Laman Utama   Bantuan  
   
     

PROSEDUR KUALITI

PS-BKPPLS-PK-AG3 - PERKHIDMATAN ORTODONTIK

   
Pindaan : 15
Tarikh Kuatkuasa : 28-06-2024
Objektif Prosedur : Prosedur ini menggariskan langkah-langkah untuk mengendalikan perkhidmatan pergigian bagi tujuan memulihkan fungsi dan penambahbaikan estetik gigi.
Skop : Prosedur ini digunapakai di Klinik Pergigian Pakar Ortodontik Bahagian Kesihatan Pergigian Perlis dan merangkumi semua pesakit yang dirujuk ke unit Pakar Ortodontik.
 

SINGKATAN / DEFINISI

PPP Pembantu Pembedahan Pergigian
PP Pegawai Pergigian
Ortodontik Jurusan Pergigian yang melibatkan rawatan masalah Pergigian dari segi fungsi dan estetik
Rekod Pra Rawatan Foto, X-ray dan model gigi pesakit yang perlu untuk tujuan diagnosa dan perancangan rawatan
OPG Orthopantomogram
PPK Pembantu Perawatan Kesihatan
Dokumen Kawalan Dokumen yang dikenalpasti untuk diluluskan dan dikawal.Dokumen ini akan dikemaskini sekiranya terdapat pindaan untuk memastikan dokumen yang dipakai adalah terkini
PPO Pakar Pergigian Ortodontik
 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

 

      

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

Petugas Kaunter 5.1 Tentukan status pesakit  - kes rujukan baru  atau kes ulangan  
 
  5.1.1 Kes Rujukan Baru   
  • Pesakit hadir untuk perundingan pertama tidak melebihi 3 bulan dari tarikh rujukan. PS-BKPPLS-BK65 -(Senarai Objektif Kualiti yang diukur)
  • Pesakit perlu kemukakan surat rujukan (PS-BKPPLS-BK34 -Borang Rujukan Rawatan Ortodontik) dari klinik yang merujuk.
  • Lengkapkan maklumat pesakit pada kad rawatan LP8.
Petugas Kaunter 5.1.2  Kes ulangan   
  • Tentukan keperluan kes samada perundingan atau rawatan.
  • Dapatkan kad rawatan LP8 di Kaunter 
PPO/PP   5.1.2.1 Bagi Kes Perundingan  
 
PPO/PP   Terima kes rujukan dari klinik pergigian kerajaan (kes dirujuk berpandukan IOTN). klinik kesihatan kerajaan, hospital kerajaan dan swasta.  
 
    a) Perundingan 1  
  • Pesakit hadir mengikut temujanji yang diberikan.
  • Rujuk aduan pesakit daripada surat rujukan  (PS-BKPPLS-BK34 -Borang Rujukan Rawatan Ortodontik)
  • Ambil Borang Keizinan Fotografi / Multimedia PER/PHOTO/2016. Ambil foto extra oral dan intra oral (P1).
  • Tentukan samada rawatan diperlukan segera atau tidak.
  • Bincangkan perkara berikut bersama pesakit ,waris dan saksi aduan pesakit, jenis rawatan, tempoh rawatan , bayaran, komplikasi ,penamatan rawatan dan perkara lain berkaitan rawatan.
  • Jangkaan tarikh temujanji bagi giliran senarai menunggu untuk Perundingan 2 (P2) ditulis di kad kedatangan LP 1 dan diserahkan kepada pesakit.Tarikh tersebut juga direkod di kad rawatan LP8.
  • Pengesahan alamat,no telefon dan email pesakit dilakukan bagi urusan menghubungi pesakit apabila tiba giliran senarai menunggu P2.
  • Tahap kebersihan mulut pesakit dinilai berpandukan gred skor indeks gingivitis (GIS) / skor pemeriksaan asas periodontik (BPE) bagi menyeragamkan penilaian tahap kebersihan mulut untuk setiap pesakit.
  • Pesakit akan dirujuk semula kepada klinik pergigian primer jika pesakit menunjukkan kebersihan mulut yang tidak memuaskan / mengalami penyakit pergigian yang lain (contoh: karies gigi,penyakit gusi dan lain-lain).
    b) Perundingan 2  
  • Pesakit hadir mengikut temujanji yang diberikan.
  • Ambil borang keizinan Fotografi/multimedia PER/PHOTO/2016. Ambil foto extra oral dan intra oral (P2).
  • Dapatkan kebenaran rawatan daripada pesakit / waris pesakit menggunakan Borang Kebenaran rawatan Pergigian KKm (lampiran 12-12a)dan Borang Kebenaran Rawatan Ortodontik (PS-BKPPLS-BK83)
  • Sediakan rekod pra rawatan, iaitu pengambilan impresi untuk model kajian.
  • Hantar impresi ke makmal berserta kad LP6 Pin.1/86.
  • Sediakan model kajian dengan merujuk kepada AK6
  • Sediakan borang permintaan radiograf seperti Ortopantomogram (OPG) dan Lateral Cephalometric Radiograph (Lat.Ceph)jika perlu.
  • Bincangkan persetujuan rawatan,bayaran, komplikasi ,penamatan rawatan dan pelan rawatan terperinci dengan kehadiran waris dan saksi.
PPO   5.1.2.2 Kes rawatan (aplian tetap atau boleh tanggal,rawatan ädjustment"dan pembaikan aplians)  
 
PP /PPP   Kesan Kad  LP7 dan model kajian pesakit (Rujuk AK 1) dan X-ray jika perlu.  
 
PPO  

-Jalankan rawatan seperti yang dirancang dalam pelan rawatan.

-Rujuk kepada kepakaran yang berkaitan jika perlu.

 

- Bagi rawatan yang memerlukan aplian boleh tanggal dan palatal / lingual arch, kad LP 6 Pin. 1/86 perlu diisi dengan rekabentuk.

PP  

-Jalankan rawatan seperti yang diarah oleh PPO.

 
-Pantau kebersihan mulut pada setiap lawatan.
PPO / PP   -Pantau kes ulangan / pegangan aplian.  
-Nasihat terperinci / arahan kepada setiap kes diberikan. Pastikan semua pesakit aplian tetap memahami dan menandatangani Borang Arahan Semasa Memakai Aplian Tetap dan Nasihat Diet. Satu salinan pesakit diberi kepada pesakit sebagai rujukan dan satu salinan klinik untuk dikepilkan bersama kad rawatan L.P. 8 (Lampiran 1 ORT)
    -Pantau kemajuan hasil rawatan.  
 
    Pengendalian Pesakit  
 

PP /PPP /PPK

 

 

5.2

 

 

Sediakan peralatan dan bahan pergigian.  
  • Pastikan peralatan berfungsi.
  • Pastikan bahan pergigian mencukupi dan tidak melampaui tarikh luput.
  • Amalkan langkah-langkah kawalan jangkitan silang.

Petugas Kaunter

PP/PPP/PPK

5.3

5.4

Terima kad temujanji, daftar kedatangan pesakit ke dalam Daftar Kehadiran Harian Pesakit Warganegara / Bukan Warganegara Bagi Perkhidmatan Pergigian Kepakaran (PG101B). Tentukan status GL/ eGL ibu bapa / penjaga pesakit, kenakan caj pendaftaran pada kes yang berkenaan.  
Terima kad rawatan dari petugas kaunter bayaran.
PP/ PPP/  PPK 5.5 Panggil pesakit masuk ikut giliran.  
 
PP/ PPP 5.6 Lakukan pemeriksaan tekanan darah untuk pesakit berumur 18 tahun ke atas dan rekod bacaan dalam LP8 (rujuk PS-BKPPLS-AM6 Garis Panduan Am Rawatan Klinikal) . Buat rujukan jika perlu dengan menggunakan borang rujukan.(Lampiran 1/BP-Borang Rujukan Pesakit Dengan Tekanan Darah Tidak Normal)  
Jalankan pemeriksaan dan diagnosa kepada pesakit (rujuk PS-BKPPLS-AM9,dan PS-BKPPLS-GP16)
PP 5.7 Sediakan pelan rawatan dan terangkan kepada pesakit. seterusnya dapatkan kebenaran rawatan sebelum rawatan dilakukan. Bagi pesakit  berumur di bawah 18 tahun , terangkan pelan rawatan yang dicadangkan dan dapatkan kebenaran rawatan daripada ibubapa / penjaga pesakit. Sekiranya penyiasatan lain diperlukan seperti IOPA, pulp test dan lain-lain, maklumkan kepada pesakit. (Rujuk Pengurusan Kebenaran Rawatan Pergigian PS-BKPPLS-GP34) .   
 
PP 5.8 Beri rawatan yang diperlukan oleh pesakit. (PS-BKPPLS-AM6)  
 
PP 5.9 Beri ubatan / preskripsi jika perlu.  
 
PP/PPP/PPK 5.10 Sediakan dan beri `time slip' kepada setiap pesakit dan sediakan sijil sakit jika perlu.  
 
PP/PPP 5.11 Tetapkan caj yang perlu dibayar oleh pesakit di kaunter pendaftaran , rujuk Perintah Fi ( Perubatan) (Pindaan) 2017 .  
 
Petugas Kaunter 5.12 Kutip bayaran di kaunter (rujuk PS-BKPPLS-AK3 Kutipan hasil) . Bayaran perlu dilakukan seperti berikut:  

a) Aplian Tetap

  • Bayaran penuh perlu dilakukan sebelum rawatan dimulakan.
  • Bagi situasi di mana pesakit kurang berkemampuan untuk melaksanakan pembayaran Ortodontik secara sekaligus, pesakit boleh memohon untuk membuat pembayaran secara ansuran maksima sebanyak 5 kali tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan (rujuk Garis Panduan Bayaran Ansuran bagi Rawatan Ortodontik Di Fasiliti Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia).

b) Aplian boleh tanggal

  •  Bayaran Aplian boleh tanggal perlu diselesaikan sebelum mengambil aplian tersebut.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                 
B  ayaran tidak akan dikembalikan kepada pesakit jika rawatan ortodontik ditamatkan lebih awal atas sebab-sebab tertentu Sekiranya pesakit ingin memohon rekod pergigian termasuk model gigi,foto,x-ray dan lain-lain,surat rasmi perlu dikemukakan kepada jabatan.Kadar bayaran untuk rekod pergigian adalah mengikut Perintah Fi ( Perubatan) (pindaan) 2017.  
PPP/PPK 5.13 Bayaran direkod dalam kad rawatan LP8 dan PG 101B beserta no kupon / resit  
PPO/PP 5.14 Lengkapkan kad rawatan dan cop nama perawat beserta tandatangan pada kad rawatan.  
PPP/PPk 5.15 Kemas dan disinfeksi unit dan alat pergigian untuk pesakit seterusnya  
PPP 5.16 Rekod hasil kerja harian dalam PG111, PGORT 201 HARIAN dan PG 302  
PPP / PPK 5.17

Simpan/ failkan kad-kad rawatan, filem atau softcopy radiograf, dokumen dan model kajian.

Untuk pelupusan model kajian rujuk PS-BKPPLS-GP36

(Tatacara Pelupusan Model Kajian Ortodontik Di Fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia)

 
PPP 5.18 Pada akhir bulan rekod hasil kerja bulanan dalam PG 211, PG ORT 201 dan PG207.  
PPO/PP 5.19

Penamatan Rawatan Ortodontik

Klinik Pergigian Pakar Ortodontik berhak untuk menamatkan rawatan ortodontik sekiranya pesakit: 

i.tidak menghadiri temujanji yang ditetapkan tanpa sebab yang munasabah 3 kali berturut-turut.   

ii.menunjukkan kebersihan mulut yang tidak memuaskan (GIS =3 atau skor BPE 3 ke atas) setelah diberikan tunjukajar kebersihan mulut (oral hygiene instruction)dalam 3 kali temujanji berturut-turut.   

iii.mengalami penyakit pergigian yang teruk (contoh: karies gigi yang melibatkan pulpa,bernanah,penyakit periodontium yang teruk) akibat kecuaian dalam penjagaan pergigian semasa dalam rawatan ortodontik

iv.mendapatkan rawatan pergigian di klinik pergigian lain yang mengakibatkan perubahan pada pelan rawatan sedia ada.

 
    Pemantauan Objektif Kualiti  
PPO/PP 5.20 Pemantauan Objektif Kualiti adalah melalui jadual Pemantauan Objektif kualiti Perkhidmatan Ortodontik (PS-BKPPLS-BK42) dan Senarai objektif Kualiti yang diukur.(PS-BKPPLS-BK65). Pemantauan Objektif Kualiti adalah seperti berikut:  
    5.20.1  Peratus pelanggan ortodontik yang menunggu bagi perundingan pertama selepas rujukan diterima melebihi 3 bulan adalah ≥90%  
       
 

REKOD KUALITI

NO.

NAMA REKOD

TEMPOH SIMPANAN

1. LP 1Pin 1/86                Kad Kedatangan 2 tahun
2 L.P 7                            Kad Rawatan Ortodontik 7 tahun
3. L.P 8-2Pin.8/2019        Kad Rawatan Dewasa/ Am 7 tahun
4. L.P 6 Pin 1/86              Kad makmal 3 tahun
5. PG ORT 201 HARIAN  Laporan Harian Bagi  Perkhidmatan Pakar Ortodontik 3 tahun
6. PG ORT 201                Laporan Bulanan bagi perkhidmatan Kepakaran Ortodontik  3 tahun
7. PG 207                        Laporan Bulanan Individu /Klinik/Daerah/Negeri Bagi Hasil Kerja Pegawai Pergigian 3 tahun
8. PS-BKPPLS-BK34      Borang Rujukan Rawatan Ortodontik 2 tahun
9 Lampiran 12 -12a        Borang Kebenaran Rawatan Pergigian KKM 7 tahun
10 Per/PHOTO/2016        Borang Keizinan Fotografi/Mutimedia 7 Tahun
11 PG 302                        Rekod Harian Pegawai Pergigian 2 tahun
12 PS-BKPPLS-BK65      Senarai Objektif Kualiti yang Diukur 3 tahun
13 PG101B                      Daftar Kehadiran Harian Pesakit Warganegara / Bukan Warganegara Bagi Perkhidmatan Pergigian Kepakaran 3 tahun
14 PG 111                        Rekod kehadiran Harian Pesakit Warganegara / bukan Warganegara 3 tahun
15 PG 211                        Rekod kehadiran Bulanan Pesakit Warganegara / bukan Warganegara 3 tahun
16 PS-BKPPLS-BK42      Jadual Pemantauan Objektif Kualiti Perkhidmatan Ortodontik 3 tahun
17 Lampiran 1/BP            Borang Rujukan Pesakit Dengan Tekanan Darah Tidak Normal 2 tahun
18 PS-BKPPLS-BK83      Borang Kebenaran Rawatan Ortodontik 7 tahun
19 Lampiran 1ORT           Arahan Semasa Memakai Aplian Tetap Dan Nasihat Diet 3 tahun
 

KLAUSA MS ISO 9001

6.1 Tindakan untuk Menangani Risiko dan Peluang
6.2 Objektif kualiti dan perancangan untuk mencapainya
8.1 Perancangan dan kawalan operasi
8.2 Keperluan untuk produk dan perkhidmatan
8.4 Kawalan proses,produk dan perkhidmatan yang dibekal dari luar
8.5 penyediaan pengeluaran dan perkhidmatan
7.1 Sumber
10.2 Ketakakuran Dan Tindakan Pembetulan
10.3 Penambahbaikan Berterusan
9.1 Pemantauan.Pengukuran, Analisis Dan Penilaian
 

RUJUKAN

  Arahan Kerja   
  PS-BKPPLS-AK1 - PENGENDALIAN REKOD PESAKIT
  PS-BKPPLS-AK6 - APLIANS ORTODONTIK
  PS-BKPPLS-AK3 - PENGURUSAN KUTIPAN HASIL
  Borang Kualiti   
  PS-BKPPLS-BK34 - Borang Rujukan Rawatan Ortodontik
  PS-BKPPLS-BK42 - Jadual Pemantauan Objektif Kualiti Kualiti Perkhidmatan Ortodontik
  lampiran 12-12a - Kebenaran Rawatan Pergigian KKM-Penerangan Mengenai Rawatan Ortodontik
  PER/PHPTO/2016 - Borang Keizinan Fotografi/Multimedia
  PS-BKPPLS-BK81 - Pemantauan Kemalangan / Kecederaan Perkhidmatan Pergigian(Keselamatan Pekerja dan Pelanggan / Incident Reporting)
  PS-BKPPLS-BK82 - Pemantauan Status Tindakan Kawalan Risiko
  Lampiran 1 ORT - Arahan Semasa Memakai Aplian Tetap Dan Nasihat Diet
  PS-BKPPLS-BK 83 - Kebenaran Rawatan Ortodontik
  Senarai Semak   
  PS-BKPPLS-SS2 - Senarai Peralatan Perlu Diselenggara Secara Harian/Mingguan/Bulanan dan Tahunan
  PS-BKPPLS-SS12 - Rekod Pemonitoran Peti Sejuk
  Dokumen Luaran   
  PS-BKPPLS-GP16 - Guidelines on Radiation Safety in Dentistry
  PS-BKPPLS-GP21 - Guidelines on Infection Control In Dental Practice
  PS-BKPPLS-AM3 - Panduan Pengurusan DIS Kesihatan Pergigian Primer
  PS-BKPPLS-AM6 - Garis Panduan Am Rawatan Klinikal
  PS-BKPPLS-AM16 - Recommendations On Denture Labelling
  PS-BKPPLS-AM18 - Panduan Pengurusan DIS Kesihatan Pergigian Kepakaran
  PS-BKPPLS-GP34 - Garispanduan Pengurusan Kebenaran Rawatan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia
  PS-BKPPLS-GP36 - Tatacara Pelupusan Model Kajian Ortodontik Di Fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia
  PS-BKPPLS-KEW8 - Undang-undang Malaysia (Akta Fee)
  Pengurusan Risiko   
  PS-BKPPLS-PR 6 - PERKHIDMATAN ORTODONTIK
  PS-BKPPLS-PR 8 - PERKHIDMATAN PESAKIT LUAR DAN KEPAKARAN- PERKHIDMATAN KAUNTER DAN RAWATAN PERGIGIAN
  PS-BKPPLS-PR-A - RISIKO
  Pemilik Dokumen
  Pn Goh Cheng Yan
Cik Low Lu Gor a/p Bon Pan
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
1. 28-06-2024 15 Nota Pindaan Approver 1
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti