Laman Utama   Bantuan  
   
     

PROSEDUR KUALITI

PS-BKPPLS-PK-Q5 - KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

   
Pindaan : 12
Tarikh Kuatkuasa : 14-04-2023
Objektif Prosedur : Prosedur ini menerangkan langkah-langkah untuk mengukur tahap kepuasan pelanggan dalaman dan luaran terhadap pengurusan dan perkhidmatan pergigian yang diberi supaya penambahbaikan berterusan tercapai.
Skop : Prosedur ini digunapakai untuk mengendalikan kajian kepuasan pelanggan yang akan dijalankan di Klinik-klinik di Bahagian Kesihatan Pergigian Perlis
 

SINGKATAN / DEFINISI

JT Juruteknologi Pergigian
PPD Pegawai Pergigian Daerah
UKKP Urusetia Kajian Kepuasan Pelanggan
KTP Ketidakpatuhan merujuk kepada prosedur perkhidmatan, proses-proses dan sebagainya yang tidak memenuhi keperluan yang ditetapkan.
WP Wakil Pengurusan
Pelanggan Dalaman Penjawat Awam di Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Perlis
AJK MSISO Ahli jawatankuasa MSISO
JPK U32 Juruterapi Pergigian Kanan U32
MKSP Mesyuarat Kaji Semula Pengurusan
 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

WP/UKKP 5.1 Merancang untuk menjalankan kajian kepuasan pelanggan mengikut keperluan tahun semasa dengan menetapkan :
  • Kekerapan *
  • Tempoh kajian *    
  • Sampel kajian *

          * ( mengikut keperluan tahun semasa)

UKKP 5.2 Menyediakan dan mengedarkan  borang–borang  kajian( PS-BKPPLS-BK22,PS-BKPPLS-BK23,PS-BKPPLS-BK25) kepada fasiliti yang terlibat  mengikut bilangan sampel yang ditentukan.
 
Pakar Ortodontik / pakar Restoratif / pakar Periodontik / PPYM 5.3 Mengedar dan menjalankan kajian
5.3.1 Pelanggan Luaran
    i) Pesakit atau penjaga pesakit yang menerima perkhidmatan di klinik pergigian  
   
  • Jalankan kajian menggunakan borang  PS-BKPPLS-BK22 kepada pesakit atau penjaga pesakit yang berumur 18 tahun dan ke atas yang menerima perkhidmatan kesihatan pergigian di Klinik Pergigian Primer dan Klinik Pergigian Pakar Non-hospital based (Klinik Pakar Ortodontik, Klinik Pakar Periodontik dan Klinik Pakar Restoratif)
  • Bantu pesakit sekiranya tidak memahami soalan yang dikemukakan.
  • Kumpul semula borang yang diedarkan pada hari yang sama.
 
    ii) Sekolah
  • Jalankan kajian menggunakan Borang Kajian PS-BKPPLS-BK23 kepada pesakit;

             - Sekolah rendah (murid sekolah berumur 12 tahun)

            - Sekolah menengah ( murid sekolah berumur 16 tahun) 

  • Bantu pesakit sekiranya tidak memahami soalan yang dikemukakan.      
  • Kumpul semula borang yang diedarkan pada hari yang sama.
  5.3.2 Pelanggan Dalaman
     
 
PPD/PPYM/UKKP  
  • Jalankan kajian menggunakan  borang  PS-BKPPLS-BK25 kepada kakitangan Pejabat TPKN(G),Klinik Pergigian Primer dan Klinik Kepakaran melalui PPD mengikut bilangan sampel yang telah ditentukan oleh UKKP bagi setiap fasiliti yang terlibat.
  • Kumpul semula borang dan serahkan kepada UKKP untuk dianalisa.
 
  5.4 Analisa Kajian
   

5.4.1 Pelanggan Luaran

PPD/ Pakar Ortodontik/ Pakar Restoratif / Pakar Periodontik / PPYM/UKKP

 
  • Jalankan analisa kajian di peringkat klinik masing-masing.
  • Senaraikan semua komen/ cadangan yang berasas serta tindakan yang diambil.
  • Keputusan analisa di hantar kepada PPD dan UKKP untuk dianalisa di peringkat Kawasan dan Negeri
UKKP  

5.4.2  Pelanggan Dalaman

   
  • Analisa maklumat daripada borang yang dilengkapkan oleh responden
  • Senaraikan semua komen / cadangan yang berasas serta tindakan yang diambil.
  5.5 Tindakan Pembetulan

WP / PPD / Pakar Ortodontik/ Pakar Restoratif/ Pakar Periodontik  / PPYM  

 
  • Pastikan tindakan pembetulan  diambil jika perlu.
  • Catat dalam Laporan Ketidakpatuhan (PS-BKPPLS-BK9) jika perlu .
  • Nilai keberkesanan tindakan yang diambil .
PPD/ Pakar Ortodontik / Pakar Restoratif / Pakar Periodontik PPYM / UKKP 5.6  Laporan kajian 
   
Sediakan laporan kajian mengikut perancangan yang ditetapkan oleh UKKP.
  • Pelanggan Luaran disediakan di peringkat klinik , kawasan dan negeri
  • Pelanggan Dalaman disediakan di peringkat negeri.
WP /UKKP 5.7 Pembentangan Laporan
   
  • Bentang laporan kajian semasa Mesyuarat Kaji Semula Pengurusan.
 

REKOD KUALITI

NO.

NAMA REKOD

TEMPOH SIMPANAN

 1. PS-BKPPLS-BK22    Borang Kajiselidik Pesakit Luar 1 Tahun
 2. PS-BKPPLS-BK23    Borang kajiselidik Perkhidmatan Pergigian Sekolah (untuk murid sekolah) 1 Tahun
 3. PS-BKPPLS-BK 25   Kajian Kepuasan Pelanggan Dalaman (pejabat) 1 Tahun
 4. PS-BKPPLS-BK9      Laporan Ketidakpatuhan 3 Tahun
     
 

KLAUSA MS ISO 9001

Tiada Klausa MS ISO
 

RUJUKAN

  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  PS-BKPPLS-BK09 - Laporan Ketidakpatuhan (KTP)
  PS-BKPPLS-BK22 - Borang Kajiselidik Pesakit Luar
  PS-BKPPLS-BK23 - Borang Kajiselidik Perkhidmatan Pergigian Sekolah (Untuk Murid Sekolah)
  PS-BKPPLS-BK25 - Kajian Kepuasan Pelanggan Dalaman
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  Tiada
  Pengurusan Risiko   
  PS-BKPPLS-PR 21 - KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN
  PS-BKPPLS-PR-A - RISIKO
  Pemilik Dokumen
  Cik Low Lu Gor a/p Bon Pan
Pn Goh Cheng Yan
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
1. 14-04-2023 12 Nota Pindaan Approver 1
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti