Laman Utama   Bantuan  
   
     

PROSEDUR KUALITI

KKMOH-PK-S03 - Pengendalian Penempatan Pegawai Pergigian

   
Pindaan : 7
Tarikh Kuatkuasa : 16-01-2019
Tujuan Prosedur :

Untuk menggariskan tatacara bagi pengurusan penempatan Pegawai Pergigian agar menepati keperluan perkhidmatan

Skop :

Prosedur ini digunapakai di Program Kesihatan Pergigian untuk pengurusan Pegawai Pergigian di KKM. Program ini bertanggungjawab memberi ulasan/cadangan berkaitan urusan penempatan Pegawai Pergigian.

PERKARA

 

SASARAN

CARTA ALIRAN KERJA

 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

5.0 TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN
 
Bahagian Kesihatan Pergigian,KKM bertanggungjawab memberi ulasan atau cadangan berkaitan urusan penempatan, pertukaran, pelepasan dengan izin/peletakan jawatan dan pemangkuan/kenaikan pangkat kepada Bahagian Sumber Manusia, KKM.
 
TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

PKKP/KUA/PUA/PT
(Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian/Ketua Unit Amalan/Pegawai Unit Amalan/Pembantu Tadbir)
1.0
TERIMA MEMO
Bahagian Kesihatan Pergigian menerima memo dari Bahagian Sumber Manusia, KKM mengenai antara perkara berikut:
  • Cadangan penempatan Pegawai Pergigian
  • Permohonan pertukaran Pegawai Pergigian
  • Cadangan pemangkuan/kenaikan pangkat Pegawai Pergigian
  • Permohonan pelepasan dengan izin Pegawai Pergigian ke agensi lain
Rujuk Bahagian Sumber Manusia, KKM sekiranya maklumat tidak lengkap.
KUA/PUA/PT
2.0
2.1
SEMAK DOKUMEN
Rujuk status perjawatan Pegawai Pergigian berkaitan dengan memo yang diterima:
  • Sekiranya cadangan penempatan Pegawai Pergigian; semak status pendaftaran dengan Majlis Pergigian Malaysia bagi lantikan pertama.
  • Sekiranya permohonan pertukaran Pegawai Pergigian; semak status kekosongan perjawatan Pegawai Pergigian.
  • Sekiranya cadangan pemangkuan/kenaikan pangkat; semak butiran kepegawaian.
  • Sekiranya permohonan pelepasan dengan izin/peletakan jawatan; semak status khidmat wajib dengan Majlis Pergigian Malaysia.
Rujuk:
  • KKMOH-S3-AK1-Pengendalian Penempatan Pegawai Pergigian
  • KKMOH-S3-AK2-Pengendalian Pertukaran Pegawai Pergigian
  • KKMOH-S3-AK3-Urusan Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat Pegawai Pergigian
  • KKMOH-S3-AK4-Urusan Pelepasan Dengan Izin Dan Peletakan Jawatan.
 
KUA/PUA/PT
3.0
MESYUARAT BERSAMA BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, KKM
Adakan mesyuarat sebanyak 4 kali setahun bersama Bahagian Kesihatan Pergigian dan Bahagian Sumber Manusia, KKM.
Maklumat berkaitan penempatan, pertukaran dan pelepasan dengan izin/peletakan jawatan yang dibuat di luar mesyuarat akan dilaporkan di mesyuarat yang berikutnya.
3.1
 
 
Sediakan maklumat/dokumen perbincangan berkaitan antara urusan berikut:
 
3.1.1   Maklumat Perjawatan Semasa:
  • Status Lapor Diri Pegawai Pergigian Tahun Pertama (FYDO)
  • Rekod Khidmat Wajib Pegawai Pergigian
  • Status Pelepasan Dengan Izin Pegawai Pergigian
  • Status Pegawai Pergigian Yang Tamat Mengikuti Kursus Ijazah Lanjutan
  • Status Pewartaan Pakar Pergigian
  • Status Pegawai Pergigian Kontrak
  • Status Penempatan Pegawai Pergigian Pelatih
  • Status Permohonan Persaraan Pilihan Sendiri
  • Maklumat Atrisi Pegawai Pergigian
  • Pertukaran Di Luar Mesyuarat
3.1.2   Permohonan Pertukaran Pegawai Pergigian / Pakar
 
3.2
Sediakan memo panggilan mesyuarat kepada Ahli Jawatankuasa Mesyuarat.
 
3.3
Adakan mesyuarat seperti yang dirancang mengenai perkara 3.1 mengambil kira pengisian kekosongan jawatan Pegawai Pergigian / Pakar. Rujuk KKMOH-S03-AK5-Pengisian Kekosongan Jawatan Pegawai Pergigian / Pakar.
Data mengenai bilangan mesyuarat yang diadakan dalam setahun dikumpul untuk tujuan pemantauan.
 
KUA/PUA/PT

4.0
4.1
KEPUTUSAN MESYUARAT
Sediakan keputusan mesyuarat dalam masa 7 hari bekerja. Data penyediaan tersebut dikumpul untuk memastikan objektif kualiti dipatuhi.
 
4.2
Sediakan memo keputusan mesyuarat kepada Bahagian Sumber Manusia. 
 
4.3 Dapatkan tandatangan PKKP untuk kelulusan.
 
4.4 Hantar memo keputusan mesyuarat kepada Bahagian Sumber Manusia.
 
KUA/PUA/PT 5.0 KEMASKINI REKOD
Terima salinan surat pemberitahuan kepada Pegawai Pergigian yang berkaitan dari Bahagian Sumber Manusia mengenai antara perkara berikut; penempatan/ kelulusan pertukaran/ pemangkuan/ kenaikan pangkat dan pelepasan dengan izin Pegawai Pergigian yang telah diluluskan dalam mesyuarat.
 
5.1 Kemaskini rekod Pegawai Pergigian.
 
5.2 Salinan surat pemberitahuan berkaitan pemangkuan/kenaikan pangkat Pegawai Pergigian dari Bahagian Sumber Manusia disimpan di bilik KUA.
 
 
 

Arahan Kerja / Borang Kualiti / Senarai Semak / laporan Risiko

  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  Tiada
  Senarai Semak   
  Tiada
  Laporan Risiko   
  KKMOH-PK-S03-Q04-LR1 - Pengendalian Penempatan Pegawai Pergigian
  KKMOH-PK-S03-Q04-LR2 - Pengendalian Penempatan Pegawai Pergigian
  KKMOH-PK-S03-Q04-LR3 - Pengendalian Penempatan Pegawai Pergigian
  Pemilik Dokumen
  drshikin
drmazura
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para
1. 01/08/2007 0
2. 01/12/2008 1
3. 04/12/2009 2 Pindaan kepada flow chart dan AK 
4. 17/11/2012 3 Pindaan kepada flow chart dan AK 
5. 09/07/2014 4 Carta Aliran di mansuhkan 
6. 13/11/2014 5 1. dihapuskan permohonan pelepasan dengan izin 2. pengasingan proses kerja penempatan dan pertukaran 3. perkara no 3 dimansuhkan 4. Arahan kerja berikut dibuat pindaan: i. KKMOH-S3-AK1 - Pengendalian Penempatan Pegawai Pergigian ii.KKMOH-S3-AK1 - Pengendalian Pertukaran Pegawai Pergigian 5. Arahan Kerja berikut dimansuhkan KKMOH-S3-AK3 - Permohonan Letak JawatanPegawai Pergigian ke Agensi lain iii KKMOH-S3-AK5 - Pengurusan Maklumat Atrisi Pegawai Pergigian 
7. 20/12/2017 6  
8. 16/01/2019 7  
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti Rujukan Untuk Cetak