Laman Utama   Bantuan  
   
     

PROSEDUR KUALITI

KKMOH-PK-AG06 - Prosedur Pendaftaran Pengamal Pergigian Di Bawah Akta Pergigian 1971

   
Pindaan : 6
Tarikh Kuatkuasa : 07-05-2019
Tujuan Prosedur :

Prosedur ini menggariskan langkah-langkah untuk mendaftar Pengamal Pergigian bagi memastikan Pengamalan Pergigian yang sah dan bertauliah.

Skop :

Prosedur ini diguna pakai oleh Majlis Pergigian Malaysia meliputi pendaftaran bagi semua pengamal pergigian berkelulusan yang boleh didaftarkan.

PERKARA

 

SASARAN

CARTA ALIRAN KERJA

 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

TANGGUNGJAWAB
TINDAKAN
Pembantu Tadbir Majlis Pergigian Malaysia (PTMPM) 1.0
Terima Borang 4 (KKMOH-AG6-BK1)  dan dokumen sokongan mengikut senarai dokumen yang diperlukan (KKMOH-AG6-SS1)
PTMPM 2.0 Semak Borang 4 yang diterima, pastikan ia lengkap dan betul.

Pastikan  semua dokumen sokongan lengkap & telah disahkan,
mengikut senarai semak (KKMOH-AG6-SS2)

Sekiranya betul & lengkap teruskan ke 3.0

Sekiranya tidak betul/tidak lengkap kembalikan kepada pemohon untuk pembetulan.
PTMPM 3.0 Terima bayaran pendaftaran RM 150 dan keluarkan resit Kew.38 (KKMOH-PK-S7)
Setiausaha Majlis Pergigian Malaysia (SMPM) /
Pen. Pengarah Kes. Pergigian (PPMPM)
4.0 Semak borang permohonan , pastikan ia lengkap dan betul dan dokumen telah disahkan dan ijazah pemohon diiktiraf.

Sekiranya betul & lengkap teruskan dengan 5.0

Sekiranya tidak betul/tidak lengkap kembalikan  kepada pemohon untuk pembetulan/ sekiranya ijazah tidak diiktiraf kembalikan kepada pemohon dengan penjelasan.

SMPM/PPMPM 5.0 Beri taklimat kepada pemohon mengenai tugas dan tanggungjawab pengamal pergigian.
SMPM/PPMPM 6.0 Serah dokumen berikut kepada pemohon:
i)  Dokumen-dokumen asal
ii) Borang permohonan bagi Perakuan Pengamalan Tahunan –
Borang 8 (KKMOH-AG7-BK2)
(iii) Garispanduan-garispanduan yang berkaitan.
 
SMPM/PPMPM 7.0 Terima surat akuan terima yang telah ditandatangani (KKMOH-AG6-BK3).
PTMPM

8.0 Buka fail peribadi pemohon dan tentukan nombor MPM pemohon berkenaan. Failkan
i)  Borang permohonan
ii) Salinan dokumen
iii) Surat akuan terima

PTMPM 9.0 Rekodkan  butiran pemohon dalam Buku Rekod Permohonan Pendaftaran.
PTMPM 10.0 Sediakan Sijil Pendaftaran melalui komputer dan masukkan tarikh Sijil Pendaftaran disediakan dalam Buku Rekod Permohonan Pendaftaran.
SMPM 11.0 Untuk tujuan pemantauan, semak Buku Rekod Permohonan Pendaftaran seminggu selepas permohonan lengkap diterima untuk memastikan Sijil Pendaftaran telah dicetak dalam tempoh masa satu minggu dari tarikh permohonan lengkap diterima.
 
11.1  Sekiranya Sijil Pendaftaran tidak dicetak dalam tempoh masa satu minggu dari tarikh permohonan lengkap diterima, pastikan Sijil Pendaftaran dicetak dan dihantar dalam tempoh masa dua minggu dari tarikh permohonan lengkap diterima.
 
PMPM
(Pendaftar Majlis Pergigian Malaysia)
12.0 Sahkan Sijil Pendaftaran dengan menandatangani Sijil.
PTMPM 13.0 Materaikan (Seal ) Sijil Pendaftaran.
 
PTMPM 14.0 Hantar sijil melalui pos berdaftar  kepada pemohon  berserta surat arahan khidmat wajib dan masukkan tarikh Sijil Pendaftaran dihantar dalam Buku Rekod Permohonan Pendaftaran.
 
PTMPM
15.0 Untuk tujuan pemantauan bulanan, rekod bilangan permohonan yang diterima dan bilangan Sijil Pendaftaran yang dikeluarkan dalam tempoh masa dua minggu dari tarikh permohonan lengkap diterima.


PTMPM 16.0 Daftarkan nama serta catatkan butiran pemohon dalam buku Daftar Pergigian.

 PTMPM
17.0 Daftarkan nama serta catatkan butiran pemohon ke dalam komputer
PTMPM 18.0 Simpan salinan sijil dan salinan arahan khidmat wajib di dalam fail peribadi pemohon di bilik simpanan fail MPM .

18.1 Keselamatan fail peribadi pemohon dikawal(safeguard)  dengan kaedah berikut:
a. Selain daripada penjawat MPM, hanya mereka yang diberi kebenaran (secara lisan) oleh Pendaftar atau Setiausaha  MPM sahaja boleh masuk ke bilik simpanan fail; dan
b. Fail peribadi tidak boleh dikeluarkan dari bilik simpanan tanpa  kebenaran Pendaftar atau Setiausaha MPM.
     
 
 

Arahan Kerja / Borang Kualiti / Senarai Semak / laporan Risiko

  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  KKMOH-AG06- - Borang 4 - Permohonan Untuk Pendaftaran
  KKMOH-AG06-BK2 - Surat Akuan Terima
  KKMOH-AG07 - Borang 8 Permohonan Bagi Perakuan Amalan Tahunan
  Senarai Semak   
  KKMOH-AG06-SS1 - Dokumen- Dokumen Yang Perlu Dikemukakan Untuk Pendaftaran Sebagai Pengamal Pergigian
  KKMOH-AG06-SS2 Pin 2 - Senarai Semak Bagi Pendaftaran
  Laporan Risiko   
  Tiada
  Pemilik Dokumen
  drhamizah
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para
1. 01/08/2007 0
2. 09/06/2008 1 Tanggungjawab, Flow Chart 
3. 17/11/2012 2 Semua pindaan kepada prosedur telah ditandakan dengan latarbelakang bewarna kuning. Carta aliran yang baru telah dimuatnaik. 
4. 19/11/2015 3 1.Pindaan pada prosedur ditanda dengan highlight 2.Borang 4 dan Borang 8 Akta Pergigian 1971 dimansuhkan nombor rujukan ISO 3.Borang Kualiti dan Senarai Semak diletakkan nombor pindaan dan tarikh kuatkuasa 4.Senarai Semak dikemaskini supaya lebih lengkap 
5. 14/11/2017 4 Proses kerja dipinda selaras dengan MS ISO 9001: 2015. Laporan Risiko LR1, LR2 dan LR3 dimuat naik. 
6. 06/05/2019 5  
7. 07/05/2019 6  
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti Rujukan Untuk Cetak