e-ISO Sistem Pengurusan Kualiti
Laman Utama   Bantuan  
   
     

PROSEDUR KUALITI

BKPP-PK-A02 - PENGENDALIAN PESAKIT LUAR DAN TEMUJANJI

   
Pindaan : 4
Tarikh Kuatkuasa : 11-07-2023
Objektif Prosedur : Prosedur ini menggariskan langkah-langkah pengendalian perkhidmatan pesakit luar dan temujanji di Klinik Pergigian Primer dan Klinik Pakar Ortodontik/Restoratif/Periodontik bagi tujuan pencegahan/pemulihan/rawatan.
Skop : Prosedur ini digunapakai oleh semua pesakit di Klinik Pergigian Primer dan Klinik Pakar Ortodontik/Periodontik/Restoratif di bawah Bahagian Kesihatan Pergigian Perak.
 

SINGKATAN / DEFINISI

PPP Pembantu Pembedahan Pergigian
PPK Pembantu Perawatan Kesihatan
P Resto Pakar Restoratif
P Perio Pakar Periodontik
PP Pegawai Pergigian
Periodontik Disiplin Pergigian yang melibatkan pembaikan dan rawatan tisu penyokong gigi iaitu gingiva, ligamen periodontium, tulang alveolus dan simentum
Restoratif Disiplin Pergigian yang melibatkan pembaikbentukkan/penggantian tisu lembut/tisu keras yang hilang dengan fabrikasi aplian dan restorasi yang berkaitan
Ortodontik Disiplin Pergigian yang melibatkan pembetulan susunan gigi dan struktur pergigian yang tidak teratur
Rawatan Aktif Fasa rawatan yang melibatkan gerakan gigi
Rekod Pra Rawatan Radiograf dan model gigi pesakit yang perlu untuk tujuan diagnosa dan perancangan rawatan
P Orto Pakar Ortodontik
JP Orto Juruterapi Pergigian Ortodontik
JP Perio Juruterapi Pergigian Periodontik
JP Juruterapi Pergigian
 

OBJEKTIF PROSES

OBJEKTIF PROSES AM

Pesakit akan diperiksa oleh perawat dalam tempoh seperti yang ditetapkan dan diberi rawatan yang sewajarnya. 

OBJEKTIF SUB-PROSES

Bagi kes rujukan pakar :

Ortodontik:

Tempoh menunggu Perundingan 1 tidak melebihi 3 bulan.

Periodontik:

Semua rujukan diberi temujanji pertama dalam masa 1 bulan.

Restoratif:

Pesakit rujukan diberi temujanji pertama untuk rawatan dalam masa 2  bulan (>50%)  

 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

 

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

 Petugas Kaunter

1

Terima pesakit bersama dokumen pengenalan sama ada:
  • Kad Pengenalan / lain-lain dokumen pengenalan diri (Warga Asing)
  • Sijil Kelahiran/Kad MyKid
  • Surat rujukan
  • Kad temujanji LP1/ MyVAS
  • Surat Akuan Jabatan/Majikan/eGL
  • Kad Pesara

 Petugas Kaunter

2
 

Semak dokumen dan kenalpasti kes:
  • Sekiranya pesakit baru, sediakan kad rawatan.
  • Sekiranya pesakit ulangan/temujanji, cari kad rawatan LP8 /LP7/LP12.
Petugas Kaunter 3

Daftarkan pesakit dalam sistem Gi-Ret untuk Klinik Pergigian Primer dan PG 101B untuk Unit Kepakaran.

Petugas Kaunter

4

Kutip bayaran untuk pendaftaran, jika perlu.

PPP/PPK 5 Pastikan peralatan pergigian telah disediakan dan bahan-bahan yang digunakan mencukupi.

PP/JP

6

Ambil bacaan tekanan darah bagi pesakit berumur 18 tahun dan ke atas mengikut keperluan (rujuk BKPP-DL33 SOP Proses Pengambilan Tekanan Darah Pesakit di Klinik Pergigian).

 

 

A.   BAGI KES PESAKIT LUAR
PP/JP 1
Rekodkan butiran rawatan dalam Kad LP 8.
PP/JP 2 Jalankan rawatan yang diperlukan.
PP/JP 3 Rujuk pesakit untuk rawatan lanjut jika perlu (rujuk BKPP-AK 04 Rujukan). Bagi kes rujukan Ortodontik/Restoratif/Periodontik perlu menggunakan borang rujukan yang ditetapkan oleh Unit Kepakaran Ortodontik/Restoratif/Periodontik.
PPP/JP 4 Beri temujanji susulan, jika perlu (rujuk BKPP-AK 05 Temujanji).
JP/PP

5

Kunci masuk maklumat ke dalam sistem Gi-Ret.
    B.   BAGI KES ORTODONTIK
  1.0 Perundingan I:
 P Orto 1.1 Bincangkan perkara seperti:
  • Jenis rawatan
  • Tempoh rawatan
  • Risiko
  • Tentukan bayaran sekiranya perlu
 P Orto 1.2 Tentukan sama ada rawatan perlu dimulakan segera.
PPP 1.3 Daftar kes dalam senarai menunggu sekiranya kes tidak perlu dimulakan segera.
PPP 1.4 Berikan temujanji sekiranya rawatan dimulakan (Kes Interseptif).
 P Orto/JP Orto 1.5 Ambil Rekod Pra rawatan yang perlu (rujuk BKPP-AK03 Pengambilan Radiograf).
  2.0   Perundingan II:
P Orto 2.1 Rancangkan keperluan rawatan berdasarkan rekod pra rawatan.
P Orto 2.2 Maklumkan pesakit tentang rawatan yang telah dirancang.
P Orto 2.3 Dokumenkan dalam kad rawatan sekiranya pesakit tidak setuju dengan perancangan rawatan atau memilih opsyen rawatan yang lain.
PPP 2.4 Beri temujanji rawatan sekiranya pesakit bersetuju dengan rawatan.
P Orto 2.5 Buat rujukan sekiranya perlu (rujuk BKPP-AK 04 Rujukan)
  3.0   Rawatan Ortodontik:
P Orto/JP Orto 3.1 Berikan rawatan yang perlu.
 PPP 3.2 Beri temujanji untuk rawatan susulan sehingga kes selesai.
Petugas Kaunter 3.3 Terima bayaran sekiranya perlu dan catatkan nombor resit/ kupon dalam kad rawatan LP7 dan PG 101B.
    C.   BAGI KES PERIODONTIK/RESTORATIF
P Perio/P Resto/PP/JP Perio 1 Lakukan pemeriksaan, rekodkan nota klinikal dalam kad rawatan dan dapatkan kebenaran rawatan.

P Perio/P Resto/PP/JP Perio

2 Beri rawatan yang diperlukan:
  1. Bagi kes temujanji pertama, Pakar Periodontik/Pakar Restoratif akan menentukan jenis rawatan.
  2. Beri temujanji untuk rawatan susulan sehingga kes selesai.

P Perio/P Resto/PP/JP Perio

3 Tentukan sama ada pesakit perlukan rujukan.

Petugas Kaunter

4 Terima bayaran sekiranya perlu dan catatkan nombor resit/ kupon dalam kad rawatan LP8/ LP12 dan PG 101B.

P Perio/P Resto/PP/JP Perio

5 Rekodkan reten Harian/Bulanan.
PPP/PPK 6 Failkan kad-kad rawatan dan simpan model kajian dan radiograf pesakit.
  • Lengkapkan BKPP-BK 21 Pemonitoran Masa Menunggu Rawatan untuk pemantauan masa menunggu rawatan pada hujung hari.
 

REKOD KUALITI

NO.

NAMA REKOD

TEMPOH SIMPANAN

LOKASI

1

LP1 Kad Temujanji 

Tiada Had

Disimpan oleh pesakit

 2

LP8 / LP 7 / LP12 Kad Rawatan Pesakit  

7 tahun Klinik Pergigian
3 Borang-borang berkaitan Fixed Format Report (FFR) Bagi Perkhidmatan Kesihatan Pergigian 2-5 tahun Klinik Pergigian
4 BKPP-BK 21 Pemonitoran Masa Menunggu Rawatan 3 tahun Klinik Pergigian
 

RUJUKAN

  Arahan Kerja   
  BKPP-AK 03 - PENGAMBILAN RADIOGRAF
  BKPP-AK 04 - RUJUKAN
  BKPP-AK 05 - TEMUJANJI
  BKPP-AK 06 - PENGENDALIAN SISA KLINIKAL
  BKPP-AK 07 - PENGENDALIAN INSIDEN KEMALANGAN PEKERJAAN
  Borang Kualiti   
  BKPP-BK 21 - PEMONITORAN MASA MENUNGGU RAWATAN
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  BKPP-DL02 - Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 1 Tahun 2009 Penambahbaikan Proses Pengurusan Aduan Awam
  BKPP-DL23 - Guidelines On Infection Control In Dental Practice 2017
  BKPP-DL29 - Akta Fee
  BKPP-DL45 - Antibiotic Prophylaxis In Oral And Maxillofacial Surgery For Prevention Of Surgical Site Infection (3rd Edition)
  BKPP-DL50 - Management of the Unerupted and Impacted Third Molar Teeth (2nd edition 2021)
  BKPP-DL51 - Management of Mandibular Condyle Fractures (June 2019)
  BKPP-DL54 - Management of Unerupted Maxillary Incisor (Nov 2015)
  BKPP-DL33 - SOP Proses Pengambilan Tekanan Darah Pesakit Di Klinik Pergigian
  BKPP-DL48 - Management Of Periodontal Abscess (2nd edition)
  BKPP-DL75 - Garis Panduan Pengurusan Penyakit & Kondisi Periodontium Serta Peri-Implan Pergigian Di Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Primer)
  Pemilik Dokumen
  Dr. Herni Suyanti Binti Jamal
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
1. 11-07-2023 4 Nota Pindaan Approver 1
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti