TANGGUNGJAWAB
|
TINDAKAN |
SMPM
(Setiausaha Majlis Pergigian Malaysia) |
1.0 |
Terima surat aduan.
|
SMPM |
2.0 |
Buka fail aduan.
|
SMPM |
3.0 |
Hantar surat kepada Pengadu memaklumkan penerimaan surat aduan.
|
SMPM
SMPM
|
4.0
5.0
|
Terima jawapan daripada Pengadu
Semak Daftar Pergigian Berkomputer (Dental Register) untuk menentukan status Pengamal Tertuduh serta maklumat berikut:
a) Nama pengamal
b) No. kad pengenalan pengamal
c) Kelulusan profesional dan tahun lulus
d) No. pendaftaran Majlis Pergigian Malaysia
e) Tarikh pendaftaran
f) Alamat utama pengamalan
g) Status PPT (Perakuan Pengamalan Tahunan)
|
SMPM |
6.0 |
Buat catatan dalam kertas minit tentang ringkasan kes untuk mendapat arahan daripada YPMPM (Yang Di Pertua Majlis Pergigian Malaysia) untuk menyiasat.
|
SMPM |
7.0 |
Dapatkan keputusan daripada YPMPM.
Sekiranya diarahkan menyiasat dengan dirujuk kepada JKPP teruskan dengan 7.0
Sekiranya tidak perlu disiasat, maklum kepada Pengadu dan failkan.
|
PTMPM
(Pembantu Tadbir Majlis Pergigian Malaysia) |
8.0 |
Hantar surat panggilan bagi perbincangan awal kes kepada ahli-ahli JKPP berkenaan dengan salinan kepada PUU ( Penasihat Undang-undang)
|
SMPM/PMPM (Pegawai Majlis Pergigian Malaysia)
|
9.0 |
Adakan sesi perbincangan kes ahli-ahli JKPP.
|
SMPM/PMPM |
10.0 |
Dapatkan keputusan JKPP untuk memulakan penyiasatan .
Sekiranya memulakan penyiasatan, teruskan ke 10
Sekira menolak terus aduan, sediakan laporan, failkan dan maklum kepada Pengadu.
|
PTMPM |
11.0 |
Hantar surat untuk panggilan mesyuarat penyiasatan lanjut kepada
a) Pengadu
b) Pengamal Tertuduh
c) Ahli-ahli JKPP serta PUU
|
SMPM/PMPM |
12.0 |
Adakan mesyuarat JKPP bagi mendengar kenyataan Pengadu. Rekod minit secara kata demi kata (verbatim).
|
SMPM/PMPM |
13.0 |
Dapatkan keputusan awal JKPP.
Sekiranya didapati ada kes untuk dijawab oleh pengamal , teruskan dengan 5.13
Sekiranya tiada kes, sediakan laporan JKPP.
|
SMPM/PMPM |
14.0 |
Tentukan caj tuduhan seperti yang dipersetujui oleh JKPP.
|
PTMPM |
15.0 |
Hantar surat panggilan mesyuarat bersama dengan caj tuduhan kepada
a) Pengamal Tertuduh (serta peguambela jika ada)
b) Pengadu (serta peguambela jika ada)
c) Ahli-ahli JKPP serta PUU
|
SMPM/PMPM |
16.0 |
Adakan mesyuarat JKPP bagi mendengar ‘statement in defence’ Pengamal Tertuduh. Rekod minit secara kata demi kata (verbatim).
|
SMPM/PMPM |
17.0 |
Dapatkan keputusan akhir JKPP.
|
SMPM/PMPM |
18.0 |
Sediakan laporan JKPP. Catitkan tarikh laporan disiapkan.
|
PTMPM |
19.0 |
Hantar laporan kepada Majlis Pergigian Malaysia.
|
|
|
|
|
|
|