TANGGUNGJAWAB
|
|
TINDAKAN
|
Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian (PKKP)/KPP/PPK/PP
|
1
|
Terima memo / surat nama-nama klinik pergigian swasta berkaitan permohonan baru Pendaftaran Klinik Pergigian Swasta dari Cawangan Kawalan Amalan Perubatan (CKAPS), Bahagian Amalan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia
|
|
|
|
Pembantu Tadbir (Amalan) (PT)
|
2
|
Rekod nama-nama klinik dalam daftar komputer
|
|
|
|
Pembantu Tadbir (Amalan) (PT)
|
3
|
Periksa dokumen di CKAPS dan pastikan dokumen permohonan lengkap berpandukan kepada Borang Senarai Semak Kelulusan (KKMOH-AG16-SS1) permohonan pendaftaran klinik. Hubungi pemohon melalui surat atau telefon untuk maklumat tambahan daripada pemohon sekiranya dokumen tidak lengkap
|
|
|
|
KPP/PPK
|
4
|
Tentu sahkan dokumen sokongan pada fail permohonan dan bandingkan dengan maklumat permohonan dalam laman web Medical Practice Control System (MedPCs) online, berpandukan kepada Arahan Kerja KKMOH-PK-AG16-AK1 (Langkah-langkah verifikasi permohonan pendaftaran klinik pergigian swasta menggunakan MEDPCS online). Buat catatan dalam Borang Senarai Semak Kelulusan (KKMOH-AG16-SS1). Catat sama ada disokong untuk diluluskan atau tidak diluluskan dalam senarai semak. Cetak butiran permohonan dari (MedPCs) online.
|
|
|
|
|
|
|
PT
|
5
|
Buat salinan dokumen berikut untuk setiap klinik
- Borang Senarai Semak Kelulusan (KKMOH-AG16-SS1)
- Pelan Lantai
- Butiran permohonan dari MedPCs online
- Surat bagi mendapatkan maklumat tambahan (para 3) jika berkaitan
|
|
|
|
KPP/PPK/PP/PT
|
6
|
Kemas kini rekod dalam daftar komputer.
|
KPP/PPK/PP/PT
|
7
|
Hantar senarai nama klinik pergigian yang telah di tentu sahkan ke Bahagian Amalan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dibuat keputusan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Permohonan Lesen dan Pendaftaran Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta
|
|
|
|
PT
|
8
|
Failkan salinan dokumen-dokumen di Langkah 5. Pastikan dokumen disimpan dalam tempat berkunci dan hanya pegawai berkaitan sahaja mempunyai akses dan kata kunci MedPCs bagi melindungi maklumat pemohon.
|