Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2008 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI


BKPNM-PK-AG1 - PERKHIDMATAN PERGIGIAN PESAKIT LUAR

   
Pindaan : 0
Tarikh Kuatkuasa : 28-12-2023
Objektif Prosedur : Prosedur ini menggariskan langkah-langkah perkhidmatan pergigian kepada pesakit luar dan kes temujanji yang hadir di Klinik-Klinik Pergigian supaya perkhidmatan yang diberi adalah sistematik dan memuaskan hati pelanggan.
Skop : Prosedur ini digunapakai untuk semua pesakit luar yang datang untuk mendapatkan rawatan pergigian di semua Klinik Pergigian bawah jagaan Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Melaka

SINGKATAN / DEFINISI

Dentur Aplians buatan bagi menggantikan bahagian mulut yang tiada bergigi untuk tujuan estetik dan fungsi
JP Juruterapi Pergigian
Kad Rawatan Merujuk kepada LP8-2 Pin 8/2019 bagi Perkhidmatan Pergigian Pesakit Luar, LP 8-1 Pin 8/2019 bagi Perkhidmatan Pergigian Sekolah, LP 7 bagi Perkhidmatan Pergigian Pakar Ortodontik dan LP 12 bagi Perkhidmatan Pergigian Pakar Periodontik
Kes Temujanji Pesakit yang telah diberi tarikh temujanji untuk mendapatkan rawatan susulan
PP Pegawai Pergigian
PPK Pembantu Perawatan Kesihatan
PPP Pembantu Pembedahan Pergigian

CARTA ALIRAN KERJA

 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

 

  

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

Petugas Kaunter 1.1

Kaunter Pendaftaran ( Rujuk M-BKPNM-AK 1 pin.01 ) 

Pastikan Petugas Kaunter memakai PPE mengikut Garis Panduan Pengurusan Wabak Covid19 Program Kesihatan Pergigian yang terkini.

Terima kedatangan pesakit dan kendalikan pendaftaran. 

Rekod / kemaskini riwayat perubatan (terutamanya penyakit jantung / darah tinggi / kencing manis / asma dan alahan), pengambilan ubat-ubatan dan riwayat pergigian pesakit di kad rawatan (sekiranya ada surat rujukan, semak dan kepil pada kad rawatan).

PP/ JP / PPP 1.2

Buat saringan tekanan darah bagi pesakit berumur 18 tahun dan ke atas. Sekiranya bacaan tekanan darah diambil di kaunter pendaftaran, pastikan bacaan dicatitkan pada kad rawatan. Rujuk SOP Pengambilan Tekanan Darah Pesakit di Klinik Pergigian. (Rujuk M-BKPNM-AK13 pin.01)

Sekiranya keadaan perubatan pesakit tidak mengizinkan, rawatan pergigian boleh ditangguhkan atau rujuk sekiranya perlu.

PPP / PPK

1.3  

 

Bilik Rawatan ( Rujuk M-BKPNM-AK 2 pin.02 )

Pastikan peralatan pergigian telah disediakan dan bahan-bahan yang akan digunakan mencukupi dan tidak melewati tarikh luput.

  • Senarai Bahan Dalam Kegunaan dan Tarikh Luput - M-BKPNM-BK17

Amalkan langkah-langkah kawalan jangkitan silang semasa membuat persiapan bilik rawatan.

  • Senarai Semak Penyelenggaraan Peralatan Pergigian Harian / Mingguan / Bulanan - M-BKPNM-SS1(pindaan terkini)
 

 PPP / PPK  

1.4 

Panggil pesakit masuk ke bilik rawatan. Catatkan masa pesakit dipanggil pada kad rawatan.

Pastikan pesakit duduk di atas kerusi pergigian dengan selamat dan selesa.

Pastikan ada peneman/cheperone sepanjang masa pesakit berada di bilik rawatan.

 

 PP / JP/ PPP/ PPK

1.5

Buat pengesahan pesakit. Semak butiran pesakit selaras dengan butiran pada kad rawatan.

 

 PP/  JP /  PPP

 

 

 

 1.6

Rekod bacaan tekanan darah bagi pesakit berumur 18 tahun dan ke atas, Rujuk M-BKPNM-AK13 pin.01 

  • sekiranyan pengambilan tekanan darah belum dilakukan di kaunter
  • ulang pengambilan tekanan darah jika bacaan tidak memuaskan
  • jika tekanan darah tinggi (melebihi 140/90mmHg), isi borang rujukan Tekanan Darah dan rujuk ke Klinik Kesihatan (Lampiran 1/BP)

Sekiranya keadaan perubatan pesakit tidak mengizinkan, rawatan pergigian boleh ditangguhkan /rujuk jika perlu.

 

 PP / JP

 

 

 

1.7

Rekod Aduan Pesakit.

Periksa dan rekod /kemaskini penemuan pemeriksaaan klinikal pesakit di kad rawatan pesakit.

Lakukan siasatan (seperti radiograf, pulp vitality test dll mengikut keperluan bagi mendapatkan diagnosa). Catitkan penemuan di dalam kad rawatan.

  • Borang Daftar Pengambilan X-ray - M-BKPNM-BK13 pin.01

Juruterapi Pergigian perlu merujuk kepada Pegawai Pergigian untuk kes yang memerlukan siasatan dan rawatan yang lebih kompleks.

 PP / JP

 1.8

Buat perancangan rawatan selepas berbincang dengan pesakit. Dapatkan tandatangan pesakit / ibubapa / penjaga dan saksi selepas pesakit besetuju dengan pelan rawatan ( kebenaran rawatan ). Maklumkan juga anggaran kos rawatan berdasarkan perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017 jika berkaitan.

Bagi pesakit ulangan,sekiranya terdapat perubahan dalam rawatan atau  pesakit tidak setuju dengan perancangan rawatan awal atau memilih opsyen rawatan yang lain,dokumenkan dan perbaharui kebenaran rawatan dalam kad rawatan LP8.

 

 PP / JP 

1.9  

Laksanakan rawatan/tindakan susulan yang dipersetujui.

Bagi kes-kes pembedahan, pastikan Borang M-BKPNM-BK 7 - Keizinan Pembedahan Kecil Mulut dilengkapkan sebelum memulakan prosedur. 

Sekiranya rawatan merupakan prosedur AGP, persediaan bilik dan pemakaian PPE mengikut Garis Panduan Pengurusan Wabak Covid19 Program Kesihatan Pergigian yang terkini.

 

 
 PP / JP / PPP 1.10 Ambil tindakan sekiranya diperlukan samada :
  • Beri janjitemu.
 

 

 

 

  • Rujuk kes kepada Pegawai Pergigian/ Pakar Pergigian / Perubatan / agensi lain.
  • Rujukan ke Unit Periodontik  - borang M-BKPNM-BK26 pin 1
  • Rujukan ke Unit Ortodontik - borang M-BKPNM-BK33
  • Rujukan ke Unit Restoratif -  borang M-BKPNM-BK34
  • Rujukan ke Jabatan Bedah Mulut - borang M-BKPNM-BK35
  • Rujukan ke Jabatan Pergigian Paediatrik - borang M-BKPNM-BK36
  • Rujukan ke Pegawai Perubatan/Agensi lain - borang M-BKPNM-BK6
  • Rujukan ke Klinik Berhenti Merokok / Klinik Berhenti Alkohol - borang Appendix 4B
  • Tetapkan caj rawatan.
  • Preskripsi ubat dan sijil cuti sakit/ time slip.
  • Daftar Keluaran Ubat - M-BKPNM-BK14
PP / JP

1.11

Rekod rawatan yang telah dijalankan dengan lengkap dan ditandatangani.

 
Petugas kaunter 

1.12

Kutip bayaran jika perlu.

Dapatkan surat pengesahan majikan sekiranya perlu untuk mendapatkan pengecualian bayaran.

Bagi pesakit yang tidak mampu dan ingin mohon pengecualian bayaran perlu lengkapkan Lampiran C (Borang Pengecualian Bayaran)

     
 
 PPP / PPK

1.13

Jalankan disinfeksi unit dan peralatan pergigian untuk pesakit seterusnya mengikut protokol yang betul mengikut Garis Panduan Pengurusan Wabak Covid19 Program Kesihatan Pergigian yang terkini.

  • Flush suction dan spittoon dengan 1% sodium hypochloride atau bahan disinfeksi yang berkesan 
  • Disinfeksi kawasan rawatan pergigian
  • Tukar peralatan rawatan

Jalankan sterilisasi peralatan pergigian menggunakan autoklaf yang bersesuaian.

  • Ujian Parameter Autoklaf - M-BKPNM-BK18 pin.02

Biomedical waste dan peralatan yang tajam diletakkan dalam bekas yang dikhaskan.

Biomedical waste dan sampah yang telah diasingkan, dibuang mengikut prosedur piawaian yang ditetapkan.

Pastikan basuh tangan mengikut 7 langkah.

 
PPP / PPK  1.14 Jalankan tugasan hujung hari:
 
   
 
  • Kemaskan bilik rawatan,
  
  • Disinfeksi peralatan  pergigian
   
 
  • Kendalikan sisa klinikal.
  • Rekodkan  hasil kerja harian

Petugas Kaunter

1.15

Kemaskini :

  • Daftar  Pesakit  
   
  • Penyata kutipan hasil harian Kew 249 Pin.3/94

 

Petugas Kaunter/ PPK 1.16 Failkan kad rawatan.
 
PPP/JP/PP 1.17

Penetapan dan pertukaran janjitemu:

-Maklumkan pesakit apabila janjitemu baru ditetapkan atau tarikh janjitemu perlu ditukar melalui telefon atau surat dan rekodkan pemakluman tersebut.

  • Surat Penetapan Janjitemu - M-BKPNM-BK8
  • Surat Pertukaran Janjitemu - M-BKPNM-BK9

 

 

 

 

REKOD KUALITI

No NAMA REKOD TEMPOH SIMPANAN LOKASI
1 M-BKPNM-BK14 Daftar Keluaran Ubat 2 tahun Bilik Rawatan
2 M-BKPNM-BK17 Senarai Bahan Dalam Kegunaan dan Tarikh Luput 1 tahun Bilik Rawatan / Pasukan Bergerak / Klinik Statik
3 M-BKPNM-BK 12 Senarai Menunggu 2 Tahun Klinik
4 M-BKPNM-BK13 Daftar Pengambilan x-ray 2 Tahun Bilik Rawatan
5 Buku Preskripsi Ubat (Perubatan 6A Pin3/96) 2 tahun Bilik Rawatan
 

Arahan Kerja / Borang Kualiti / Senarai Semak

  Arahan Kerja   
  M-BKPNM-AK 1 pin.01 - PERKHIDMATAN KAUNTER PERGIGIAN AM
  M-BKPNM-AK 2 pin.02 - PEMERIKSAAN, PENCARTAAN PERGIGIAN DAN RAWATAN
  M-BKPNM-AK 7 - PENDIDIKAN KESIHATAN PERGIGIAN
  M-BKPNM-AK 4 - PENGAMBILAN X-RAY
  M-BKPNM-AK11 - PANDUAN PEMANTAUAN KLINIKAL (PINDAAN 2023); MOH/K/GIG/7-2022 (GU)
  M-BKPNM-AK10 pin.01 - PROTOKOL KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN PESAKIT LUAR
  M-BKPNM-AK 6 - RUJUKAN KE KLINIK PAKAR RESTORATIF
  M-BKPNM-AK 5 - PEMBERIAN UBAT- UBATAN
  M-BKPNM-AK 3 - PROSES PEMBERIAN JANJI TEMU
  M-BKPNM-AK13 pin.01 - PENGAMBILAN TEKANAN DARAH PESAKIT DI KLINIK PERGIGIAN
  Borang Kualiti   
  M-BKPNM-BK31(a) pin.03 - LAPORAN AUDIT KAD RAWATAN PESAKIT LUAR
  M-BKPNM-BK28 pin.01 - SURAT PENAMATAN RAWATAN DENTUR
  M-BKPNM-BK7 - KEIZINAN PEMBEDAHAN KECIL MULUT
  M-BKPNM-BK18 pin.02 - UJIAN PARAMETER AUTOKLAF
  M-BKPNM-BK8 pin.01 - SURAT PENETAPAN JANJITEMU
  M-BKPNM-BK9 pin.01 - SURAT PERTUKARAN JANJITEMU
  M-BKPNM-BK34 - BORANG RUJUKAN RESTORATIF
  M-BKPNM-BK6 - SURAT RUJUKAN
  M-BKPNM-BK33 - BORANG RUJUKAN KLINIK PAKAR ORTODONTIK
  M-BKPNM-BK26 pin.01 - SURAT RUJUKAN KLINIK PAKAR PERIODONTIK
  M-BKPNM-BK14 - DAFTAR KELUARAN UBAT
  M-BKPNM-BK17 - SENARAI BAHAN DALAM KEGUNAAN DAN TARIKH LUPUT
  M-BKPNM-BK13 pin.01 - BORANG DAFTAR PENGAMBILAN X-RAY
  Lampiran 1/BP - BORANG RUJUKAN PESAKIT DENGAN TEKANAN DARAH TIDAK NORMAL
  M-BKPNM-BK36 - SURAT RUJUKAN KE JABATAN PERGIGIAN PAEDIATRIK
  M-BKPNM-BK35 - SURAT RUJUKAN KLINIK PAKAR BEDAH MULUT & MAKSILOFASIAL, HOSPITAL MELAKA
  Senarai Semak   
  M-BKPNM-SS1 pin.02 - SENARAI SEMAK PENYELENGGARAAN PERALATAN PERGIGIAN HARIAN / MINGGUAN / BULANAN
  Dokumen Luaran   
  BKPNM-DL-01 - CAJ RAWATAN PERGIGIAN
  BKPNM-DL-02 - BUKU PANDUAN DAN ARAHAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT PERKHIDMATAN KESIHATAN PERGIGIAN PRIMER 2013
  BKPNM-DL-04 - MANUAL KERJA PENYEDIAAN BAHAN PERGIGIAN
  BKPNM-DL-05 - MANUAL OPERASI PENYELENGGARAAN PERALATAN PERGIGIAN
  BKPNM-DL-24 - POSITION STATEMENT ON USE OF DENTAL AMALGAM
  BKPNM-DL-28 - GUIDELINES OF MAINTAINING QUALITY OF THE DENTAL UNIT WATER SYSTEM
  BKPNM-DL-25 - GUIDELINES ON INFECTION CONTROL IN DENTAL PRACTICE
  BKPNM-DL-27 - PROTOKOL KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN PESAKIT LUAR
  BKPNM-DL-19 - TATACARA KEWANGAN
  BKPNM-DL-38 - GARIS PANDUAN TAHAP KESAKITAN SEBAGAI TANDA VITAL KELIMA (P5VS)
  Pemilik Dokumen
  Dr. Devisri a/p Narasimmanaidu
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para
1. 12-09-2011 0 Nota Pindaan
2. 13-02-2014 0 Nota Pindaan
3. 06-04-2015 0 Nota Pindaan
4. 11-08-2016 0 Nota Pindaan
5. 05-05-2017 0 Nota Pindaan
6. 23-08-2017 0 Nota Pindaan
7. 29-01-2018 0 Nota Pindaan
8. 30-01-2018 0 Nota Pindaan
9. 25-09-2018 0 Nota Pindaan
10. 19-10-2018 0 Nota Pindaan
11. 31-10-2019 0 Nota Pindaan
12. 29-01-2020 0 Nota Pindaan
13. 29-07-2020 0 Nota Pindaan
14. 31-12-2020 0 Nota Pindaan
15. 17-03-2022 0 Nota Pindaan
16. 30-06-2022 0 Nota Pindaan
17. 04-04-2023 0 Nota Pindaan
18. 04-04-2023 0 Nota Pindaan
19. 05-04-2023 0 Nota Pindaan
20. 28-12-2023 0 Nota Pindaan
21. 28-12-2023 0 Nota Pindaan
22. 28-12-2023 0 Nota Pindaan
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti