Laman Utama   Bantuan  
   
     

PROSEDUR KUALITI

KKMOH-PK-S11 - Prosedur Pelupusan Aset

   
Pindaan : 4
Tarikh Kuatkuasa : 17-11-2012
Tujuan Prosedur : Prosedur ini menggariskan langkah-langkah pelupusan aset kerajaan tidak boleh diperbaiki, dan jika diperbaiki melebihi harga yang dibeli mengikut tatacara pengurusan aset kerajaan yang ditetapkan.
Skop : Prosedur ini hanya digunakan untuk pengurusan aset kerajaan mengikut Arahan Perbendaharaan yang terkini.

PERKARA

 

SASARAN

CARTA ALIRAN KERJA

 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

               
TANGGUNGJAWAB   TINDAKAN
Penolong Pegawai Tadbir (PPT) 1.0 Kenalpasti aset yang perlu dilupuskan
PPT, Pembantu Tadbir Kanan (PTK)  2.0 Semak kad harta modal dan inventori (KEW 312, 313, KEW-PA 2 dan KEW 3)untuk dimasukkan dalam senarai aset untuk dilupus dengan mengikut criteria:
  • Kekerapan berlaku kerosakan
  • Kekerapan memerlukan pembaikan
  • tidak boleh dibaiki
  • Jumlah Kos penyelenggaran terdahulu.
PPT, PTK  3.0 Sediakan senarai aset yang hendak dilupuskan.
PPT   4.0 Laporkan dalam mesyuarat Kewangan untuk kelulusan Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian.
 PPT,PTK  5.0 Sediakan KEW-PA 16 - Sijil Perakuan pelupusan bagi setiap aset dari  pihak yang berkaitan seperti:
  • Peralatan ICT - Bahagian Pengurusan Maklumat
  • Peralatan Elektronik, Elektrik, Mekanikal - Bahagian Khidmat Kejuruteraan
Jika lulus, terus ke proses 6
JIka tidak lulus, keluarkan dari senarai pelupusan
 PPT, PTK  6.0 Sediakan KEW-PA 17 - Kelulusan Lembaga Pemeriksa untuk kelulusan kaedah pelupusan setelah memperolehi KEW-PA 16.
 PPT,PTK  7.0 Setelah lulus, kemukakan KEW-PA 16 dan KEW-PA 17 ke Urusetia Pelupusan, Bahagian Perolehan dan Penswastaan untuk menentukan kuasa melulus sperti:
i)  Kementerian / Jabatan                                                                                                                    -Nilai perolehan asal kurang RM 50,000 setiap satu atau jumlah keseluruhan  kurang daripada RM 500,000
ii)   Perbendaharaan                                                                                                                               -Nilai perolehan asal melebihi RM 50,000 setiap satu atau jumlah keseluruhan     melebihi RM 500,000
-Syor kaedah pelupusan secara hadiah, pindah persekutuan ke negeri, tukar beli, tukar barang atau kaedah yang tidak dinyatakan dalam Pekeliling Perbendaharaan bil 5/2007 .    
 
-Pastikan semua ruang di KEW-PA 17 diisi dengan lengkap                                                                                                                   
PPT,PTK   8.0 Jika lulus, laksanakan pelupusan mengikut kaedah yang disyorkan oleh kuasa melulus.
PPT,PTK  9.0 Sediakan sijil Pelupusan KEW-PA 19.
 PPT,PTK  10.0 Kemukakan Sijil Pelupusan kepada Kuasa Melulus berserta
  • Salinan resit bagi pelupusan kaedah jualan
  • Salinan akuan terima bagi pelupusan kaedah pindaan/hadiah
  • Sijil Penyaksian Pemusnahan KEW-PA 18 bagi kaedah secara musnah.
PPT   11.0 Kemaskini rekod daftar aset (KEW 312, 313, KEW-PA 2  dan KEW-PA 3)
 

Arahan Kerja / Borang Kualiti / Senarai Semak / laporan Risiko

  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  KKMOH-S11-Kew PA-2 - Kew PA-2:Daftar Harta Modal
  KKMOH-S11-Kew PA-3 - Kew PA-3:Daftar Inventori
  KKMOH-S11-Kew PA-16 - Kew PA-16:Perakuan Pelupusan (PEP) Aset Alih Kerajaan
  KKMOH-S11-Kew PA-17 - Kew PA-17:Laporan Lembaga Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan
  KKMOH-S11-Kew PA-18 - Kew PA-18:Sijil Penyaksian Pemusnahan Aset Alih Kerajaan
  KKMOH-S11-Kew PA-19 - Kew PA-19:Sijil Pelupusan Aset Alih Kerajaan
  KKMOH-S10- Kew 312 - Kew 312 page1:Daftar Harta Modal
  KKMOH-S10-Kew 312 page 2 - Kew 312 page2: Daftar Harta Modal
  KKMOH-S10-Kew 313 - Kew 313 page 1: Daftar Inventori
  KKMOH-S10-Kew 313 page 2 - Kew313 page 2: Daftar Inventori
  Senarai Semak   
  Tiada
  Laporan Risiko   
  Tiada
  Pemilik Dokumen
  hidzer
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para
1. 11/02/2008 0
2. 01/08/2007 1 Rujukan, flow chart 
3. 24/04/2009 2 Mengubah prosedur mengikut Pekeliling 
4. 07/06/2010 3 Tambah klausa di Tindakan No 7 
5. 17/11/2012 4 Kemaskini rujukan manual kualiti 
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti Rujukan Untuk Cetak