Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2008 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI

WPKL-BKP(G)-PK Q3 - Tindakan Pembetulan

   
Pindaan : 1
Tarikh Kuatkuasa : 08-04-2021
Objektif Prosedur :

Prosedur ini menggariskan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengendalikan tindakan pembetulan dengan mengenalpasti punca masalah/ ketakakuran/ produk yang tidak memenuhi keperluan/ spesifikasi supaya tindakan yang diambil dapat menghapus punca kelemahan/ ketakakuran dan seterusnya dapat menghalangnya dari berulang dalam Sistem Pengurusan Kualiti , Bahagian Kesihatan Pergigian JKWPKL & Putrajaya.

Skop :

Prosedur ini digunapakai di semua peringkat oleh anggota semasa menjalankan tindakan pembetulan di Pejabat Bahagian Kesihatan Pergigian JKWPKL & Putrajaya dan semua klinik-klinik pergigian Bahagian Kesihatan Pergigian JKWPKL & Putrajaya.

SINGKATAN / DEFINISI

1. Ketakakuran (Nonconformity/ conformance) Ketidakpatuhan kepada keperluan yang ditetapkan dalam Manual Kualiti dan Prosedur Kerja berdasarkan piawaian MS ISO 9001:2015.
2. Pembetulan (Correction) Tindakan yang diambil untuk membaiki ketakakuran.
 3. Tindakan Pembetulan (Corrective Action) Tindakan yang diambil untuk menghapus punca ketakakuran supaya ianya tidak berulang lagi.
 4. KK SPK Ketua Koordinator Sistem Pengurusan Kualiti.
 5. PPD Pegawai Pergigian Daerah.
 6. PPYM Pegawai Pergigian Yang Menjaga.
 7. KU Ketua Unit.
 8. MKSP Mesyuarat Kaji Semula Pengurusan.
 9. TMK (Tidak memenuhi keperluan) Merujuk kepada produk tidak memenuhi keperluan/ spesifikasi/ standard yang ditetapkan.
10. Output / Outcome Sub-proses/ proses/ pencapaian perkhidmatan/ Produk perkhidmatan (contoh perkhidmatan makmal seperti dentur, aplians).
 

SASARAN

 

CARTA ALIRAN KERJA

 

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

 PPYM/KU

 1.0

Kenalpasti aspek-aspek ketakakuran yang mana tindakan pembetulan perlu diambil berdasarkan documented information daripada sumber-sumber berikut:-

  • Laporan Tindakan Pembetulan (Audit) WPKL-BKP(G)-BK37A.
  • Laporan Audit Dalaman (ISO/KKM/JKN)/ Luaran.
  • Borang Tindakan Pembetulan (Am) WPKL-BKP(G)-BK39 
  • Laporan Penilaian Kepuasan Pelanggan WPKL_BKP(G)-BK43
  • Notis Makluman Kecacatan/ Ketidakpatuhan Bekalan WPKL-BKP(G)-BK17.
  • Laporan Pencapaian Objektif Kualiti/ KPI/ QAP.
  • Kajian Kepuasan Pelanggan Luaran dan Dalaman.
  • Aduan Pelanggan (lain-lain sumber).
  • Laporan Lawatan Pemantauan Ketua Unit/ PPYM, WPKL-BKP(G)-BK1.
  • Laporan Lawatan Pemantauan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) WPKL-BKP(G)-BK1A.
  • Laporan Lawatan Pemantauan Pegawai Pergigian di Sekolah Rendah, WPKL-BKP(G)-BK2.
  • Lain-lain maklumat / pemerhatian.
 
PPYM/KU  1.1

Jalankan siasatan dan kenalpasti punca ketakakuran dan cadangan tindakan pembetulan yang bersesuaian melibatkan dasar, kewangan, sumber tenaga dan perubahan kepada prosedur memerlukan kelulusan TPKN(G)/PPD.

 
PPYM/KU

 1.2

Log ke dalam Borang Tindakan Pembetulan (Am), WPKL-BKP(G)-BK39A dalam tempoh Januari -Jun (kecuali perkhidmatan sekolah) dan Januari-Disember

Kategori Log:

  • A - Aduan.
  • C - Kecacatan bahan / bekalan.
  • NCR - Penemuan ketakakuran Audit Dalaman.
  • OK - Objektif Kualiti.
  • Am - Kewangan / Audit KKM.
  • QAP
  • KPI
  • dan lain-lain yang bersesuaian
PPYM/KU  1.3

Melakukan pemantauan ke atas tindakan pembetulan yang telah dilaksanakan.

 
PPYM/KU  1.4 Buat verifikasi terhadap keberkesanan tindakan pembetulan yang dilakukan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
 
   1.5 Kemaskini status tindakan pembetulan yang diambil dalam Borang Tindakan Pembetulan (Am), WPKL-BKP(G)-BK39A .
 
PPYM/KU  2.0

Jika ketakakuran melibatkan bahan yang luput tarikh :

  • Asingkan bahan yang telah dikenalpasti.
  • Kenalpasti punca masalah.
  • Hapus bahan mengikut tatacara yang ditetapkan Rujuk WPKL-BKP(G)-PKSG1 & WPKL-BKP(G)-PKS5.
  • Laksanakan langkah-langkah penambahbaikan dimana perlu
  • Buat pemantauan terhadap penambahbaikan yang dijalankan
PPYM/KU

 3.0

Jika ketakakuran melibatkan mutu/ spesifikasi bahan/produk:

  • Asingkan produk yang telah dikenalpasti.
  • Isi Borang Notis Makluman Kecacatan/ Ketidakpatuhan Bekalan/ Perkhidmatan Selepas Perolehan WPKL-BKP(G)-BK 17.
  • Ulangi langkah 1.1 - 1.5.
  • Maklumkan status tindakan pembetulan kepada pengadu/ pengguna. 
PPYM/KU

4.0

Kenalpasti aspek-aspek kelemahan dan buat analisa terhadap perkhidmatan yang lain yang berpotensi menjadi ketakakuran yang sama.

Jalankan siasatan dan tindakan penambahbaikan yang bersesuaian di mana perlu.
PPYM/KU 5.0 Ambil tindakan yang bersesuaian ke atas ketakakuran yang belum selesai.
 
KK SPK/PPYM/KU 6.0 Failkan semua maklumat yang didokumen.
 
 

No.

NAMA REKOD

TEMPOH SIMPANAN

 1. Laporan Audit Dalaman dan Luaran 3 tahun
 2. WPKL-BKP(G)-BK 1 - Laporan Lawatan Pemantauan Ketua Unit/PPYM 2 tahun
 3. WPKL-BKP(G)-BK 1A - Laporan Lawatan Pemantauan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) 2 tahun
 4. WPKL-BKP(G)-BK 2 - Laporan Lawatan Pemantauan Pegawai Pergigian di Sekolah Rendah 2 tahun
 5. WPKL-BKP(G)-BK 43 - Borang Penilaian Kepuasan Pelanggan 2 tahun
 6. WPKL-BKP(G)-BK 44A - Borang Kajian Kepuasan Dalaman Terhadap Pengurusan Pejabat TPKN(G) 1 tahun
 7. Kajian Kepuasan Pelanggan Perkhidmatan Kesihatan Pergigian, Klinik Pergigian-Pesakit Luar (Pin. 02/27.7.12) 1 tahun
 8. WPKL-BKP(G)-BK 44C - Kajian Kepuasan Pelanggan Dalaman Terhadap Pengurusan Klinik 1 tahun
 9. WPKL-BKP(G)-BK 45 - Borang Kajian Kepuasan Guru HEM / Kesihatan Terhadap Perkhidmatan Pergigian Sekolah 1 tahun 
10. WPKL-BKP(G)-BK 46A - Borang Kajian Kepuasan Murid Sekolah Rendah Terhadap  Perkhidmatan Pergigian Sekolah 1 tahun
11. WPKL-BKP(G)-BK 46B - Borang Kajian Kepuasan Murid Sekolah Menengah Terhadap Perkhidmatan Pergigian Sekolah 1 tahun 
12. WPKL-BKP(G)-BK 17 - Notis Makluman Kecacatan / Ketidakpatuhan Bekalan 2 tahun 
13. Laporan Pencapaian Objektif Kualiti  3 tahun 
14. Laporan QAP  3 tahun 
15. WPKL-BKP(G)-BK 37A - Borang Tindakan Pembetulan (Audit) 3 tahun
16. WPKL-BKP(G)-BK 39A - Borang Tindakan Pembetulan (Am)  3 tahun
17. Aduan Pelanggan 3 tahun
 

RUJUKAN

  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  WPKL-BKP(G)-BK 01 - Laporan Lawatan Pemantauan Ketua Unit/PPYM
  WPKL-BKP(G)-BK 02 - Laporan Lawatan Pemantauan Pegawai Pergigian / Ketua Unit di Sekolah Rendah
  WPKL-BKP(G)-BK 17 - Notis Makluman Kecacatan / Ketidakpatuhan Bekalan / Perkhidmatan Selepas Perolehan
  WPKL-BKP(G)-BK 37A - Laporan Tindakan Pembetulan (Audit )
  WPKL-BKP(G)-BK 39A - Laporan Tindakan Pembetulan (Am)
  WPKL-BKP(G)-BK 39B - Laporan Tindakan Penambahbaikan (Am)
  WPKL-BKP(G)-BK 37B - Laporan Pemerhatian / Opportunity For Improvement (Audit)
  WPKL-BKP(G)-BK 43 - Laporan Penilaian Kepuasan Pelanggan
  WPKL-BKP(G)-BK 45 - Borang Kajian Kepuasan Guru HEM / Kesihatan Terhadap Perkhidmatan Pergigian Sekolah
  WPKL-BKP(G)-BK 46A - Borang Kajian Kepuasan Murid Sekolah Rendah Terhadap Perkhidmatan Pergigian Sekolah
  WPKL-BKP(G)-BK 46B - Borang Kajian Kepuasan Murid Sekolah Menengah Terhadap Perkhidmatan Pergigian Sekolah
  WPKL-BKP(G)-BK 44C - Kajian Kepuasan Pelanggan Dalaman Terhadap Pengurusan Klinik
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  Tiada
  Pemilik Dokumen
  Dr Nor Eliza binti Abdullah
 

REKOD PINDAAN

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
 
Home Manual Kualiti Prosedur Kualiti