TANGGUNGJAWAB
|
TINDAKAN |
Pendaftar Majlis Pergigian Malaysia(PMPM) |
1.0 |
Terima Borang 8 -Permohonan bagi Sijil Pengamalan Tahunan (SPT) / Borang DC/TPC/4-09 - Permohonan bagi Sijil Pengamalan Sementara (SPS)
|
Pembantu Tadbir Majlis Pergigian Malaysia (PTMPM)
|
2.0 |
Semak permohonan yang diterima.
Bagi Pegawai Pergigian (PP) Swasta dan Dentis Berdaftar (DB) perlu disertakan bayaran sebanyak RM50 bagi setiap premis pengamalan dalam bentuk deraf bank/kiriman wang/wang pos. Permohonan yang diterima selepas 1 hb Disember akan dikenakan denda sebanyak RM50 bagi setiap pengamal.
a) Dari Warganegara Asing (yang memohon SPS) pastikan borang serta dokumen lengkap (Rujuk Senarai semak - KKMOH-AG7-MDC/TPC/5-09-1) Sekiranya tiada bayaran yang dikenakan, terus ke 4.0
b) Dari PP Kerajaan. Permohonan melalui TPKN(G). Sekiranya tiada bayaran yang dikenakan, terus ke 4.0
c) Dari PP swasta pastikan maklumat dan bayaran adalah tepat.
d) Dari DB. Pastikan
- maklumat dan bayaran tepat
- pemohon telah lulus pemeriksaan premis. (Borang 11)
Jika tiada kelulusan maklumkan pemohon dan kembalikan bayaran. (Rujuk kepada Arahan Kerja KKMOH - AG7- AK1)
Sekiranya tidak lengkap atau bayaran tidak tepat kembalikan untuk pembetulan.
Sekiranya lengkap, terus ke 3.0
|
Pembantu Tadbir Kewangan [PT(W)] |
3.0 |
Keluarkan resit Kew. 38 (Rujuk Prosedur Pengurusan Kutipan Hasil - KKMOH-PK-S6)
|
PTMPM
|
4.0 |
Kemaskini maklumat di komputer mengikut maklumat di borang yang diterima.
|
PTMPM
|
5.0 |
Sedia dan cetak SPT/SPS
(Rujuk Lampiran AG7-1 / Lampiran AG7-2)
|
PTMPM
|
6.0 |
Semak SPT/SPS yang telah dicetak.
Jika salah ‘shred’ SPT/SPS yang salah. Buat pembetulan dan cetak SPT/SPS yang baru.
|
PTMPM
|
7.0 |
Cetak tandatangan PMPM pada SPT/SPS
|
PTMPM |
8.0 |
Sediakan surat lampiran bagi penghantaran SPT/SPS
|
Setiausaha Majlis Pergigian Malaysia (SMPM)/ Penolong Pengarah Majlis Pergigian Malaysia(PPMPM) |
9.0 |
Semak SPT /SPS yang telah siap.
Jika terdapat kesilapan, buat pembetulan dan cetak SPT/SPS yang baru.
|
PTMPM |
10.0 |
Hantar SPT/SPS dan surat lampiran kepada: a)Warganegara Asing melalui TPKN(G)/Dekan
b) Pegawai Kerajaan melalui TPKN(G) bersama dengan Borang 8 bagi tahun berikutnya. c) Pengamal Pergigian Swasta bersama dengan resit dan Borang 8 untuk permohonan tahun berikutnya. d) DB beserta resit.
|
PTMPM |
11.0 |
Failkan salinan SPT/SPS
|
|
|
|