Laman Utama   Bantuan  
   
     

PROSEDUR KUALITI

KKMOH-PK-S05 - Prosedur Pengurusan Perolehan

   
Pindaan : 12
Tarikh Kuatkuasa : 12-02-2020
Tujuan Prosedur :

Prosedur ini menggariskan langkah-langkah perolehan oleh Program Kesihatan Pergigian untuk memastikan bekalan, perkhidmatan dan kerja dapat

diperolehi dengan cara yang paling menguntungkan Kerajaan dan memastikan perolehan tersebut menepati spesifikasi yang diperlukan.

Skop :

Prosedur ini digunapakai untuk perolehan perkhidmatan, bekalan dan peralatan Program Kesihatan Pergigian.

PERKARA

 

SASARAN

CARTA ALIRAN KERJA

 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

TANGGUNGJAWAB
TINDAKAN
Anggota BKP ( Pemohon ) 1.0 Semak bekalan yang dipohon sama ada bekalan, perkhidmatan atau penyelenggaraan tersebut terdapat dalam Kontrak Pusat Perbendaharaan (Rujuk laman web http/www. treasury.gov.my).
 
1.1 Jika ada, teruskan ke langkah di perenggan 2.0
1.2 Jika tidak, uruskan perolehan. Kriteria pemilihan pembekal perlulah merujuk kepada Daftar Maklumat Pembekal (KKMOH-S05-BK2) 
 
Pilih pembekal berdasarkan:
* Ketepatan masa pembekalan barang yang dipesan.
* Kualiti barang yang dibekalkan.
* Perkhidmatan susulan pembekal.
* Harga berpatutan.
* Rekod Penilaian Prestasi Pembekal  
 
Anggota BKP 2.0 Isikan Memo Pesanan Tempatan (KKMOH-S05-BK1) untuk memohon bekalan/perkhidmatan
Penolong Akauntan (PA), Penolong Pegawai Tadbir (PPT) 3.0 Terima permohonan (KKMOH-S05-BK1) dari unit-unit di Bahagian Kesihatan Pergigian untuk mendapatkan bekalan, perkhidmatan atau penyelenggaraan.
 
PA 4.0 Semak dan pastikan peruntukan di bawah aktiviti dan pecahan kepala adalah mencukupi. Sekiranya tidak mencukupi, maklumkan kepada PKKP/ PKP1 dan pohon peruntukan tambahan jika perlu.
 
PA 5.0 Pastikan jenis perolehan mengikut had jumlah kos perolehan tahunan. Rujuk rekod Perolehan untuk memastikan had-had perolehan.
 
5.1 Jika pembelian melibatkan kos tahunan tidak melebihi RM50,000.00 buat pesanan terus dari  pembekal yang diketahui boleh memberi harga yang berpatutan dan yang berkualiti. Teruskan ke langkah 6.0
 
PA   5.2 Jika kos tahunan perolehan dalam lingkungan RM50,000.00 hingga RM500,00.00, pastikan kelulusan sebutharga diperolehi terlebih dahulu (Rujuk KKMOH-S05-AK1 – Perolehan Secara Sebutharga).
 
PA   5.3 Jika kos tahunan perolehan melebihi RM 500,000.00 dan ke atas, pastikan kelulusan tender diperolehi dari Bahagian Perolehan dan Penswastaan KKM (Rujuk KKMOH-S05-AK2 - Perolehan Melalui Tender) 
 
Pembantu Tadbir Kewangan (PT(W)) 6.0 Sediakan Pesanan Kerajaan dalam tiga (3) salinan
 
Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian (PKKP), Pengarah Perkembangan dan Dasar Pergigian (PKP1) / Pengarah Penggalakkan, Kawalan dan Amalan Pergigian (PKP2) / Timbalan Pengarah Kesihatan Pergigian (TPKP)/KPPK  / PA/PPT 
 
7.0 Sahkan Pesanan Kerajaan melalui tandatangan oleh pegawai yang telah diturunkan kuasa.
 PT(W)
 
8.0 Hantar 2 salinan Pesanan Kerajaan kepada pembekal untuk ditandatangani.
KJP(Unit Penggalakan) /PPT/ PTK/ PT(Perkeranian dan Operasi atau PO)
 
9.0 Penerimaan Barang atau Perkhidmatan:
 
Bekalan
Terima bekalan dalam keadaan baik dan lengkap seperti dalam arahan Pesanan Kerajaan atau Nota Serahan (Rujuk KKMOH-S05-AK3 Terimaan dan Inventori).
 
Perkhidmatan
Terima Perkhidmatan yang dikehendaki seperti di dalam Pesanan Kerajaan
 
Pemohon   9.1 Jika lengkap,buat Penilaian Pembekal menggunakan Borang Penilaian Pembekal Bekalan (KKMOH-S05-BK3) atau Borang Penilaian Pembekal Perkhidmatan (KKMOH-S05-BK4)
KJP (Unit Penggalakan)/PPT / PT(PO) 10.0 Rekod butir-butir mengenai bekalan diterima
dalam Borang Kew PA.2  ,/ Borang Kew PA/3 , dan Kew PA 7 
mengikut jenis atau kategori barangan (Rujuk
KKMOH-S5-AK3 - Terimaan dan Inventori)
 
 KJP (Unit Penggalakan) / PT (PO) 11.0 Barang-barang berkenaan terus diguna atau
disimpan ke dalam stor pejabat (Rujuk KKMOH-S05-
AK4 - Pemesanan Bekalan Pejabat ).
 
     
 
 

Arahan Kerja / Borang Kualiti / Senarai Semak / laporan Risiko

  Arahan Kerja   
  KKMOH-S05-AK1 - Perolehan Secara Sebutharga
  KKMOH-S05-AK2 - Perolehan Melalui Tender
  KKMOH-S05-AK3 - Terima Dan Inventori
  Borang Kualiti   
  KKMOH-S05-BK3 - Borang Penilaian Prestasi Pembekal
  KKMOH-S05-BK2 - Kajian Pasaran dan Perbandingan Harga untuk Perolehan Bagi Bekalan
  KKMOH-S05-BK1 - Nota Minta
  Senarai Semak   
  Tiada
  Laporan Risiko   
  KKMOH-PK-S05-Q04-LR1 - Pengurusan Perolehan
  KKMOH-PK-S05-Q04-LR2 - Pengurusan Perolehan
  KKMOH-PK-S05-Q04-LR3 - Pengurusan Perolehan
  Pemilik Dokumen
  suzalina
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para
1. 01/08/2007 0
2. 28/07/2008 1 Para 7-Batal, Singkatan & Tanggungjawab, AK 3 & 4 - Dibatalkan 
3. 06/05/2010 2 Prosedur Dimulakan dengan Proses Kerja 'Semak Bekalan' 
4. 02/08/2012 3  
5. 17/11/2012 4 Kemaskini rujukan manuak kualiti 
6. 09/10/2013 5 Pertukaran Borang KKMOH-S05-BK3 dan KKMOH-S05-BK04 digabungkan pada satu borang menjadi KKMOH-S05-BK03 
7. 20/03/2014 6 Pengemaskian KKMOH-S5-AK4 - Pindaan No KEW-PS 11 ke KEW-PS 10 
8. 17/11/2015 7  
9. 10/06/2016 8 Kemaskini pada Perkara 5.1 dan 5.2 Berkaitan Had Pembelian Kemaskini Para 7.1 dan 7.2 Berkaitan Penambahan Pembekal yang berdaftar dan tidak berdaftar. 
10. 18/11/2016 9 Kemaskini senarai pekeliling yang terkini di para Rujukan 
11. 22/12/2017 10  
12. 03/09/2018 11 Boran Penilaian Prestasi Pembekal di pinda ke versi 2018 
13. 12/02/2020 12  
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti Rujukan Untuk Cetak