Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2008 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI


BKPNM-PK-AG7 - PERKHIDMATAN KEPAKARAN RESTORATIF

   
Pindaan : 0
Tarikh Kuatkuasa : 11-02-2021
Objektif Prosedur : Prosedur ini menggariskan langkah-langkah pengendalian pesakit Restoratif bagi tujuan pengendalian dan perawatan restorasi serta pengekalan restorasi yang telah dilakukan kepada setiap pesakit.
Skop : Prosedur ini diguna pakai di Klinik Pakar Pergigian Restoratif di bawah Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Melaka

SINGKATAN / DEFINISI

COHI Customised Oral Hygiene Instruction
Dentur Aplians buatan bagi menggantikan bahagian mulut yang tiada bergigi untuk tujuan estetik dan fungsi
E & D Examination and Diagnosis
Impresi Acuan yang diambil menggunakan bahan pergigian bagi merekod butir-butir dalam mulut pesakit
Kes Baru Pesakit yang datang ke klinik untuk kali pertama bagi sesuatu tahun
Kes Temujanji Pesakit yang telah diberi tarikh temujanji untuk mendapatkan rawatan susulan
Petugas Kaunter Biasanya terdiri daripada Pembantu Pembedahan Pergigian, Pembantu Perawatan Kesihatan atau Pembantu Tadbir
PP Pegawai Pergigian
PPK Pembantu Perawatan Kesihatan
PPP Pembantu Pembedahan Pergigian

CARTA ALIRAN KERJA

 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

        

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

PPP/PPK 5.1 Terima pesakit bersama dokumen:
   
  • Surat rujukan RDITN
  • Surat pengesahan jabatan (Penjawat awam / Pesara Kerajaan)
  • Kad Pengenalan
  • Kad temujanji LP1 untuk kes ulangan
  • Kad rawatan LP8 jika rujukan adalah dari klinik yang sama
PPP/Petugas Kaunter 5.2 Kenalpasti status pesakit sama ada kes baru atau ulangan
    5.2.1 Kes Baru
   
  • Isikan butir-butir peribadi pesakit kedalam kad rawatan pergigian LP 8
  • Kepilkan surat rujukan (jika ada pada LP8)
  • Bagi kes/rujukan baru yang tidak/gagal hadir pada hari rujukan yang telah ditetapkan maka kes tersebut akan dirawat oleh Pegawai Pergigian di Klinik Pergigian pesakit luar.
    5.2.2 Kes Ulangan
   
  • Kesan Kad rawatan LP8
  • Bagi kes ulangan yang hadir tanpa temujanji, maka kes tersebut akan dirawat oleh Pegawai Pergigian di Klinik Pergigian pesakit luar.
PPP/Petugas Kaunter 5.3

Daftar kedatangan pesakit ke dalam Buku Pendaftaran PG101 dan PG 102. Minta pesakit menunggu sehingga dipanggil mengikut giliran.

PPP / PPK 5.4 Pastikan bahan dan peralatan pergigian telah disediakan. Patuhi amalan kawalan jangkitan silang.
PPP / PPK 5.5 Panggil pesakit masuk ke dalam bilik rawatan
PPP 5.6

Sahkan maklumat peribadi pesakit dalam LP 8. Ambil maklumat perubatan / kesihatan.(Amalkan Kawalan Jangkitan Silang). Tentukan keperluan kes samada:

  • Perundingan
  • Perancangan Rawatan
  • Rawatan
Pakar / PP 5.7

Bagi Kes Perundingan:

  • Jalankan pemeriksaan dan tentukan masalah kesihatan pesakit dan status kesihatan pergigian.
  • Rekod maklumat yang diperolehi dari pemeriksaan dan diagnosis (E&D) dan status kesihatan ke dalam LP8.
  • Membuat perancangan rawatan yang menyeluruh berdasarkan keperluan pesakit
  • Membuat perbincangan dengan pesakit mengenai perancangan rawatan
  • Mengambil kebenaran rawatan berdasarkan perancangan rawatan yang telah dibincangkan dan dipersetujui pesakit
  • Ambil rekod pra-rawatan seperti model kajian, radiograf, impresi dan gambar mengikut  keperluan kes.
  • Tentukan sama ada rawatan kecemasan diperlukan. Sekiranya tidak, rawatan seterusnya diberikan mengikut temujanji.
Pakar / PP 5.8

Perancangan rawatan:

  • Berbincang dengan pesakit tentang opsyen-opsyen rawatan yang dirancang
  • Mengambil kebenaran rawatan berdasarkan opsyen perancangan rawatan yang telah dibincangkan dan dipersetujui pesakit
  • Dokumenkan rawatan yang dipilih oleh pesakit di dalam kad rawatan.
  • Jika rawatan memerlukan pembuatan korona / jambatan / implan / dentur kobalt kromium, yang memerlukan pembuatan di makmal swasta, borang BK32 perlu diisi dengan persetujuan pesakit. 
  • Beri temujanji rawatan sekiranya pesakit bersetuju dengan rawatan
Pakar / PP 5.9

Rawatan:

  • Bagi kes baru , Pakar Restoratif akan menentukan jenis rawatan restoratif dan perawat. Rekodkan ke dalam LP 8.
  • Bagi kes-kes ulangan yang ada temujanji dengan perawat, beri rawatan mengikut rancangan rawatan restoratif pesakit.
  • Jika rancangan rawatan restoratif berubah, opsyen baharu perlu dibincangkan dengan pesakit.
  • Ambil kebenaran rawatan semula dengan opsyen rawatan baharu yang dipersetujui pesakit
Pakar / PP 5.10

Tentukan samada pesakit memerlukan rujukan:

  • Rujuk pesakit yang memerlukan rawatan  tambahan lain kepada  unit yang berkenaan.
  • Berikan Borang Permohonan Pengimejan Diagnostik untuk mengambil radiograf seperti orthopantomogram (OPG) dan sebagainya, kepada pesakit sekiranya perlu.
PPP 5.11

Berikan temujanji seterusnya sekiranya perlu.

  • Bagi pesakit yang tidak hadir temujanji yang diberikan maka temujanji baru hanya akan diberi sekiranya pesakit tersebut menghubungi semula Klinik Pakar Restoratif untuk penetapan temujanji baru.
  • Jika Pesakit masih tidak hadir pada temujanji tersebut maka kes akan ditamatkan.
PPP 5.12

Kutip bayaran sekiranya perlu dan rekodkan butiran rawatan ke dalam kad rawatan LP 8 dan PG 101 (ruang 31: catatan).

PPP 5.13 Isi borang Senarai Semak Penerimaan Produk Prostodontik Dari Pembekal bagi setiap pembayaran korona, jambatan atau dentur kobalt-kromium. (Rujuk SS7, pada bahagian berkenaan sahaja).
PPP 5.14

Rekodkan hasil kerja harian dalam PG 309 dan bulanan dalam PG 216.

PPP / PPK

5.15 Failkan:
  • Kad rawatan LP 8 mengikut sistem pemfailan kad pesakit luar.
  • Radiograf bersama kad rawatan
     
     
     
 

REKOD KUALITI

No NAMA REKOD TEMPOH SIMPANAN LOKASI
1 Buku Temujanji 1 tahun Bilik rawatan / Kaunter
2 LP 1 pin 1/86 Kad Kedatangan - Disimpan bersama pesakit
3 Kad Rawatan LP 8 - 1 Pin 7/97 7 Tahun Klinik
4 M-BKPNM-BK6 Surat Rujukan 7 Tahun Bersama kad rawatan
5 M-BKPNM-BK8 Surat Penetapan Temujanji 7 Tahun Bersama kad rawatan
6 M-BKPNM-BK9 Surat Pertukaran Temujanji 7 Tahun Bersama kad rawatan
7 M-BKPNM-BK17 Senarai Bahan Dalam Kegunaan dan Tarikh Luput 1 tahun Bilik Rawatan / Pasukan Bergerak / Klinik Statik
8 M-BKPNM-SS1 Senarai Semak Penyelenggaraan Peralatan Pergigian Harian / Mingguan / Bulanan 1 tahun Bilik Rawatan / Pasukan Bergerak / Klinik Statik
9 PG 216 Laporan Bulanan Individu/ Klinik Restoratif/ Negeri Bagi Perkhidmatan Pakar Restoratif 7 tahun Kaunter/ Kaunter Unit Restofatif
10 PG 309 Ringkasa Harian Kedatangan dan Jenis Rawatan di Klinik Restoratif 7 tahun Kaunter/ Kaunter Unit Restofatif
 

Arahan Kerja / Borang Kualiti / Senarai Semak

  Arahan Kerja   
  M-BKPNM-AK 1 pin.01 - PERKHIDMATAN KAUNTER PERGIGIAN AM
  M-BKPNM-AK 2 pin.02 - PEMERIKSAAN, PENCARTAAN PERGIGIAN DAN RAWATAN
  M-BKPNM-AK 4 - PENGAMBILAN X-RAY
  M-BKPNM-AK 5 - PEMBERIAN UBAT- UBATAN
  M-BKPNM-AK 3 - PROSES PEMBERIAN JANJI TEMU
  M-BKPNM-AK 6 - RUJUKAN KE KLINIK PAKAR RESTORATIF
  Borang Kualiti   
  M-BKPNM-BK7 - KEIZINAN PEMBEDAHAN KECIL MULUT
  M-BKPNM-BK8 pin.01 - SURAT PENETAPAN JANJITEMU
  M-BKPNM-BK9 pin.01 - SURAT PERTUKARAN JANJITEMU
  M-BKPNM-BK6 - SURAT RUJUKAN
  M-BKPNM-BK17 - SENARAI BAHAN DALAM KEGUNAAN DAN TARIKH LUPUT
  M-BKPNM-BK34 - BORANG RUJUKAN RESTORATIF
  Senarai Semak   
  M-BKPNM-SS1 pin.02 - SENARAI SEMAK PENYELENGGARAAN PERALATAN PERGIGIAN HARIAN / MINGGUAN / BULANAN
  Dokumen Luaran   
  BKPNM-DL-01 - CAJ RAWATAN PERGIGIAN
  BKPNM-DL-04 - MANUAL KERJA PENYEDIAAN BAHAN PERGIGIAN
  BKPNM-DL-25 - GUIDELINES ON INFECTION CONTROL IN DENTAL PRACTICE
  BKPNM-DL-11 - PANDUAN DAN ARAHAN KEPAKARAN EDISI 1 2008
  Pemilik Dokumen
  Dr. Suhairah Jani
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para
1. 28-01-2013 0 Nota Pindaan
2. 11-08-2016 0 Nota Pindaan
3. 23-08-2017 0 Nota Pindaan
4. 29-01-2018 0 Nota Pindaan
5. 11-02-2021 0 Nota Pindaan
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti