berkaitan
       
  1.1.3   Aset diterima dari sumber lain :
    a) Salinan daftar jika secara pindahan
    b) Surat kelulusan menerima hadiah
    c) Salinan Sijil Lucuthak
       
  1.1.4   Aset yang belum pernah didaftar
    a) Maklumat di fizikal aset
    b) Sumber lain yang berkaitan
       
Pegawai Penerima 1.2   Periksa secara visual atau pun diuji (di mana perlu) aset yang diterima dan pastikan memenuhi spesifikasi dari
      segi kualiti dan kuantiti dengan membandingkan butiran dalam pesanan kerajaan dan nota serahan / LPO
       
Pegawai Aset 1.3   Untuk verifikasi penerimaan, cop dan sahkan pada nota serahan / LPO
                 "Telah direkodkan pada .................................''
                 ''Nombor Siri Pendaftaran Aset......................''
       
PYDP 1.4   Jika peralatan / aset memerlukan ujian / pentauliahan / latihan, buat temujanji / jadual dengan pihak pembekal
      (jika berkaitan)
       
Pegawai Penerima 1.5   Jika terdapat ketidakpatuhan, isi dan hantar Borang Laporan Penerimaan Aset Alih Kerajaan KEW.PA-1 kepada
      pembekal.
       
Pegawai Penerima 1.6   Pastikan tindakan pembetulan diambil :
      - Dapatkan gantian barang yang rosak atau pembekal baiki barang yang rosak.
       
PYDP 1.7   Jika tiada ketidakpatuhan, uruskan pembayaran.
       
Pegawai Penerima / PYDP 1.8   Kumpulkan maklumat mengenai pembekal seperti di dalam Senarai Semak Prestasi Pembekal PKPKed - SS
      05 / PIN.00. Laporan Penilaian Prestasi Pembekal PKPKed - BK 23 / PIN.00 dan Rumusan Pemilihan Pembekal PKPKed -
      BK 24 / PIN.00. Bincang dalam Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan.
       
       
  2   PENDAFTARAN
       
Pegawai Aset / PYDP 2.1   Setiap aset hendaklah didaftarkan dalam masa dua (2) minggu dari tarikh pengesahan penerimaan. Rujuk
      Pekeliling Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Aset - Bab B.
       
Pegawai Aset / PYDP 2.2   Pendaftaran aset hadiah. Rujuk Pekeliling Perbendaharaan - Tatacara Pengurusan Aset - Bab B.
       
Pegawai Aset / PYDP 2.3   Pendaftaran aset lucuthak. Rujuk Pekeliling Perbendaharaan - Tatacara Pengurusan Aset - Bab B.
       
Pegawai Aset / PYDP 2.4   Pendaftaran harta modal dibuat dalam Daftar Harta Modal KEW.PA-2 dan Aset Bernilai Rendah di dalam
      KEW.PA - 3.
       
Pegawai Aset / PYDP 2.5   Sediakan Senarai Daftar Harta Modal KEW.PA-4 dan Senarai Daftar Aset Bernilai Rendah KEW.PA-5. Senarai ini
      perlu dihantar ke Unit Pengurusan Aset, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah setiap tahun mengikut jadual.
       
Pegawai Aset / PYDP 2.6   Semua aset perlu diberi tanda pengenalan dengan cara melabel, mengecat, emboss bagi menunjukkan
      tanda HAK KERAJAAN MALAYSIA dan nombor pendaftaran.
       
PYDP 2.7   Pergerakan aset untuk pinjaman atau penempatan sementara direkod dalam Buku Daftar Pergerakan Harta Modal
      dan Aset Bernilai Rendah KEW.PA - 6.
       
PYDP 2.8      a) Semua daftar hendaklah disimpan dalam fail kulit keras di dalam kabinet berkunci.
           b) Semua daftar asal disimpan samada oleh Pegawai Aset atau di lokasi penempatan. Jika daftar asal disimpan oleh
      Pegawai Aset, maka salinan perlu disimpan di lokasi penempatan dan sebaliknya.
       
Pegawai Aset / PYDP 2.9   Sediakan Senarai Aset Alih Kerajaan KEW.PA - 7 di lokasi penempatan dalam dua (2) salinan. Senarai ini hendaklah
      dikemaskini jika terdapat perubahan kuantiti, lokasi atau pegawai yang bertanggungjawab.
       
Pegawai Aset / PYDP 2.10   Sediakan Laporan Tahunan Harta Modal dan Aset Bernilai Rendah KEW.PA-8 dan kemukakan kepada Pegawai
      Pengawal melalui Unit Pengurusan Aset, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah.
       
       
  3   PENGGUNAAN, PENYIMPANAN DAN PEMERIKSAAN
       
Ketua Jabatan / Pegawai Aset / PYDP 3.1      a) Semua aset hendaklah digunakan untuk rasmi sahaja dan dikendalikan oleh pegawai yang mahir dan
      berkelayakan.
             b) Kerosakan aset kerajaan hendaklah dilaporkan dengan menggunakan Borang Aduan Kerosakan PKPKed -
      BK 31 / PIN.00 oleh pengguna akhir dan Pegawai Aset akan mengisi Borang Aduan Kerosakan Aset Alih Kerajaan
      KEW.PA - 9.
              c) Aset yang dibawa keluar dari penempatan asal perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan.
             d) Penggunaan, pengurusan dan penyelenggaraan kenderaan dibuat mengikut peraturan semasa yang
      berkuatkuasa.
       
PYDP  3.2 a) Aset kerajaan hendaklah disimpan di tempat yang selamat dan sentiasa dikawalselia mengikut Arahan
      Keselamatan Kerajaan.
    b) Setiap pegawai bertanggungjawab terhadap kekurangan, kerosakan atau kehilangan aset di bawah kawalannya.
    c) Tindakan termasuk surcaj boleh dikenakan kepada pegawai yang gagal mematuhi Peraturan 3.2(a) dan 3.2(b) di
      bawah Seksyen 18(c) Prosedur Kewangan 1957.
       
Pegawai Pemeriksa Aset 3.3   Pemeriksaan aset dilakukan ke atas fiziakal, rekod dan penempatan sebenar.
    a) Pegawai Pemeriksa memeriksa semua Harta Modal dan Aset Bernilai Rendah sekurang-kurangnya sekali
      setahun.
    b) Pegawai Pemeriksa mengemukakan Laporan Pemeriksaan Harta Modal KEW.PA - 10 dan Laporan Pemeriksaan
      Aset Bernilai Rendah KEW.PA - 11 kepada Ketua Jabatan.
    c) Ketua Jabatan mengemukakan KEW.PA - 10 dan KEW.PA - 11 serta Sijil Tahunan Pemeriksaan Harta Modal dan Aset
      Bernilai Rendah KEW.PA - 12 kepada Unit Pengurusan Aset, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah.
    d) Ketua Jabatan hendaklah melakukan pemeriksaan mengejut bagi memastikan peraturan ini dipatuhi.
       
       
  4   PENYELENGGARAAN
       
Pegawai Aset / PYDP 4.1   Penyelenggaraan Pencegahan :
       
      Pegawai Aset bertanggungjawab melaksanakan semua langkah-langkah penyelenggaraan. (Rujuk Tatacara Pengurusan 
      Aset - Bab D)
    a) Sediakan senarai aset yang memerlukan penyelenggaraan KEW.PA - 13.
    b) Kenalpasti dan sediakan jadual aset alih yang perlu penyelenggaraan / pemonitoran pententukuran / kalibrasi. Rujuk 
      PKPKed - BK 32 / PIN.00
    c) Pastikan pihak yang menjalankan penyelenggaraan atau kalibrasi.
    d) Jalankan penyelenggaraan dan kalibrasi mengikut jadual dan arahan "Manual Guide" peralatan. Rujuk senarai semak
      PKPKed - SS 04 / PIN.00 dan Panduan Penyelenggaraan Harian / Mingguan Peralatan Pergigian.
    e) Setiap penyelenggaraan direkod dalam Daftar Penyelenggaraan Harta Modal KEW.PA - 14.
    f)  Menyelia dan memantau penyelenggaraan yang dibuat oleh pihak swasta bagi memastikan syarat-syarat yang ditetapkan di 
      dalam perjanjian dipatuhi.
       
Pegawai Aset / PYDP 4.2   Penyelenggaraan Pemulihan :
       
    a) Terima aduan kerosakan kelengkapan atau peralatan daripada pengguna seperti yang tercatat di dalam Borang Aduan 
      Kerosakan Peralatan PKPKed - BK 31 / PIN.00 dan catat di dalam PG 104 - Pin.3 / 04.
    b)  Tentukan samada peralatan masih dalam masa jaminan pembekal. Jika masih dalam jaminan, hubungi pembekal untuk 
      pembaikan.
    c) Jika melebihi tempoh jaminan, Juruteknologi Pergigian U29 lakukan pembaikan, jika boleh.
    d) Jika tidak boleh dibaiki, rujuk kepada Juruteknologi Pergigian U32 / syarikat swasta / pembekal. Isi KEW.PA - 9.
    e) Dapatkan sebutharga untuk kerja berkaitan. Isi PKPKed - BK 22 / PIn.00 - Borang Permohonan Kelulusan Untuk Pembelian / 
      Perkhidmatan.
    f) Dapatkan kelulusan Pegawai Pergigian Daerah dan maklumkan kepada syarikat swasta / pembekal untuk membuat 
      pembaikan.
    g) Terima kembali peralatan yang telah dibaiki. Buat ujian untuk memastikan pembaikan sempurna. Jika masih rosak, 
      kembalikan semula kepada pembekal untuk pembaikan.
    h) Rekod butiran pembaikan dalam KEW.PA - 14 dan PG 104 - PIN. 3 / 04 serta kembalikan peralatan kepada pengguna. (Bagi 
      tempat yang mempunyai perkhidmatan sokongan hospital, semua urusan pembaikan dikendalikan oleh pihak berkenaan)
    i) Masukkan ke dalam senarai pelupusan jika tidak ekonomi untuk dibaiki.
       
       
  5   PELUPUSAN
       
PYDP 5.1   Kenalpasti dan sediakan satu senarai aset yang hendak dilupuskan mengikut kategori / jenis.
    a) Tidak ekonomi dibaiki
    b) Usang / obselete
    c) Rosak dan tidak boleh digunakan.
    d) Luput tempoh penggunaan
    e) Keupayaan aset tidak lagi di peringkat optimum
    f) Tiada alat ganti
    g) Pembekal tidak lagi memberi khidmat sokongan
    h) Disyor selepas pemeriksaaan aset
    i) Tidak lagi diperlukan oleh jabatan
    j) Perubahan terknologi dan
    k) Melebihi keperluan
       
PYDP 5.2   Asing dan label barang-barang.
      Dapatkan Perakuan Pelupusan KEW.PA-16 (PEP) bagi aset seperti berikut :
    a) Kenderaan - JKR Mekanikal
    b) Peralatan Elektrik - JKR Elektrik
    c) Perkakasn Komputer - Penolong Pegawai ICT Gred F32 - F36
    d) Peralatan Pergigian - Juruteknogi Pergigian U36 - U40
       
PYDP 5.3   Sediakan maklumat aset dalam Borang Laporan Lembaga Pemeriksaan KEW.PA - 17.
       
PYDP 5.4   Membuat temujanji dengan Lembaga Pemeriksa.
       
Lembaga Pemeriksa Pelupusan  5.5   Setelah melakukan pemeriksaan, Lembaga Pemeriksa Pelupusan melengkapkan dan menandatangani KEW.PA - 17.
       
Lembaga Pemeriksa Pelupusan 5.6   Kemukakan KEW.PA - 17 kepada Urusetia Pelupusan.
       
PYDP 5.7   Urusetia Pelupusan menyemak KEW.PA - 17 dan pastikan dokumen sokongan berikut disertakan:
    a) PEP bagi aset mekanikal / peralatan teknikal / perkakasan komputer.
    b) Justifikasi jabatan - syor kaedah pelupusan.
    c) Laporan kemalangan bagi kenderaan yang terlibat dalam kemalangan.
    d) Gambar aset, jika perlu
    e) Surat permohonan daripada pihak ketiga bagi kaedah hadiah / pindahan.
       
PYDP 5.8   Jika tidak lengkap ulangi langkah 5.5.
       
PYDP 5.9   Jika lengkap, tentukan Kuasa Melulus.
       
      Jika tidak melibatkan kecuaian Pegawai Awam :
    a) Perbendaharaan jika nilai perolehan asal melebihi RM 200,000.00 setiap satu atau jumlah keseluruhan melebihi 
      RM1,000,000.00.
    b) Kementeriaan jika nilai perolehan asal kurang dari RM 200,000.00 setiap satu atau jumlah keseluruhan kurang dari 
      RM 1,000,000.00
    c) Jabatan (Pengarah Kesihatan Negeri) jika nilai perolehan asal kurang dari RM 10,000.00 atau jumlah keseluruhan kurang 
      dari RM 100,000.00.
       
      Jika kehilangan melibatkan kecurian, penipuan atau kecuaian Pegawai awam, Kuasa Melulus adalah :
    a) Perbendaharaan bagi semua jenis aset yang nilai semasanya lebih RM 5,000.00.
    b) Kementeriaan bagi semua jenis aset yang nilai semasanya tidak melebihi RM 5,000.00 kecuali peralatan keselamatan dan 
      aset khas melibatkan kepentingan negara.
       
PYDP 5.10   Jika pelupusan diluluskan, laksanakan pelupusan. (Rujuk Tatacara Pengurusan Aset - Bab E).
       
PYDP 5.11   Sediakan Sijil Pelupusan KEW.PA - 19 apabila pelupusan telah dilaksanakan.
       
PYDP 5.12   Kemukakan sijil pelupusan kepada Kuasa Melulus berserta :
    a) Salinan resit bagi pelupusan kaedah jualan.
    b) Salinan Akuan Penerimaan bagi pelupusan kaedah pindahan / hadiah.
    c) Sijil Penyaksian Pemusnahan KEW.PA - 18 bagi kaedah musnah.
       
Pegawai Aset / PYDP 5.13   Kemaskini semua daftar rekod aset yang berkaitan
    a) KEW.PA - 2 / KEW.312
    b) KEW.PA - 3 / KEW.313
    c) KEW.PA - 4
    d) KEW.PA - 5
    e) KEW.PA - 7
    f) KEW.PA - 20 Laporan Tahunan Pelupusan Aset Alih Kerajaan
       
       
PYDP 6   KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA
       
  6.1   Semua pegawai awam bertanggungjawab ke atas aset kerajaan yang hilang sama ada disebabkan kecurian, kemalangan, 
      kebakaran, bencana alam, kesusutan, penipuan atau kecuaian pegawai tersebut.
       
PYDP 6.2   Apabila menyedari berlaku kehilangan, pegawai melaporkan kehilangan dengan serta-merta kepada Ketua Jabatan.
       
PPD / PYDP 6.3   Ketua Jabatan atau Pegawai Yang Bertanggungjawab ke atas kehilangan atau yang menjaga aset atau yang mengetahui
      kehilangan berlaku, hendaklah melaporkan segera kehilangan kepada polis dalam tempoh 24 jam dari waktu kehilangan 
      diketahui.
       
PPD 6.4   Ketua Jabatan menyediakan Laporan Awal Kehilangan Aset Alih Kerajaan KEW.PA - 28 dalam tempoh dua (2) hari bekerja 
      dari tarikh kehilangan dan kemukakan kepada Pegawai Pengawal dan perbendaharaan berserta salinan laporan polis.
       
Pegawai Pengawal 6.5   Pegawai Pengawal melantik Jawatankuasa Penyiasat dengan format Borang Pelantikan Jawatankuasa Penyiasat 
      Kehilangan Aset Alih Kerajaan KEW.PA - 29.
       
PYDP 6.6   Jawatankuasa Penyiasatan menjalankan siasatan dan mengemukakan Laporan Akhir Kehilangan Aset Alih Kerajaan 
      KEW.PA - 30 kepada urusetia dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh pelantikan.
       
Pegawai Aset / PYDP 6.7   Urusetia menyemak Laporan Akhir Kehilangan Aset Alih Kerajaan:
    a) Jika laporan tidak lengkap kembalikan kepada Jawatankuasa Penyiasatan.
        b) Jika laporan lengkap, kemukakan Laporan Akhir Kehilangan Aset Alih Kerajaan kepada Pegawai Pengawal untuk dapat syor
      dan ulasan.
       
  6.8   Menerima syor dan ulasan Pegawai Pengawal, jika Pegawai Pengawal tidak berpuashati urusetia menguruskan untuk 
      siasatan semula.
       
  6.9   Laporan akhir yang lengkap dikemukakan untuk pertimbangan Kuasa Melulus dalam tempoh empat (4) bulan dari tarih
      laporan awal dikemukakan. 
       
  6.10   Kuasa meluluskan hapuskira tertakluk kepada nilai perolehan aset (Rujuk Tatacara Pengurusan Aset - Bab F).
       
PPD / Pegawai Aset / PYDP 6.11   Setelah mendapat kelulusan Pegawai Pengawal atau perbendaharaan, pihak jabatan perlu melaksanakannya dengan 
      tindakan berikut :
    a) Catatkan kelulusan hapuskira di dalam Daftar Harta Modal dan Aset Alih Bernilai Rendah serta kemaskini rekod induk.
    b) Maklumkan pelaksanaan hapuskira kepada Kuasa Melulus dengan mengemukakan Sijil Hapuskira Aset Alih Kerajaan 
      KEW.PA - 31 dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh kelulusan.
    c) Syor Surcaj / Tindakan Tatatertib jika ada, hendaklah dibawa ke Pihak Berkuasa Tatatertib dalam tempoh tiga (3) bulan dari
       tarikh Surat Kelulusan Perbendaharaan.
    d) Maklumkan keputusan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib ke atas syor surcaj / tatatertib kepada perbendaharaan dalam 
      tempoh sembilan (9) bulan dari tarikh Surat Kelulusan Perbendaharaan. Laporan Surcaj / Tatatertib Aset Alih Kerajaan
      KEW.PA - 32 dan Laporan Kehilangan Hapuskira Aset Alih KEW.PA - 33 hendaklah dihantar kepada Pegawai Pengawal 
      melalui Unit Pengurusan Aset, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah.
       
 

REKOD KUALITI

No.

NAMA REKOD

TEMPOH SIMPANAN

1. Borang Laporan Penerimaan Aset Alih Kerajaan KEW.PA - 1 Tiada Had
2. Senarai Semak Prestasi Pembekal PKPKed - SS05/PIN.00 Tiada Had
3. Daftar Harta Modal KEW.PA - 2 Tiada Had
4. Daftar Aset Bernilai Rendah KEW.PA - 3 Tiada Had
5. Senarai Daftar Harta Modal KEW.PA - 4 5 Tahun
6. Senarai Daftar Aset Bernilai Rendah KEW.PA - 5 5 Tahun
7. Daftar Pergerakan Harta Modal dan Aset Bernilai Rendah KEW.PA - 6 5 Tahun
8. Senarai Aset alih Kerajaan KEW.PA - 7 5 Tahun
9. Laporan Tahunan Harta Modal dan Aset Bernilai Rendah KEW.PA - 8 5 Tahun
10. Borang Aduan Kerosakan PKPKed BK 31 / PIN.00 5 Tahun
11. Borang Aduan Kerosakan Aset Alih Kerajaan KEW.PA - 9  5 Tahun
12. Laporan Pemeriksaan Harta Modal KEW.PA -10 5 Tahun
13. Laporan Pemeriksaan Aset Bernilai Rendah KEW.PA - 11 5 Tahun
14. Sijil Tahunan Pemeriksaan Harta Modal dan Aset Bernilai Rendah KEW.PA - 12 5 Tahun
15. Senarai Aset Yang Memerlukan Penyelenggaraan KEW.PA -13 5 Tahun
16. Daftar Penyelenggaraan Harta Modal KEW.PA - 14 5 Tahun
17. Perakuan Pelupusan (PEP) KEW.PA - 16 5 Tahun
18. Laporan Lembaga Pemeriksa KEW.PA - 17 5 Tahun
19. Sijil Penyaksian Pemusnahan Aset Alih Kerajaan KEW.PA - 18 5 Tahun
20. Sijil Pelupusan Aset Alih Kerajaan KEW.PA - 19 5 Tahun
21. Laporan Tahunan Pelupusan Aset Alih Kerajaan KEW.PA - 20 5 Tahun
22. Laporan Awal Kehilangan Aset Alih Kerajaan KEW.PA - 28 5 Tahun
23. Perlantikan Jawatankuasa Penyiasatan KEW.PA - 29 5 Tahun
24. Laporan Akhir Kehilangan Aset Alih Kerajaan KEW.PA - 30 5 Tahun
25. Sijil Hapuskira Aset Alih Kerajaan KEW.PA - 31 5 Tahun
26. Laporan Tindakan Surcaj / Tatatertib Aset alih Kerajaan KEW.PA - 32 5 Tahun
27. Laporan Penilaian Prestasi Pembekal PKPKed - BK 23 / PIN.00 5 Tahun
28. Rumusan Pemilihan Pembekal PKPKed - BK 24 / PIN.00 5 Tahun
 

KLAUSA MS ISO 9001

 

RUJUKAN

  Manual Kualiti
  PKPKed-MK01 - MANUAL KUALITI
  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  PKPKed-BK 22/PIN.00 - Borang Permohonan Kelulusan Untuk Pembelian/ Perkhidmatan
  PKPKed-BK 23/PIN.01 - Laporan Penilaian Prestasi Pembekal
  PKPKed-BK 31/PIN.00 - Borang Aduan Kerosakkan
  PKPKed-BK 24/PIN.00 - Rumusan Pemilihan Pembekal
  PKPKed-BK 32/PIN.02 - Borang Jadual Aset Alih Yang Perlu Penyelenggeraan/ Permonitoran/ Pententukuran(Kalibrasi)
  Senarai Semak   
  PKPKed -SS 04/PIN.01 - Senarai Semak Penyelenggaraan Mingguan Peralatan Pergigian
  PKPKed -SS 05/PIN.00 - dibatalkan
  Dokumen Luaran   
  PKPKed-DL18 - Manual: Fluoride Varnish Programme For Toddlers
  PKPKed-DL19 - Guidelines: Primary Prevention and Early Detection of Oral Potentially Malignant Disorder and Oral Cancers
  PKPKed-DL20 - Manual: School Based Fluoride Mouth Rinsing Programme
  PKPKed-DL34 - The Dental Public Health Specialist in the Ministry of Health Malaysia 2010
  PKPKed-DL33 - Guidelines Early Childhood Oral Healthcare 2008
  PKPKed-DL21 - Guidelines on The Use of Cone-Beam Computed Tomography (CBCT) In Government Dental Facilities
  PKPKed-DL15 - SOP: Latihan Memberus Gigi
  Pemilik Dokumen
  Dr Norafiza bt Zakaria
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
1. 18-09-2017 1 Nota Pindaan Approver 1
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti