|
1 Menerima Borang Permohonan Percetakan
1.1 Bagi setiap bahan yang perlu dicetak hendaklah menggunakan Borang Permohonan Mencetak; BK/PT/07.
1.1.1 Apabila menerima borang permohonan percetakan, Personel Cetak (PC) akan memastikan permohonan tersebut telah diluluskan oleh Ketua Bahagian pemohon berkenaan.
1.1.1.1 Bagi bahagian pentadbiran dan perkhidmatan, kelulusan hendaklah diperolehi dari Timbalan Pengarah Perkhidmatan (TPP) manakala bagi bahagian latihan, kelulusan hendaklah diperolehi dari Timbalan Pengarah Latihan (TPL).
1.2. PC adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa tujuan percetakan adalah untuk kegunaan pembelajaran atau perkhidmatan sahaja.
1.3. Seterusnya PC hendaklah memastikan jumlah sebenar dan jenis sesuatu modul pembelajaran atau bahan perkhidmatan yang hendak dicetak berpandukan borang tersebut sebelum percetakan dijalankan.
2. Proses Percetakan
2.1 Setelah diteliti dengan baik dan memahami jumlah serta jenis percetakan yang hendak dilakukan, PC akan mencetak bahan-bahan tersebut.
2.2 Masa yang diambil bagi sesuatu percetakan adalah bergantung kepada jenis dan kuantiti bahan yang dicetak serta bergantung juga kepada kehendak pemohon.
3. Semakan Bahan Percetakan
3.1 Setelah cetakan dibuat, PC perlu memastikan setiap helaian bercetak dan tersusun mengikut salinan asal.
4. Membinding atau Menstapler
4.1 Bahan-bahan yang dicetak mestilah dibinding atau distapler mengikut kehendak pemohon atau mengikut bahan asal.
4.2 Jika cetakan melibatkan kertas manila kad, ianya akan dipotong mengikut kesesuaian dan saiz yang diperlukan.
5. Merekod Bahan Cetak Dan Menfail Borang Permohonan Mencetak
5.1 Setelah cetakan siap, PC hendaklah merekodkan bahan dan kuantiti bahan yang dicetak ke dalam Buku Rekod Mencetak sebelum memaklumkan kepada pemohon.
5.2 PC hendaklah memastikan Pemohon menandatangani Buku Rekod Mencetak sebelum menyerahkan bahan cetakan.
5.3 Seterusnya PC hendaklah melengkapkan Borang Permohonan Mencetak BK/PT/07 di bahagian Kegunaan Bilik Cetak sebelum menfailkannya dalam Fail Permohonan Mencetak.
6. Kerosakan Mesin Cetak
6.1 Apabila berlaku kerosakan pada mesin cetak, PC hendaklah segera memaklumkannya kepada Pembantu Tadbir Kanan N22 dengan mengisi Borang Aduan Kerosakan Dan Pembaikan BK/PT/01 untuk tindakan selanjutnya.
Disediakan oleh: En. Muhamad Amin bin Ramlee; t/t:
Disemak oleh 1: Cik Salina Razman; t/t:
Disemak oleh 2: Dr.Ahmad Termizi Zamzuri; t/t:
Diluluskan oleh: Dr Hasenah bt Mod Zaki, Pengarah; t/t: |