Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2000 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI

PK/BL/05 - PROSEDUR URUSAN KELAYAKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN

   
Pindaan : 3
Tarikh Kuatkuasa : 29-11-2010
Objektif Prosedur : Prosedur ini menjelaskan bagaimana menentukan calon yang layak dan tidak layak untuk menduduki Peperiksaan Akhir Semester dan Peperiksaan Akhir Kursus di Pusat Pergigian Kanak-Kanak & Kolej Latihan Pergigian Malaysia (PPKK & KLPM) yang dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Latihan (BPL) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Skop : Prosedur ini digunapakai oleh PPKK & KLPM dalam mengenalpasti calon-calon pelatih yang layak atau tidak layak menduduki peperiksaan Akhir Semester, Peperiksaan Akhir Kursus , Peperiksaan Pertengahan Semester 1 dan Peperiksaan Akhir Semester bagi Kursus Diploma Kejururawatan Pergigian, Diploma Teknologi Pergigian dan Sijil Pembantu Pembedahan Pergigian.
 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

1.0 Menetapkan Tarikh Mesyuarat Kelayakan Menduduki Peperiksaan

1.1 Timbalan Pengarah Latihan (TPL) hendaklah menentukan tarikh Mesyuarat Kelayakan Menduduki Peperiksaan dengan merujuk kepada Takwim Akademik Tahunan (PK/BL/10) dan memaklumkan Pengajar Hal Ehwal Pelatih (HEP) melalui memo bertulis/ e-mel untuk persediaan.

 

2.0 Menetapkan Tarikh Tutup Pencapaian Kerja Praktikal/ Klinikal Pelatih

2.1 Setelah Pengajar HEP menerima tarikh mesyuarat Kelayakan Menduduki Peperiksaan Peringkat PPKK & KLPM, Pengajar HEP hendaklah memaklumkannya kepada Ketua Program secara telefon/ e-mel.

2.2 Apabila Ketua Program (KP) menerima tarikh penetapan Mesyuarat Kelayakan Menduduki Peperiksaan, beliau hendaklah menentukan tarikh tutup pencapaian hasil kerja klinikal/praktikal pelatih-pelatih setelah berbincang dengan Pengajar Penyelaras.

2.3 Sebaik sahaja dimaklumkan tarikh tutup pencapaian hasil kerja klinikal/praktikal, Pengajar Penyelaras hendaklah memaklumkan kepada Pengajar yang berkaitan dan pelatih.

2.3.1 Bagi pelatih yang berada di Pusat Latihan Amali (PLA), penetapan tarikh tutup pencapaian sasaran kerja pelatih Jururawat/Juruteknologi Pergigian telah dimaklumkan kepada Preseptor Tempatan (LP) melalui dokumen yang dibawa oleh pelatih semasa melapor diri.

2.3.2 LP akan menghantar Buku Log, Laporan Pencapaian Kerja Klinikal/Aktiviti PKP Tahun 3 Semester 1 (BK/BL/17)/ Laporan Pencapaian Kerja Klinikal/Aktiviti PKP Tahun 3 Semester 2 (BK/BL/18) bagi Jururawat Pergigian Pelatih manakala Laporan Pencapaian Klinikal Juruteknologi Pergigian (BK/BL/16) bagi Juruteknologi Pergigian Pelatih berserta Laporan Penilaian Pelatih (BK/BL/15) ke PPKK & KLPM mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

2.3.3 Pengajar Penyelaras Kursus JP dan JT hendaklah mengumpulkan dan memastikan semua Laporan Pencapaian Kerja Klinikal/Praktikal beserta Laporan Penilaian Pelatih dari PLA diterima.

2.3.4 Jika sekiranya laporan tidak diterima pada tarikh yang ditetapkan Pengajar Penyelaras perlulah segera menghubungi Preseptor Tempatan (LP) diikuti dengan surat peringatan secara Pos Berdaftar agar LP bertindak segera.

2.3.5 Setelah semua Laporan Pencapaian Kerja Klinikal/Praktikal beserta Laporan Penilaian Pelatih diterima, Pengajar Penyelaras hendaklah mengesahkan penerimaan di Laporan Penilaian Pelatih (BK/BL/15).

 

3.0 Menyedia Laporan Pencapaian Kerja Klinikal /Praktikal Pelatih Untuk Pembentangan Di Mesyuarat Kelayakan Menduduki Peperiksaan di PPKK & KLPM

3.1 Setelah tarikh tutup pencapaian kerja klinikal JP, Pengajar Seksyen hendaklah melengkapkan Borang Laporan Pencapaian Kerja Praktikal Jururawat Pergigian Pelatih Tahun 1 Semester I (BK/BL/05) berdasarkan Buku Jadual Praktikum Teknik Pergigian Operatif Tahun 1 Semester I.

3.1.1 Manakala Borang Laporan Pencapaian Kerja Praktikal Jururawat Pergigian Pelatih Tahun 1 Semester II (BK/BL/06) hendaklah dilengkapkan oleh Pengajar Seksyen berdasarkan Buku Jadual Praktikum Teknik Pergigian Operatif Tahun 1 Semester II;

3.1.2 Bagi Jururawat Pergigian Pelatih Tahun 2 Semester I, Pengajar Seksyen hendaklah melengkapkan Borang Laporan Pencapaian Kerja Praktikal Jururawat Pergigian Pelatih Tahun 2 Semester I (BK/BL/07) berdasarkan Buku Rekod Harian Klinikal;

3.1.3 Manakala bagi Jururawat Pergigian Pelatih Tahun 2 Semester II, Pengajar Seksyen hendaklah melengkapkan Borang Laporan Pencapaian Kerja Praktikal Jururawat Pergigian Pelatih Tahun 2 Semester II (BK/BL/08) berdasarkan Buku Rekod Harian Klinikal.

3.2 Apabila tarikh tutup pencapaian kerja klinikal JT telah dikenalpasti; Pengajar Yang Menjaga ’Island’ JT hendaklah melengkapkan Borang Laporan Kemajuan Pelatih (BK/BL/09) berdasarkan Buku Latihan Amali (Buku Log) dan diserahkan kepada Pengajar Penyelaras untuk menyediakan Laporan Kemajuan Pelatih (Peratusan Kualiti Dan Kuantiti Jadual Latihan Amali (BK/BL/10)).

3.2.1 Bagi Juruteknologi Pergigian Pelatih Tahun 3, Pengajar Penyelaras hendaklah melengkapkan Laporan Kemajuan Pelatih (Peratusan Kualiti Dan Kuantiti Jadual Latihan Amali (BK/BL/10) berdasarkan Buku Latihan Amali (Buku Log) beserta Laporan Pencapaian Klinikal Juruteknologi Pergigian (BK/BL/16) dan Laporan Penilaian Pelatih (BK/BL/15).

 

4.0 Melengkapkan Borang Kelayakan Menduduki Peperiksaan Peringkat PPKK & KLPM

4.1 Setelah menerima Borang Laporan Pencapaian Praktikal (BK/BL/05 & BK/BL/06) /Klinikal(BK/BL/07 & BK/BL/08) daripada Pengajar Seksyen bagi Jururawat Pergigian Pelatih Tahun 1 dan 2, Pengajar HEP hendaklah melengkapkan Borang Kelayakan Menduduki Peperiksaan Lampiran 1A, BPL.KKM.PK(P) 06A/09 berdasarkan;

      a. Pencapaian Formatif;

      b. Borang Kehadiran Pelatih;

      c. Pencapaian Buku Log;

      d. Penilaian Prestasi;

      e. Tindakan Tatatertib;

      f.  Pencapaian Ko-kurikulum (jika berkaitan).

 

4.1.1 Bagi Tahun 3 Borang Kelayakan Menduduki Peperiksaan Lampiran 1 dan Lampiran 1A, BPL.KKM.PK(P) 06A/09 dibuat berpandukan;

          a. Buku Rekod Harian Klinikal (Buku Log);

          b. Laporan Pencapaian Klinikal bagi T3 S1(BK/BL/17);

          c. Laporan Pencapaian Klinikal bagi T3 S2(BK/BL/18);

          d. Laporan Penilaian Pelatih (BK/BL/15).

 

4.2 Pengajar HEP hendaklah melengkapkan Borang Kelayakan Menduduki Peperiksaan Lampiran 1 dan Lampiran 1A, BPL.KKM.PK(P) 06A/09 bagi Juruteknologi Pergigian Pelatih berdasarkan;

      a. Pencapaian Formatif;

      b. Borang Kehadiran Pelatih;

      c. Pencapaian Buku Log;

     d. Penilaian Prestasi;

     e. Tindakan Tatatertib;

     f. Pencapaian Ko-kurikulum (jika berkaitan).

 

5.0 Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Panel Kelayakan Menduduki Peperiksaan Peringkat PPKK & KLPM

5.1 Pengajar HEP selaku setiausaha hendaklah menyediakan dan mengedarkan surat Panggilan Mesyuarat dan ditandatangani oleh TPL sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh mesyuarat diadakan kepada Jawatankuasa Panel Kelayakan Menduduki Peperiksaan Peringkat PPKK & KLPM.

5.2 Mesyuarat hendaklah dilaksanakan oleh Panel Kelayakan Menduduki Peperiksaan yang terdiri dari TPL, Ketua Penolong Pengarah (Latihan), Penyelaras Peperiksaan, Pengajar HEP, Ketua Program, Pengajar Penyelaras dan Pengajar yang berkaitan mengikut semester.

 

6.0 Menyediakan Borang Cadangan Menduduki Peperiksaan Peringkat BPL KKM

6.1 Apabila senarai calon layak dan tidak layak telah dikenalpasti, Pengajar HEP hendaklah menyediakan Borang Senarai Calon Yang Dicadangkan Menduduki Peperiksaan Lampiran 2 (BPL.KKM.PK(P) 06C/09), Lampiran 3 (BPL.KKM.PK(P) 06D/09), Lampiran 4 (BPL.KKM.PK(P) 06E/09) Dan Lampiran 5 (BPL.KKM.PK(P) 06F/09) untuk dipanjangkan dan pengesahan Jawatankuasa Panel Kelayakan Peringkat BPL, KKM.

6.1.1 Jika terdapat calon yang tidak layak menduduki peperiksaan, HEP hendaklah menyediakan Lampiran 6 (BPL.KKM.PK(P) 06G/09) dan Lampiran 7 (BPL.KKM.PK(P) 06H/09).

6.2 Sekiranya TPL perlu membuat pembentangan senarai calon layak dan tidak layak diperingkat BPL, KKM, Pengajar HEP hendaklah menyediakan fail mengikut jumlah ahli panel Mesyuarat Kelayakan Menduduki Peperiksaan Peringkat BPL KKM dan hendaklah diserahkan kepada TPL selewat-lewatnya sehari sebelum tarikh mesyuarat di mana setiap fail hendaklah mengandungi;

6.2.1 Salinan Borang Kelayakan Menduduki Peperiksaan Lampiran 1 dan Lampiran 1A, BPL.KKM.PK(P) 06A/09 yang telah dilengkapkan;

6.2.2 Senarai nama calon yang dicadangkan untuk menduduki peperiksaan menggunakan borang Lampiran 3 (BPL.KKM.PK(P) 06D/09);

6.2.3 Senarai calon layak menduduki peperiksaan Lampiran 5 (BPL.KKM.PK(P) 06F/09);

6.2.4 Senarai calon tidak layak menduduki peperiksaan Lampiran 7 (BPL.KKM.PK(P) 06H/09), jika berkaitan.

6.2.5 Salinan minit mesyuarat Kelayakan Menduduki Peperiksaan peringkat PPKK & KLPM.

 

7.0 Memaklumkan Keputusan Mesyuarat Kelayakan Menduduki Peperiksaan Peringkat BPL, KKM

7.1 Setelah selesai Mesyuarat Kelayakan Menduduki Peperiksaan Peringkat BPL KKM, TPL hendaklah menyerahkan keputusan mesyuarat kepada Setiausaha Peperiksaan (SUP) untuk dipamerkan di papan kenyataan untuk makluman pelatih.

7.1.1 Sesalinan keputusan mesyuarat diserahkan kepada Pengajar HEP untuk difailkan di dalam Fail Kelayakan Menduduki Peperiksaan di Bilik Fail.

7.2 Sekiranya pelatih tidak layak menduduki peperiksaan, TPL hendaklah merujuk Garispanduan Penilaian Sistem Kredit Kursus Sains Kesihatan Bersekutu KKM untuk tindakan selanjutnya.

 

Nota Pindaan:

1. Borang Laporan Penilaian Pelatih (Lampiran F2) pada pindaan terdahulu dinomborkan sebagai BK/BL/15;

2. Borang Laporan Pencapaian Klinikal Juruteknologi Pergigian Pelatih Tahun 3 Semester ..... (Lampiran ’M’) pada pindaan terdahulu dinomborkan sebagai BK/BL/16;

3. Borang Pencapaian Klinikal/Aktiviti Pendidikan Kesihatan Pergigian Tahun 3 Semester 1 (Lampiran A1) pada pindaan terdahulu dinomborkan sebagai BK/BL/17;

4. Borang Pencapaian Klinikal/Aktiviti Pendidikan Kesihatan Pergigian Tahun 3 Semester 2 (Lampiran A2) pada pindaan terdahulu dinomborkan sebagai BK/BL/18.

 

Disediakan oleh : Pn.Fatimah Nayan; t/t:

Disemak oleh 1 : Dr. Naziah binti Ahmad Azli; t/t:

Disemak oleh 2 : Dr.Ahmad Termizi Zamzuri; t/t:

Diluluskan oleh: Dr Hasenah binti Mod Zaki, Pengarah; t/t:

 

REKOD KUALITI

 

Arahan Kerja / Borang Kualiti / Senarai Semak

  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  BK/BL/05 - BORANG PENCAPAIAN KERJA PRAKTIKAL JPP T1S1
  BK/BL/06 - BORANG PENCAPAIAN KERJA PRAKTIKAL JPP T1S2
  BK/BL/07 - BORANG PENCAPAIAN KERJA KLINIKAL JPP T2S1
  BK/BL/08 - BORANG SASARAN KERJA KLINIKAL JPP T2S2
  BK/BL/09 - BORANG LAPORAN KEMAJUAN JT
  BK/BL/10 - BORANG LAPORAN KEMAJUAN PELATIH JT (PERATUS DAN KUANTITI KERJA AMALI)
  BK/BL/15 - BORANG LAPORAN PENILAIAN PELATIH
  BK/BL/16 - BORANG LAPORAN PENCAPAIAN KLINIKAL JT
  BK/BL/17 - BORANG PENCAPAIAN KLINIKAL/AKTIVITI PKP JP T3S1
  BK/BL/18 - BORANG PENCAPAIAN KLINIKAL/AKTIVITI PKP JP T3S2
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  Tiada
  Pemilik Dokumen
  Fatimah Nayan
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti