Laman Utama   Bantuan  
   
     

PROSEDUR KUALITI

KKMOH-PK-Q08 - Prosedur Tindakan Penambahbaikan Berterusan

   
Pindaan : 6
Tarikh Kuatkuasa : 11-02-2020
Tujuan Prosedur :

Prosedur ini bertujuan untuk memastikan penambahbaikan dan/ atau penambahbaikan berterusan dapat dirancang dan dilaksanakan apabila  terdapat cadangan/ laporan untuk tindakan penambahbaikan.

Skop :

Prosedur ini digunapakai untuk membuat penambahbaikan atau penambahbaikan berterusan dalam sistem pengurusan kualiti yang meliputi:

1. Dasar kualiti

2. Objektif kualiti

3. Laporan Audit Dalaman/ Luaran

4. Penganalisaan data

5. Kajian Kepuasan Pelanggan

6. Kajian Semula Pengurusan

PERKARA

 

SASARAN

CARTA ALIRAN KERJA

 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

Semua anggota Bahagian Kesihatan Pergigian
 
1.0
Mengenalpasti bidang/proses untuk penambahbaikan/penambahbaikan berterusan melalui :
 
1.1 Dasar kualiti                  
1.2 Objektif kualiti                     
1.3 Penemuan audit
1.4 Penganalisan data (analysis of data)
1.5 Tindakan pembetulan
1.6 Tindakan pencegahan dan
1.7 Kajian semula pengurusan
 
Wakil Pengurusan WP/Pasukan Audit Dalaman (PAD)
 
2.0
Sekiranya tindakan penambahbaikan dicadangkan atau dilaporkan dari sumber-sumber seperti pemerhatian dari Audit Dalaman, mesyuarat atau oleh anggota organisasi,   keluarkan Laporan Pemerhatian untuk Penambahbaikan  (KKMOH-Q8-BK1) kepada  pemilik proses  untuk tindakan.
 
Pemilik proses/Ketua Unit (KU)
 
2.1  Laksanakan tindakan penambahbaikan dan rekodkan dalam KKMOH-Q8-BK1
 
2.2  Pulangkan KKMOH-Q8-BK1 yang telah direkodkan dengan tindakan penambahbaikan kepada WP.
 
WP/PAD
 
 
2.3  Pantau tindakan penambahbaikan yang telah dijalankan dengan menggunakan Log Penambahbaikan dan Penambahbaikan Berterusan (KKMOH-Q8-BK2).
 
Ketua Unit
 
 3.0
Sekiranya tindakan penambahbaikan berterusan diputuskan, bincang  dengan Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian (PKKP)/ Pengarah Cawangan yang berkenaan/WP dan rancang pelan program penambahbaikan berterusan berdasarkan contoh (Lampiran 1) yang mengandungi butiran seperti berikut:
  1. Tajuk program penambahbaikan
  2. Situasi terkini/kenyataan masaalah
  3. Sasaran objektif penambahbaikan
  4. Analisa punca masaalah
  5. Pelan tindakan termasuk aktiviti,  tempoh masa dan tanggungjawab                         
 KU
 
3.1  Jika perlu, wujudkan  satu jawatankuasa penambahbaikan untuk merancang pelan program penambahbaikan tersebut.
 
Pengerusi  Jawatankuasa (PJK)
  3.2 Hantar pelan program penambahbaikan kepada PKKP/Pengarah Cawangan/WP untuk kelulusan sebelum dilaksanakan.
 
PJK
 
3.3 Kenalpasti Pegawai  untuk memantau dan memastikan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam tempoh masa yang ditetapkan.
 
Pegawai Bertanggungjawab
 
3.4  Laksanakan aktiviti mengikut pelan  program penambahbaikan yang dirancang.
 
3.4.1 Sediakan laporan kemajuan.
 
 PJK/KU
 
3.5 Pada akhir pelan program penambahbaikan berterusan ini, PJK/KU akan menilai penambahbaikan yang dijalankan berbanding dengan sebelum penambahbaikan berterusan.
 
 KU
 
3.6 Jika sasaran objektif penambahbaikan berterusan telah dicapai, ini menunjukkan bahawa program penambahbaikan berterusan  adalah berkesan  dan boleh diserapkan ke dalam sistem pengurusan kualiti yang sediada.
 
PJK/KU   3.7 Sekiranya objektif penambahbaikan berterusan tidak tercapai, aktiviti-aktiviti yang dirancang perlu disemak dan dipinda untuk pelaksanaan semula.
 

Arahan Kerja / Borang Kualiti / Senarai Semak / laporan Risiko

  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  KKMOH-Q08-BK1 - Laporan Pemerhatian Untuk Penambahbaikan
  KKMOH-Q08-BK2 - Log Laporan Pemerhatian Untuk Penambahbaikan
  Senarai Semak   
  Tiada
  Laporan Risiko   
  KKMOH-PK-Q08-Q04-LR1 - Tindakan Penambahbaikan Berterusan
  KKMOH-PK-Q08-Q04-LR2 - Tindakan Penambahbaikan Berterusan
  KKMOH-PK-Q08-Q04-LR3 - Tindakan Penambahbaikan Berterusan
  Pemilik Dokumen
  drsheila
drsarah
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para
1. 30/09/2009 1 Baru, Diasingkan dari PK Pembetulan/Penambahbaikan 
2. 26/05/2010 2 Kemaskini BK1 (v03) dan BK2 (v02) dan pindaan ke sasaran 
3. 25/07/2012 3 Tambahan Timbalan Wakil Pengurusan pada tandatangan di borang KKMOH-Q8-BK1. 
4. 14/11/2017 4  
5. 22/01/2019 5  
6. 11/02/2020 6  
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti Rujukan Untuk Cetak