Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2008 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI


BKPNM-PK-AG6 - PERKHIDMATAN KEPAKARAN PERIODONTIK

   
Pindaan : 0
Tarikh Kuatkuasa : 07-08-2023
Objektif Prosedur : Prosedur ini menerangkan langkah-langkah pengendalian pesakit periodontik bagi tujuan pencegahan dan perawatan penyakit periodontium serta pengekalan kesihatan periodontium yang telah dirawat
Skop : Prosedur ini digunapakai bagi rujukan pesakit Periodontik dari semua klinik primer dan semua klinik pakar ke Unit Pakar Periodontik

SINGKATAN / DEFINISI

Tiada Terminologi

CARTA ALIRAN KERJA

 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

 

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

PPP 5.1

Terima rujukan sama ada melalui telefon atau secara bersemuka untuk temujanji pertama

PPP 5.2

Tetapkan temujanji

PT / PPP 5.3

Terima pesakit temujanji bersama dokumen berkaitan sekiranya perlu:

(a)  Surat rujukan sekiranya ada

(b)  Kad temujanji sekiranya ada

(c)  Surat pengesahan majikan sekiranya tidak menggunakan sistem elektronik

(d)  Kad pengenalan

(e) Kad pesara

(f) Surat sekolah

Semak e-GL bagi pesakit berkaitan.

Pastikan pesakit membawa dokumen semasa temujanji berikutnya sekiranya dokumen di atas tiada.

PT / PPP 5.4

Pastikan status pesakit, sama ada temujanji pertama / ulangan.

PPP   5.4.1     Tetapkan temujanji
PKPR / PP  

5.4.2.    Bagi kes rujukan temujanji pertama:

  1. Catatkan butir-butir peribadi pesakit ke dalam kad rawatan periodontik LP12 yang baru atau Pergigian LP8-1/LP8-2 Pin.8/2019 dan pastikan kebenaran untuk rawatan ditandatangani
  2. Kepilkan surat rujukan, surat pengesahan jabatan pada LP12/LP8-1/LP8-2 Pin.8/2019
PPP  

5.4.3   Bagi kes temujanji kedua dan seterusnya:

  1. Cari kad rawatan LP12/LP8-1/LP8-2 Pin.8/2019
PT / PPP 5.5

Daftar kedatangan semua pesakit ke dalam PG101B pind.1/2022 dan PG102 Pind.2/92 (bagi kedatanagan baru tahun semasa). Berikan nombor pendaftaran Unit Pakar Periodontik dan catat ke dalam kad rawatan LP12/LP8-1/LP8-2 Pin.8/2019. Bagi pesakit baru dengan temujanji pertama, berikan borang maklumat sulit perubatan (CMQ - BK 27) untuk di isi oleh pesakit.  

PT / PPP   5.5.1    Rekodkan kedatangan pesakit ke dalam PG102 Pind.2/92 bagi kes temujanji ulangan.
PPP 5.6

Pastikan bahan dan peralatan pergigian telah disediakan.  Rujuk Penyediaan Bahan Pergigian dan Peralatan Pergigian yang berkenaan, termasuk Kaedah Pensterilan dan Disinfeksi serta rekod penyelenggaraan Harian/Mingguan/Bulanan Peralatan Pergigian.

PPP 5.7

Panggil pesakit masuk ke dalam bilik rawatan.

PPP / PP / PKPR / JPPR 5.8

Semak status temujanji, sama ada kes temujanji pertama atau ulangan.

PPP / PKPR / PP / JPPR  

5.8.1    Sahkan maklumat peribadi pesakit dalam LP12 atau LP8-1/LP8-2 Pin.8/2019. Pastikan maklumat latarbelakang perubatan (CMQ - BK 27) diisi dengan tepat dan ditandatangani oleh pesakit dan perawat.

PKPR / PP / JPPR 5.9

Lengkapkan maklumat pergigian seperti dikehendaki di dalam kad LP12 sekiranya berkaitan. Lengkapkan juga maklumat masalah periodontium di dalam kad LP12.

PKPR / PP / JPPR 5.10

Jalankan pemeriksaan menyeluruh dan tentukan:

  • Masalah pesakit.
  • Status kesihatan periodontium.
  • Jalankan prosedur pencartaan periodontium sama ada pencartaan separa iaitu B.P.E. atau pencartaan penuh iaitu FMPA. Bagi pencartaan penuh, rekodkan ke dalam borang pencartaan mengikut peringkat fasa terapi i.e: FMPA-Baseline, FMPA-Reassessment dan FMPA-Supportive Therapy.
  • Rekod segala maklumat yang diperolehi dari pemeriksaan dan catatkan diagnosis (E&D) di dalam kad sambungan LP12c/LP8-1/LP8-2 Pin.8/2019.
  • Jalankan perundingan dan perbincangan dengan pesakit mengenai masalah yang dihadapi, pilihan rawatan yang ada, kerjasama dan tanggungjawab pesakit terhadap penjagaan periodontium serta akibatnya jika tidak menjalani rawatan
  • Catatkan keperluan rawatan sama ada dipersetujui oleh pesakit atau tidak
  • Senaraikan rancangan/ pelan rawatan yang dipersetujui pesakit. Kebenaran rawatan dan prosedur yang dirancang direkodkan dan ditandatangani oleh pesakit bersama saksi ke dalam borang kebeneran rawatan mengikut fasa terapi i.e: Terapi Permulaan, Penilaian semula, dan Fasa Pengekalan.
  • Ambil rekod pesakit seperti model kajian, impresi, radiograf dan fotografi klinikal mengikut keperluan kes
  • Berikan borang radiograf jika perlu
  • Amalkan kawalan jangkitan silang

 

 PKPR / PP / JPPR 5.11

Berikan perundingan:

  • Beri nasihat umum  dan COHI jika bukan masalah periodontik. 
  • Berbincang dengan PKPR atau PP jika kes dilihat oleh JPPR mengenai rawatan
  • Tentukan diagnosa dan rawatan dan jalankan perbincangan. Tentukan keperluan rujukan. Rekod segala perbincangan.
  • Sekiranya terdapat perubahan dalam rancangan/ pelan rawatan asal, rekodkan rancangan rawatan baru yang dipersetujui di dalam borang PGKebenraran/ TPC-OHCIS-2/2016 dan ditandatangani oleh pesakit bersama saksi. 
  • Jika rawatan memerlukan pembuatan korona/jambatan/implant/dentur kobalt kromium, yang memerlukan pembuatan di makmal swasta, borang BK32, Lampiran D (Makmal Swasta), Lampiran E (Makmal Swasta), dan Lampiran F (Makmal Swasta) (bagi kes ulangan) perlu diisi oleh operator (PKPR atau PP) dan pesakit. 
  • Beri temujanji rawatan sekiranya pesakit bersetuju dengan rawatan.
 PKPR / PP / JPPR  5.12

Berikan rawatan yang diperlukan mengikut temujanji dan rekod segala rawatan yang diberikan.

 PKPR / PP / JPPR  5.13 Tentukan keperluan rujukan pesakit.  Buat surat rujukan jika perlu.
 PKPR / PP / JPPR  5.14 Berikan temujanji seterusnya sekiranya perlu.
 PT / PPP  5.15

Bayaran:

  • Terima bayaran sekiranya ada. Catatkan bayaran dan nombor resit ke dalam kad rawatan LP12 atau LP8
  • Terima Surat Pengecualian Jabatan Kebajikan / Surat Pengesahan Jabatan / Surat Pengakuan sekiranya pesakit memohon pengecualian
PT / PPP 5.16

Rekodkan:

  • Catatkan kutipan ke dalam  LP 12/ LP 8-1-1/LP8-2 Pin.8/2019.
  • Hasil kerja direkodkan ke dalam PG PER 201 Pin.2/2022 dan PG211B Pind.1/2022 untuk laporan bulanan.
PT / PPP 5.17

Failkan kad rawatan.

 

 

REKOD KUALITI

No NAMA REKOD TEMPOH SIMPANAN LOKASI
1 Buku Preskripsi Ubat (Perubatan 6A Pin3/96) 5 tahun Bilik rawatan
2 M-BKPNM-BK14 Daftar Keluaran Ubat 2 tahun Bilik Rawatan
3 M-BKPNM-BK17 Senarai Bahan Dalam Kegunaan dan Tarikh Luput 1 tahun Bilik Rawatan / Pasukan Bergerak / Klinik Statik
4 M-BKPNM-BK 24 Borang Siasatan Aduan 5 tahun Pej TPKN(G) / Pej PPD / Klinik
5 PG 102 pin 2/92 Daftar Kedatangan Rawatan berterusan Klinik Ortodontik / Periodontik / Pedodontik / Restoratif 7 Tahun Kaunter / Kaunter Unit Ortodontik / Kaunter Unit Periodontik / Kaunter Unit Restoratif
6 Kad Rawatan LP12 7 Tahun Kaunter Unit Periodontik
7 Buku Log Latihan 2 Tahun Pej TPKN(G) / Pej PPD / Klinik
8 LP 6 Pin 1/86 Kad Makmal 7 Tahun Makmal
9 Kew PA 15 Daftar Penyelenggaraan Harta Modal 3 Tahun Pej TPKN(G) / Pej PPD / Klinik
10 Kew PA 3 Daftar Harta Modal Tiada had Pej TPKN(G) / Pej PPD / Klinik
11 Kad Rawatan L.P.8-2 Pin8/2019 7 tahun kaunter
12 M-BKPNM-SS7 Senarai Semak Penerimaan Produk Prostetik Dari Pembekal 7 tahun Klinik
13 Lampiran1/BP Borang rujukan pesakit dengan tekanan darah tidak normal 7 tahun Klinik
14 Lampiran D (Makmal Swasta) Borang Persetujuan pesakit/ penjaga bagi bekalan perkhidmatan oleh pembekal swasta 7 tahun Unit Pakar Periodontik
15 Lampiran E (Makmal Swasta) Borang penilaian prestasi bekalan perkhidmatan oleh pembekal swasta 7 tahun Unit Pakar Periodontik
16 Lampiran F (Makmal Swasta) Borang Persetujuan pesakit/ penjaga bagi kes ulangan penghantaraan semula bekalan perkhidmatan oleh pembekal swasta 7 tahun Unit Pakar Periodontik
17 PG101B (Pind.1/2022) Daftar Pesakit Harian 7 tahun Kaunter
18 M-BKPNM-BK13 pin.01 Daftar Pengambilan x-ray 2 tahun Bilik Rawatan
19 M-BKPNM-BK15 Maklumbalas pelanggan perkhidmatan pergigian 7 tahun Klinik
20 M-BKPNM-BK18 pin.02 Borang ujian parameter autoklaf 2 tahun Klinik
21 M-BKPNM-BK25 Borang keizinan pembedahan periodontik 7 tahun Unit Pakar Periodontik
22 M-BKPNM-BK32 Borang perkhidmatan makmal swasta 7 tahun Unit Pakar Periodontik
23 M-BKPNM-SS1 pin.01 Senarai Semak Penyelenggaraan Peralatan Pergigian Harian/ Mingguan/ Bulanan 1 tahun Bilik Rawatan/ Pasukan Bergerak/ Klinik Statik
24 M-BKPNM-SS3 Pin 04 Senarai Semak Penerimaan Bekalan 5 tahun Pej TPKN(G)/ Pej PPD/ Klinik
25 KEW PA 9 Borang permohonan pergerakan/ pinjaman aset alih Klinik
26 KEW PA 10 Borang aduan kerosakan aset alih Klinik
27 M-BKPNM-BK 26 Borang Tindakan Pencegahan 2 tahun Pej TPKN(G) / Pej PPD / Klinik
28 PG PER 201 Pin.2/2022 Laporan Bulanan Individu/ Klinik Periodontik/ Negeri bagi Perkhidmatan Pakar Periodontik Unit Pakar Periodontik
29 PG211B Pind.1/2022 Laporan Bulanan Klinik Periodontik/ Negeri bagi Perkhidmatan Pakar Periodontik Unit Pakar Periodontik
30 PGKebenaran/ TPC-OHCIS-2/2016 Borang kebenaran rawatan Unit Pakar Periodontik
31 Buku Temujanji 1 tahun Bilik Rawatan/ Kaunter
32 LP 1 pin1/86 Kad Kedatangan Disimpan bersama pesakit
33 Buku Sijil Cuti Sakit (Perubahan 9 Pin 15/93) 5 tahun Bilik Rawatan
34 KEW PA 14 Senarai Aset Alih Kerajaan Yang Memerlukan Penyelenggaraan (online) 2 tahun Pej PPD
35 KEW PA 2/ KEW 312 Daftar Harta Modal Tiada Had Pej TPKN(G)/ Pej PPD/ Klinik
36 M-BKPNM-BK39 Borang Kebenaran Rawatan (Terapi Permulaan) Unit Pakar Periodontik
37 M-BKPNM-BK40 Borang Kebenaran Rawatan (Penilaian Semula) Unit Pakar Periodontik
38 M-BKPNM-BK41 Borang Kebenaran Rawatan (Fasa Pengekalan) Unit Pakar Periodontik
 

Arahan Kerja / Borang Kualiti / Senarai Semak

  Arahan Kerja   
  M-BKPNM-AK 1 pin.01 - PERKHIDMATAN KAUNTER PERGIGIAN AM
  M-BKPNM-AK 2 pin.02 - PEMERIKSAAN, PENCARTAAN PERGIGIAN DAN RAWATAN
  M-BKPNM-AK 4 - PENGAMBILAN X-RAY
  M-BKPNM-AK 3 - PROSES PEMBERIAN JANJI TEMU
  M-BKPNM-AK 5 - PEMBERIAN UBAT- UBATAN
  M-BKPNM-AK10 pin.01 - PROTOKOL KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN PESAKIT LUAR
  Borang Kualiti   
  M-BKPNM-BK17 - SENARAI BAHAN DALAM KEGUNAAN DAN TARIKH LUPUT
  M-BKPNM-BK14 - DAFTAR KELUARAN UBAT
  M-BKPNM-BK25 - BORANG KEIZINAN PEMBEDAHAN PERIODONTIK
  M-BKPNM-BK26 pin.01 - SURAT RUJUKAN KLINIK PAKAR PERIODONTIK
  M-BKPNM-BK27 - CMQ KENYATAAN SULIT PERUBATAN
  M-BKPNM-BK6 - SURAT RUJUKAN
  Lampiran 1/BP - BORANG RUJUKAN PESAKIT DENGAN TEKANAN DARAH TIDAK NORMAL
  LAMPIRAN D (MAKMAL SWASTA) - BORANG PERSETUJUAN PESAKIT/PENJAGA BAGI BEKALAN PERKHIDMATAN OLEH PEMBEKAL SWASTA
  LAMPIRAN F (MAKMAL SWASTA) - BORANG PERSETUJUAN PESAKIT/PENJAGA BAGI KES ULANGAN/PENGHANTARAN SEMULA BEKALAN PERKHIDMATAN OLEH PEMBEKAL SWASTA
  LAMPIRAN E (MAKMAL SWASTA) - BORANG PENILAIAN PRESTASI BEKALAN PERKHIDMATAN OLEH PEMBEKAL SWASTA
  M-BKPNM-BK15 - BORANG MAKLUMBALAS PELANGGAN PERKHIDMATAN PERGIGIAN
  M-BKPNM-BK18 pin.02 - UJIAN PARAMETER AUTOKLAF
  M-BKPNM-BK39 - BORANG KEBENARAN RAWATAN (TERAPI PERMULAAN)
  M-BKPNM-BK40 - BORANG KEBENARAN RAWATAN (PENILAIAN SEMULA)
  M-BKPNM-BK41 - BORANG KEBENARAN RAWATAN (FASA PENGEKALAN)
  Senarai Semak   
  M-BKPNM-SS4 - SENARAI SEMAK PENYELENGGARAAN BULANAN PERALATAN MAKMAL
  M-BKPNM-SS1 pin.02 - SENARAI SEMAK PENYELENGGARAAN PERALATAN PERGIGIAN HARIAN / MINGGUAN / BULANAN
  Dokumen Luaran   
  BKPNM-DL-01 - CAJ RAWATAN PERGIGIAN
  BKPNM-DL-05 - MANUAL OPERASI PENYELENGGARAAN PERALATAN PERGIGIAN
  BKPNM-DL-12 - SURAT PEKELILING AM : PERATURAN PEMELIHARAAN REKOD-REKOD KERAJAAN
  BKPNM-DL-11 - PANDUAN DAN ARAHAN KEPAKARAN EDISI 1 2008
  BKPNM-DL-47 - TATACARA BEKALAN PERKHIDMATAN OLEH PEMBEKAL SWASTA DI FASILITI KESIHATAN PERGIGIAN
  Pemilik Dokumen
  Dr. Suhairah Jani
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para
1. 24-09-2013 0 Nota Pindaan
2. 14-04-2015 0 Nota Pindaan
3. 11-08-2016 0 Nota Pindaan
4. 23-08-2017 0 Nota Pindaan
5. 29-01-2018 0 Nota Pindaan
6. 29-01-2018 0 Nota Pindaan
7. 05-04-2023 0 Nota Pindaan
8. 07-08-2023 0 Nota Pindaan
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti