e-ISO Sistem Pengurusan Kualiti
Laman Utama   Bantuan  
   
     

PROSEDUR KUALITI

BKPP-PK-A04 - PERKHIDMATAN PERGIGIAN SEKOLAH

   
Pindaan : 5
Tarikh Kuatkuasa : 14-08-2024
Objektif Prosedur : Prosedur ini menggariskan langkah-langkah untuk mengendalikan perkhidmatan pergigian sekolah melalui Pasukan Pergigian Bergerak, Klinik Pergigian Bergerak atau Klinik Pergigian Statik Sekolah untuk meningkatkan tahap kesihatan pergigian murid-murid ke arah pencapaian status kesihatan "orally-fit".
Skop : Prosedur ini digunapakai bagi melaksanakan perkhidmatan pergigian melalui Pasukan Pergigian Bergerak, Klinik Pergigian Bergerak atau Klinik Pergigian Statik Sekolah di sekolah-sekolah di bawah jagaan Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah.
 

SINGKATAN / DEFINISI

PPD Pegawai Pergigian Daerah
PPYM Pegawai Pergigian Yang Menjaga
PPP Pembantu Pembedahan Pergigian
PPK Pembantu Perawatan Kesihatan
PYDP Pegawai Yang Dipertanggungjawabkan
PP Pegawai Pergigian
JP Juruterapi Pergigian
PJP Penyelia Juruterapi Pergigian
JPK Juruterapi Pergigian Kanan
 

OBJEKTIF PROSES

OBJEKTIF PROSES AM

Mencapai kadar status "orally-fit" yang ditetapkan.

 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

 
 

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

  A AKTIVITI RAWATAN
 
  1. Persediaan sebelum jalankan program:
 
Pentadbir Gi-Ret Daerah 1.1 Muat turun senarai nama sekolah daripada sistem Kementerian Pendidikan Malaysia ke dalam sistem Gi-Ret. Buat penetapan sekolah mengikut klinik pergigian.
 
Pentadbir Gi-Ret Daerah 1.2 Kenalpasti dan agihkan senarai nama sekolah kepada kilinik-klinik dibawah seliaan.
 
PP/ JP 1.3 Sediakan jadual lawatan tentatif dan hantar kepada PPYM/ PPD.
 
JP/ PPP/ PPK 1.4 Semak dan susun kad mengikut kelas.
a) Bagi murid yang tiada kad, sediakan kad baru.
b) Bagi murid lama, kesan kad-kad lama.
PP/JP/ PPP/ PPK 1.5 Pastikan kebenaran rawatan daripada ibubapa / penjaga dan tandatangan saksi diperolehi sebelum rawatan dimulakan mengikut garispanduan yang berkaitan (rujuk BKPP-DL66 Pengurusan Kebenaran Rawatan Pergigian KKM).
 
  2. Persiapan sebelum lawatan
 
PP/ JP/ PPP/ PPK 2.1 Edarkan surat kebenaran untuk menjalankan rawatan pergigian di sekolah kepada Guru Besar / Pengetua Sekolah.
 
PP/ JP/ PPP/ PPK/ Pemandu 2.2 Uruskan penggunaan kenderaan dan pastikan keperluan untuk Pasukan Pergigian Bergerak / Klinik Pergigian Bergerak / Klinik Pergigian Sekolah:
Rujuk BKPP-DL43 Garis Panduan Pengendalian Perkhidmatan Pergigian Outreach Melalui Pasukan Pergigian Bergerak, Klinik Pergigian Bergerak dan Makmal Pergigian Bergerak (KKM).
PP/ JP/ PPP/ PPK 2.3 Hubungi sekolah melalui telefon atau jumpa Pengetua / Guru Besar / Guru HEM / Guru Kesihatan bagi pengesahan lawatan.
 
  3. Semasa Lawatan
 
PP/JP 3.1 Jumpa Guru Besar / Pengetua / Guru HEM / Guru Kesihatan. Maklumkan tujuan Pasukan Pergigian Bergerak (PPB) / Klinik Pergigian Bergerak.
 
PP/ JP/ PPP/ PPK 3.2 Rujuk kepada pihak sekolah untuk mendapatkan ruang kerja yang sesuai bagi Pasukan Pergigian Bergerak /  klinik Pergigian Bergerak.
 
JP/ PPP/ PPK/ Pemandu 3.3 Sediakan peralatan dan bahan-bahan pergigian untuk rawatan di PPB / Klinik Pergigian Bergerak.
 
PP/ JP/ PPP/ PPK 3.4 Kenalpasti dan panggil murid untuk pemeriksaan / rawatan.
 
PP/ JP/ PPP/ PPK 3.5 Amalkan kawalan jangkitan silang semasa pemeriksaan / rawatan pergigian.
 
PP/ JP/ PPP/ PPK 3.6 Semasa pemeriksaan mulut dilakukan, dapatkan maklumat berikut dan rekodkan ke dalam LP8 :
3.6.1 Pencartaan dan diagnosa
3.6.2 Periksa status gingiva menggunakan Gingival Index For Schoolchildren (GIS)
3.6.3 Periksa status gingiva menggunakan Basic Periodontal Examination (BPE) bagi pelajar 15 tahun ke atas di sekolah terpilih (rujuk  BKPP-DL75 Garis Panduan Pengurusan Penyakit & Kondisi Periodontium Serta Peri-Implan Pergigian Di Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Primer)
3.6.4 Rekodkan Status merokok.
PP/ JP 3.7 Beri rawatan kepada murid yang memerlukan rawatan. Jika rawatan cabutan gigi tidak longgar diperlukan, dapatkan kebenaran tambahan (rujuk borang PGKebenaran/Sekolah-Tambahan/2016).  
 
PP/ JP 3.8 Rujuk murid yang memerlukan rawatan susulan kepada pegawai / pakar yang berkaitan (Rujuk BKPP-AK 04- Rujukan)
 
PP/ JP/ PPP/ PPK 3.9 Jika berlaku kecederaan, rujuk BKPP-AK 07 - Pengendalian Insiden Kemalangan Pekerjaan.
 
PP/ JP/ PPP/ PPK
 
 
PP/ JP
3.10
 
 
3.11
Setelah selesai rawatan pada setiap hari, semua sisa klinikal hendaklah dibuang mengikut prosedur.
(Rujuk BKPP-AK 06- Pengendalian Sisa Klinikal)  
 
Merekodkan hasil pemeriksaan ke dalam sistem Gi-Ret.
 
  B. AKTIVITI PENDIDIKAN KESIHATAN PERGIGIAN
 
PP/ JP 1. Rancang tarikh ceramah, Latihan Memberus Gigi dan beritahu Guru HEM / Kesihatan / Kelas.
 
PP/ JP/ PPP/ PPK 2. Kumpul murid untuk aktiviti Pendidikan Kesihatan Pergigian seperti yang telah ditetapkan.
 
PP/ JP 3. Laksanakan aktiviti Pendidikan Kesihatan Pergigian. Arahkan murid kembali ke kelas setelah selesai.
 
PP/ JP 4. Merekodkan aktiviti Pendidikan Kesihatan Pergigian ke dalam sistem Gi-Ret.
 
  C. SELESAI LAWATAN (RAWATAN DAN AKTIVITI PENDIDIKAN KESIHATAN PERGIGIAN)
 
PP/ JP 1. Maklumkan Pengetua/ Guru Besar/ Guru HEM/ Kesihatan sekolah setelah tamat rawatan sekolah.
 
PP/ JP 2. Sediakan Laporan Taraf Kesihatan Mulut dan serahkan kepada Pengetua/ Guru Besar/ Guru HEM/ Kesihatan sekolah.
 
PP/ JP/ PPP/ Pegawai Promosi Klinik 3. Penjanaan laporan yang berkaitan dan disimpan selepas selesai rawatan pergigian melalui Sistem Giret 2.0. Tertakluk kepada perubahan semasa Sistem Giret 2.0.
Setiap laporan hendaklah disemak oleh PPYM sekolah terlibat sebelum ditutup dan dijana dari Sistem Giret 2.0.
     
 
     
 
 

REKOD KUALITI

NO.

NAMA REKOD

TEMPOH SIMPANAN

LOKASI

1. BKPP- BK 25 – Borang Laporan Taraf Kesihatan Mulut  1 tahun Pejabat/ Klinik
       
       
       
       
       
       
       
       
       
       
       
 

RUJUKAN

  Arahan Kerja   
  BKPP-AK 04 - RUJUKAN
  BKPP-AK 06 - PENGENDALIAN SISA KLINIKAL
  BKPP-AK 07 - PENGENDALIAN INSIDEN KEMALANGAN PEKERJAAN
  Borang Kualiti   
  BKPP-BK 25 - BORANG LAPORAN TARAF KESIHATAN MULUT
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  BKPP-DL20 - Buku Panduan Kesihatan Pergigian
  BKPP-DL22 - Guidelines For A School Based Fissure Sealant Programme
  BKPP-DL23 - Guidelines On Infection Control In Dental Practice 2017
  BKPP-DL43 - Garis Panduan Pengendalian Perkhidmatan Pergigian Outreach Melalui PPB, KPB dan MPB
  BKPP-DL44 - Garis Panduan Penutupan klinik Pergigian Sekolah (KPS) dan Pusat Pergigian Sekolah (PPS)
  BKPP-DL19 - Panduan & Arahan Fixed Format Report (FFR) Bagi Perkhidmatan Kesihatan Pergigian (PRIMER)
  BKPP-DL57 - Gingival Index For School Children (GIS) 2013 + Addendum
  BKPP-DL58 - Garis Panduan Program Kesihatan Oral Tanpa Amalan Merokok (KOTAK) Menerusi Perkhidmatan Pergigian Sekolah (edisi Kedua)
  BKPP-DL42 - Garis Panduan Program Kampung Angkat Pergigian
  BKPP-DL66 - Pengurusan Kebenaran Rawatan Pergigian KKM
  BKPP-DL67 - Guidelines Oral Healthcare For Young Adults In Malaysia
  BKPP-DL70 - Prosedur Operasi Standard Latihan Memberus Gigi
  BKPP-DL32 - Guidelines Clinical Prevention Programme For Caries
  BKPP-DL09 - Panduan Dan Arahan Pengisian Kad Rawatan Pergigian LP8 2019
  BKPP-DL18 - Garis Panduan Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Sekolah
  BKPP-DL75 - Garis Panduan Pengurusan Penyakit & Kondisi Periodontium Serta Peri-Implan Pergigian Di Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Primer)
  Pemilik Dokumen
  Dr. Najwa binti Mohd. Khir
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
1. 14-08-2024 5 Nota Pindaan Approver 1
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti