Laman Utama   Bantuan  
   
     

PROSEDUR KUALITI

KKMOH-PK-S09 - Prosedur Pengendalian Surat Menyurat

   
Pindaan : 7
Tarikh Kuatkuasa : 30-05-2019
Tujuan Prosedur :

Prosedur ini menerangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan semua surat/dokumen/fail yang masuk dan keluar dari pejabat mempunyai fail rujukan serta simpanan rekod yang sistematik bagi mengawal pergerakan surat/dokumen/fail dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Skop :

Prosedur ini digunakan untuk semua surat menyurat Program Kesihatan Pergigian.

PERKARA

 

SASARAN

CARTA ALIRAN KERJA

 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

PT (Surat menyurat)/PT-Kesetiausahaan (PT(K)) 1.0 Terima semua surat/dokumen termasuk surat rahsia/sulit.
PT (Surat menyurat) 2.0 Asingkan surat/dokumen mengikut klasifikasi
    2.1 Serahkan surat sulit untuk tindakan PT(K)
PT (Surat menyurat) 3.0 Buka surat dan cop terima
PT (Surat menyurat) 4.0 Daftar semua surat masuk dalam Fail elektronik sistem komputer (Rujuk KKMOH-S9-AK1)
Bagi surat masuk SULIT, rujuk KKMOH-S9-AK3
PT(K) 5.0 Hantar semua surat/dokumen/surat sulit kepada Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian (PKKP) dan wakil sekiranya PKKP tiada untuk tindakan. Bagi yang memerlukan tindakan segera, tag “SERTA MERTA/SEGERA” dikepilkan pada surat tersebut.
PT(K)   5.1 Ambil surat-surat/sulit yang telah semak dari Bilik PKKP
PT (Surat menyurat) /  PT(K)
6.0 Edar surat-surat mengikut arahan PKKP dan rekod untuk tindakan pegawai yang berkenaan .Bagi surat yang diterima melalui fax , hantar terus kepada pegawai yang berkenaan untuk tindakan (Rujuk KKMOH-S9-AK4)
PT(K) 7.0 Semak dan pastikan surat-surat yang keluar telah ditandatangani oleh PKKP atau wakil yang menandatangani bagi pihaknya.
PT (Surat menyurat) /            PT(K) 8.0 Ambil tindakan ke atas surat-surat yang telah ditandatangani oleh PKKP atau wakilnya.
Bagi panduan Pemfailan dan surat keluar, sila rujuk (Rujuk KKMOH-S9-AK2, KKMOH-S9-AK5, KKMOH-S9-AK6)
 
 

Arahan Kerja / Borang Kualiti / Senarai Semak / laporan Risiko

  Arahan Kerja   
  KKMOH-S09-AK1 - Pengendalian Surat Masuk
  KKMOH-S09-AK2 - Pengendalian Surat Keluar/Dokumen
  KKMOH-S09-AK3 - Pengendalian Surat Terima Dan Surat Keluar (Sulit)
  KKMOH-S09-AK4 - Pengendalian Fax Terima Dan Fax Keluar
  KKMOH-S09-AK5 - Pengendalian Fail Surat-Menyurat
  KKMOH-S09-AK6 - Pengendalian Fail Tutup
  Borang Kualiti   
  KKMOH-S09-BK1 - Borang Penghantaran Dokumen Tidak Diperingkat melalui mesin faksimili
  KKMOH-S09-BK2 - Pergerakan Fail
  Senarai Semak   
  Tiada
  Laporan Risiko   
  KKMOH-PK-S09-Q04-LR1 - Prosedur Pengendalian Surat Menyurat
  KKMOH-PK-S09-Q04-LR2 - Prosedur Pengendalian Surat Menyurat
  KKMOH-PK-S09-Q04-LR3 - Prosedur Pengendalian Surat Menyurat
  Pemilik Dokumen
  zameera
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para
1. 01/08/2007 0
2. 30/10/2008 1 Singkatan Tanggungjawab, sasaran proses 
3. 07/06/2010 2 Perbetulkan Tajuk AK1 - Pengendalian Surat Masuk 
4. 27/01/2012 3 Perbetulkan Tajuk AK1 - Pengendalian Surat Masuk 
5. 17/11/2012 4 Kemaskini rujukan Manual Kualiti 
6. 17/11/2016 5 Pindaan Rujukan NO 4 & NO 5 Pindaan ke atas Sasaran Proses Penggunaan DDMS Pindaan Prosedur Penggunaan DDMS di para 1.2/1.4.1/2.1.3/2.1.4 
7. 22/12/2017 6  
8. 30/05/2019 7  
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti Rujukan Untuk Cetak